PAS CICELY ANJUR KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
>> 30 Januari 2010
TELUK INTAN, 30 Januari - Atas kesedaran akan kepentingan ilmu pertolongan cemas, maka PAS Cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely telah berjaya mengadakan Kursus Pertolongan Cemas untuk guru-guru PASTI Teluk Intan. Ia telah diadakan di Surau Hidayatul Islamiah, Taman Cicely.
Antara objektif kursus ialah memberikan pendedahan asas pertolongan cemas kepada guru-guru PASTI. Ia sebagai persediaan menghadapi situasi kritikal murid-murid PASTI seperti kemalangan kecil, luka, pengsan, keracunan dan sebagainya.
Teknik balutan ditunjukkan.
Ingat prinsip CPR iaitu...DR ABC..! Apa dia tu... jom ikut kursus nanti....
Ceramah dibantu dengan paparan LCD.
Memberi tumpuan untuk mengaut ilmu.
Kursus telah bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.00 tengah hari. Dua orang tenaga penceramah dan pembimbing telah dijemput untuk mengendalikan slot teori dan praktikal. Kedua-dua penceramah tersebut merupakan AJK PAS Cicely.
Pada slot pertama, para guru PASTI telah didedahkan dengan ceramah tentang cara memberi pertolongan cemas, keracunan dan cara bantuan, luka dan cara bantuan, patah dan cara bantuan serta renjatan.
Bahagian kedua sesi kursus pula ialah sesi praktikal di mana para guru PASTI telah ditunjuk cara membuat CPR, chocking(tercekik), bandaging(balutan) dan splinting(anduh). Kemudian setiap peserta diberi peluang melakukan praktikal.
Sesungguhnya begitu banyak ilmu yang telah diperoleh oleh para peserta khsususnya para guru yang boleh dimanfaat kepada murid-murid kelak. Malah ada yang mencadangkan agar kursus sebegini dibuka kepada guru-guru PASTI kawasan berhampiran.
Sekarang giliran peserta pula kena buat...
Tunjukcara menangani masalah bayi tercekik
InsyaAllah, kejayaan kursus tersebut telah memberi semangat kepada PAS Cicely untuk menganjurkan kursus sedemikian bagi siri-siri seterusnya. Ia juga membuktikan bahawa PAS bukan hanya semata-mata parti politik malah PAS juga tidak meminggirkan aspek-aspek kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
~DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera~
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan