SUASANA CERAMAH USTAZ AKHIL HAYY DI TELUK INTAN
>> 16 Januari 2010
(Lebih banyak foto dalam bentuk slaid di http://intanhijauVS.blogspot.com)
TELUK INTAN, 15 Januari -PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis ceramah dengan menjemput Ustaz Akhil Hayy sebagai penceramah utama pada malam itu. Ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intn, Kg. Padang Tembak. Turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan Haji Mohd. Azhar Rafaie, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan. Ceramah telah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohamad Hamzah.
Dengan cuaca yang agak baik pada malam itu, telah menarik orang ramai hadir memenuhi segenap ruang di pekarangan markaz. Seawal jam 9.00 malam, orang ramai telah mulai datang ke markaz kawasan di mana antara yang awal datang adalah dalam kalangan kaum wanita.
Ketua Penerangan Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah berjaya mengendalikan ceramah dengan baik.
Haji Azhar menarik perhatian dengan penjelasan isu-isu semasa.
Ceramah tersebut juga telah berjaya menarik golongan muda hadir untuk mendengar ceramah. Malah banyak juga kelihatan yang hadir bersama-sama keluarga masing-masing. Mereka sanggup membentang tikar dan duduk mendengar ceramah berserta anak isteri masing-masing.
Kehadiran ADUN Changkat Jong membuktikan bahawa beliau prihatin dengan golongan muda. Inilah yang dikatakan.....orang muda geng kita..!
Mungkin daya tarikannya ialah kerinduan untuk mendengar ceramah penceramah utama iaitu Ustaz Akhil Hayy agak lama juga tidak datang di sekitar Teluk Intan. Bertambah meriah lagi dengan kehadiran gerai-gerai menjual makanan, buku dan barangan.
Dah lama tidak dengar ceramah beliau.
Dua orang sahabat lama bertemu jua.
Tua dan muda, muslimin dan muslimat sama-sama hadir mendengar ceramah.
Dengan corak dan rentak ceramah yang santai menyebabkan orang ramai sanggup menunggu dengan setia ceramah Ustaz Akhil walaupun ceramah ditamatkan pada jam 12.20 pagi. Kehadiran begitu ramai remaja dan wanita dalam pelbagai peringkat umur menunjukkan bahawa ceramah Ustaz Akhil masih lagi diterima walaupun beliau baru sahaja dilanda masalah peribadi.
Kaum muslimat ramai yang hadir. Mungkin nak dengar penjelasan Ustaz Akhil...
Peminat setia ceramah PAS dengan stail tersendiri. Di mana-mana ceramah beliau pasti ada. Yang pasti selagi tak dapat tempat duduk depan tak sah.
Kawasan markaz penuh sesak...
Kiri : Sdr. Suria, YB Anuar dan YDP Teluk Intan.
Ustaz Akhil mengalunkan selawat nabi.
ar_rawa

3 ulasan:
Salam Sahabat,
Tahniah kepada Pas Teluk Intan yang berjaya menganjur ceramah dengan penceramah undangan saudara Akil Hay. Semoga golongan muda khususnya akan bertambah ramai menyokong perjuangan Islam , yang Pas menjadi wadahnya.
Tahniah juga kepada sahabat yang blognya semakin dapat sambutan dan mempunyai prinsip berjemaah yang utuh. Syabas dan takbir!!!!
ini membuktikan masalah rumahtangga tidak menjadi penghalang pas tampil menjadi wadah perjuangan menegakkan kebenaran..macam jamal abdilah gak peminat tetap setia bkan kerana jamal tp suaranya..tp akhil kerana ilmunya..yg tak suka puak umno ler..cuba akhil ni belah depa..muka depan kut citer dia kat paper..hee e e ..tak gitu sheikh..amacam nan sg samak..
aku baru jam 7 ptg tadi balik dari seminar wang tumbuh atas pokok dgn dr rosli yaakop kat gombak. ape lagi..pasal gaharu lee...so.. sory pada teman22 kat tk intan pasal tak dpt datang mlm jumaat tu. aku turun gombak hari jumaat lepas solat jumaat. ramai pemimpin pas pusat yg dah tanam gaharu ni... kita yg tertinggal.. aku pun ada tanam utk projek pru 13 ...he..he..he..ngko nadin tak nak ker tanam kat pasu dekat kedai bakeri tu...keliling pagar...untuk pru 13...benih ada dijual kat koperasi anak sg samak...sape aku...nan sgsmk ..puas atikau jang..
Catat Ulasan