KLINIK 1MALAYSIA TIDAK PENUHI PIAWAIAN : CHEOK LENG
>> 09 Januari 2010
BERCHAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Sum Cheok Leng menyuarakan kekesalan terhadap pelancaran Klinik 1Malaysia di sini, baru-baru ini yang didakwanya tidak menepati piawaian sebagai sebuah klinik.
Cheok Leng berkata, sebagai sebuah klinik ia sewajarnya lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan orang ramai khususnya pesakit yang berkunjung ke sini.
Menurutnya, keselesaan di klinik juga boleh membantu seseorang yang datang ke sini mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan tinjauan saya ke klinik berkenaan baru-baru ini saya dapati bahawa ianya masih belum lengkap sepenuhnya dan tidak wajar dilancarkan lagi.
“Selain tidak memiliki alat penghawa dingin dan pastinya ini akan memberi suasana yang tidak selesa kepada orang ramai terutamanya pesakit,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Cheok Leng turut kesal kerana klinik berkenaan tidak memiliki seorang doktor khas sebaliknya hanya meletakkan Penolong Pegawai Perubatan.
Katanya, ini jelas menggambarkan bahawa negara sedang mengalami masalah kekurangan doktor dan ianya perlu diatasi segera.
“Bagi mengatasi masalah ini, iktiraf sahajalah graduan asing yang menamatkan pengajian di sini dalam bidang kedoktoran bagi menyelesaikan masalah kekurangan doktor di sini,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan