APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
KANTOI ...!
>> 31 Mac 2011
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?
Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.
Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.
“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.
SIAPA YANG JEMBALANG...?
ISU VIDEO FITNAH : MANA PENDIRIAN MUFTI...?
>> 30 Mac 2011
“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.
“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa “ada tokoh besar lain” yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut.
Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat.
Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu.(malaysiakini)
KEZALIMAN TANDA BERLAKU PERUBAHAN POLITIK
>> 29 Mac 2011
APA ADA HAL...ADA APA HAL...???
>> 28 Mac 2011
RASUAH DAN LEMAH URUS EKONOMI NEGARA PUNCA HARGA BARANG NAIK
IMARAHKAN SURAU DAN MASJID DENGAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN
>> 27 Mac 2011
| Ketua Muslimat Cawangan, Puan Hjh. Rokiah Azian menyampaikan ucapan. |
![]() |
| Pn. Hjh. Faridah bersalaman dengan para muslimat. |
| Sebahagian daripada peserta pertandingan memasak ikan keli. |
| Seorang peserta menunjukkan bakat melaungkan azan. |
| Pertandingan mewarna sedang berlangsung. |
| Pn. Hjh. Faridah sedang menghakimi masakan. |
| Antara masakan ikan keli yang dipertandingkan. |
![]() |
| Peserta mewarna menerima hadiah. |
![]() |
| Pengerusi surau, Tn. Hj. Mohd. Taib menyampaikan hadiah pemenang laungan azan. |
![]() |
| Salah seorang pemenang memasak ikan keli menerima hadiah. |
intanhijau.blogspot.com
VIDEO SEKS : SATU KONSPIRASI - SATU ULASAN
Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.











