SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PAS KAWASAN TELUK INTAN
>> 29 Januari 2010
TELUK INTAN, 28 Januari - Atas arahan PAS Pusat melalui Ketua Penerangan PAS Pusat maka PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Munajat untuk negeri Perak dalam penentuan siapa MB sah pada 9 Februari depan dan Kelantan atas isu tuntutan royalti minyak.
Alhamdulillah, walaupun dalam hanya tempoh 24 jam panggilan melalui sms sahaja para ahli dan penyokong telah dapat hadir beramai-ramai ke Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak semalam.
Para ahli dan penyokong PAS mula memenuhi dewan markaz untuk solat Isya' dan kemudian bersama-sama bersolat sunat hajat serta bermunajat di bawah pimpinan Ketua Urusan Ulama Teluk Intan. Doa yang dibacakan malam itu sungguh mengesankan dan memberi semangat kepada para pejuang kebenaran untuk mempersiapkan diri berhadapan dengan ancaman musuh UMNO/BN.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi taklimat penerangan oleh pimpinan PAS kawasan. Dipengerusikan sendiri oleh Timbalan YDP, mengajak para ahli dan penyokong bersama-sama bangkit untuk berhadapan dengan situasi yang yang tidak menentu ekoran keputusan penghakiman pada 9 Februari nanti.
Kemudian, Ketua DPP Teluk Intan, Ustaz Haji Abdul Fatah Awang telah diberi peluang menyampaikan ucapan. Antaranya mengajak para pemuda bersama-sama menyertai Program Himpunan Pemuda Perak (HEMPAP) pada 31 Januari ini.
Seterusnya, Sdr. Haji Azhar Rafaie selaku Pengarah Pilihan Raya Kawasan telah menyampaikan taklimat khususnya berkenaan gerak kerja pilihan raya serta isu-isu semasa dengan dibantu tayangan LCD.
Akhirnya, ucapan penutupan oleh YDP Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik. Beliau banyak menyentuh tentang keperluan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Beliau juga mengharapkan setiap cawangan dan UPU bersiap sedia dari sekarang akan sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak dan kesediaan menerima pasukan-pasukan pembantu dari negeri-negeri lain.
Sesungguhnya, komitmen yang telah ditunjukkan oleh para ahli dan penyokong terhadap program parti walaupun jemputan dalam tempoh singkat membuktikan akan kesediaan berjihad pada bila-bila masa. Allahu akbar...!

ar_rawa
1 ulasan:
dalam perjalanan balik dari teluk intan aku masih terngianag2 kata tn hj azhar..komen dari yb salahuddin. sudah kah kita benar2 bersedia sekiranya benar2 tuntutan bubar dun perak ini terjadi...SUDAH BERSEDIAKAH KITA..
Ingat..9 hb feb keputusan. bubar atau tidak atau sebelum 9hb dah dibubarkan....wallahuaklam..
jadi... kepada seluruh jentera upu PR di seluruh negeri perak mulai sekarang MESTI BERTINDAK..BUAT PERJUMPAAN DENGAN SELURUH JENTERA UPU MASING2.
Pada seluruh pemuda pas perak marilah bersama2 turun ke program HEMPAP di Selama hari ahad ini. berkumpul di Masjid AtTakwa jam 6.30 pagi hari ahad ini .ajak seberapa ramai pemuda dan pentua sekali..Nan sgsmk
Catat Ulasan