KOME KENA MINTA MAAF, KALAU TAK ....!
>> 26 Januari 2010
Menteri Besar Perak Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.
Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.
"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.
Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.
2 ulasan:
bab palsu memalsu ni mmang dema pnya kepakaran..tak hairan...MB pn dema boleh palsukan ni kan lg berita...nak yg ori 9 feb le..pokok gaharu mmang ori tak leh nak ciplak...he e e
setahu teman itu je ubatnya tak pe bagi can dema kalau tebuka hati nak mintak maaf...
Catat Ulasan