KALAU SAH, KENAPA KAWAL KETAT...?
>> 19 Mac 2011
KUALA LUMPUR 18 Mac: Pakatan Rakyat Perak  meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin  Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April  ini bebas daripada campur tangan polis.
Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar)  pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan  ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan,  pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.
Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan  yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan  Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).
“Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak  ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun  124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan  melaksanakan tugas kami.
"Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan  kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram  biar rakyat menentukan,” katanya yang dilapor TV Selangor.
Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk  Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang  dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.
“Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan  tarikh akhir pada 15 Mac untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan  lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa  rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih  dijalankan secara telus dan adil.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti.


1 ulasan:
Demokrasi ala Mon Yet.
Kalau dah haram, haram juga. Bak kata pepatah, benag basah mana boleh berdiri tegak.
Catat Ulasan