APA ADA HAL...ADA APA HAL...???
>> 28 Mac 2011
Persidangan DUN Perak 5 April Ditunda 12 April 
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang  dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker  Datuk R. Ganeson pada Isnin.
Beliau memberitahu bahawa notis mengenainya akan dihantar hari ini  kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terlibat.
Notis mesyuarat pada 5 April itu telah dikeluarkan minggu lepas.
"Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari  tarikh asal," kata Ganeson.
Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan  itu. - BERNAMA


0 ulasan:
Catat Ulasan