TOK GURU KATA - BOLEH TERIMA WANG IHSAN TAPI BUKAN MELALUI JPP
>> 25 Januari 2010
Tok Guru kata :
- Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima wang ihsan yang diberikan dari hasil minyak walaupun tidak dalam bentuk royalti dengan syarat ia diuruskan sendiri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
- Walau dalam bentuk apapun pemberian itu, kerajaan negeri akan menerima tetapi hendaklah diberi terus kepadanya.
- Kelantan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengendali sendiri wang itu tanpa melalui JPP yang merupakan agensi Kerajaan Pusat.
- Malu bagi Kelantan jika pemberian wang itu disebut dalam bentuk wang ihsan bukannya royalti
- Kerana ihsan bermakna kasihan belas dan dalam hal ini bukan Kerajaan Pusat yang patut mengasihan belas Kelantan, tetapi Kelantan yang patut beri ihsan kepada pusat kerana minyak itu didakwa hak milik Kelantan.
- Menafikan kerajaan negeri mempolitikkan isu royalti itu sedangkan Barisan Nasional (BN) lebih dahulu mempolitikkan isu itu, katanya.
"Yang dia (BN) sendiri tidak politiking ke?. Kalau minyak itu datang dari pantai Terengganu tak payah buat undang-undang...Jadi dalam (hal) ini dia yang lebih dulu politiking dari kita,"
0 ulasan:
Catat Ulasan