PERANGAI PELIK MINGGU INI...
>> 05 Januari 2010
Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.
Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.
Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.
Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.
Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.
Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.
Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.
"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.
Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.
Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.
"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

6 ulasan:
kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya lakonan apa kah yang bakal di pamirkan tungguuuuuu.....
la ni lagi pintar sape jadi prebet jer... tak paya susah jadi menteri boleh songlap juta juta rm .... kalo juta rupiah boleh gak caye...keh...keh..1msia SMUA BOLEY..CUMA TAK BOLEH CAYA INIA AUTA..APE CITANYA 4TAIL..NAN SGSMK
mane pegi duit diaorg jual enjin tu??? kalu prebet2 tu dh kaya raya bt apa yg diorg tggu keje sbgai prebet lg???? woi prebet ko mmg cerdik...dh jual enjin 100juta tp korg tggu lagi keje kt situ...haaa aku tau korg nk cover line yea...tggu pencen bru korg nk guna duit tu...
isu yg ni sedap nak komen...wak ahmad zahid hamidi ni nak kena sita agaknya..dia tak tau ke sape jd menteri pertahanan sebelum ni..tak lama kena tkar jabatan wak zahid ni..tp isu gereja akan menutup isu enjin ni..prebet ni bkan calang prebet..prebet ni klau di bela dan digilap sampai kilat akan menjdi pakar segala pakar..pakar kambing hitam..tak kan prebet yg tiap hari kena kawad boleh berurusan dgn buyer dr luar negara..klau yg hilang wayar enjin tu boleh maaf lg ler..mgkin wayar tu but ampaian baju ni enjin bukannya boleh sorok kat poket sluar..kpd nan sg samak awas enjin mesin rumput tu..hilang nti tk bleh nebas parit depan rumah..he e e
biasanya kita dengar peragut di jalan raya..skrang ni peragut enjin plak..klau la terbukti salah suruh pesalah yg meragut enjin tu meragut rumput plak kat tepi jalanraya..kih kih kih..baru la tau cam ner rasanya rumput....anak gembala
Mereka yang didakwa hanyalah dijadikan "Kambing Kelabu" untuk mengabui mata rakyat.
Apa mereka ingat semua rakyat sebodoh mereka?
Catat Ulasan