MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA...
>> 06 Januari 2010
KUALA LUMPUR: Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.
N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Hakim Aslam Zainuddin membenarkan keduadua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.
(OK lah...kita dakwa mereka yang mencuri enjin jet tu. Tetapi bagaimana dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan itu sendiri. Tidak adakah mana-mana mekanisme bagi melihat bagaimana kelalaian dan kealpaan sehingga menyebabkan boleh kehilangan barangan yang amat besar dan berharga itu. Akhirnya, MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA....!)
ar_rawa
2 ulasan:
macam biasa dah tahu skrip tapi ada kelainan sikit yang satu ni....
kalau la coklat hacks hidup lg depa ni tntu salah krana telah memalukan pimpinan dah keamanan negara kita..tak gitu wak nan..he e e..
Catat Ulasan