Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ISU GEREJA : PAS AKAN UMUM PENDIRIAN RASMI ESOK

>> 07 Ogos 2011


KUALA LUMPUR, 6 Ogos — PAS akan membuat pendirian rasmi berhubung serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama esok selepas mendapatkan penjelasan daripada Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali.

“Kami akan membuat pendirian esok, apakah pendirian PAS esok... kita tunggu esok,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

PAS akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat esok, di mana Hasan merupakan salah seorang ahlinya.

Hasan merupakan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam.

Dalam satu kenyataan semalam, PAS Selangor menuntut penjelasan Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, selain itu pihaknya juga mahu menunggu laporan Jais mengenai serbuan itu yang turut disertai polis.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia (Hasan) kata ada itu,” katan beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu setakat ini, hanya Hasan yang mengaitkan program anjuran Harapan Komuniti dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

“Jais sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

“Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam,” tambah Khalid.

Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Hasan mempertahankan tindakan Jais.

Sementara itu dalam temu bual kepada HarakahDaily, Tuan Ibrahim berkata “diiharapkan Jais dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan Jais sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.”

“Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah,” nasihat beliau.

Akhbar itu turut membawa cerita pengalaman Tuan Ibrahim.

“Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, tauke yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf ‘G’. Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

“Bos, air ini halal, tapi gelasnya… akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.

Kata beliau terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa itu iaitu manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak “saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.”

“Dan tauke pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak,” katanya lagi.

“Pengajaran satu – janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu. Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

“Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren,” katanya lagi.

Kata beliau sudah tentunya “ya kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.”

“Pengajaran kedua – janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah,” kata beliau sambil menambah, isu Jais menjadi polemik besar akibat dua perkara iaitu “mudah mempercayai fitnah dan melakukan perkara-perkara yang mengundang fitnah.”

Tuan Ibrahim menasihatkan agar pihak Jais, dalam kesungguhan mereka mencegah kemungkaran agama Islam,  pihak jabatan agama juga harus sentiasa beringat untuk mesti mengelak sebarang elemen buruk dalam melaksanakan peraturan yang ada kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

“Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam,” kata beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga menasihatkan agar Jais, sebagai sebuah badan pengawal agama harus bertindak mengikut lunas peraturan dan prosedur yang ada.

“Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan,” katanya lagi.(malaysianinsider)

Read more...

FACEBOOK PENGUNDI LUAR PAS PERAK DILANCAR

>> 06 Ogos 2011


TAIPING, 5 Ogos - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain telah melancarkan facebook Pengundi Luar PAS Perak di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning dekat sini. Pelancaran facebook tersebut dilakukan semasa program bulanan PAS Perak, Liqa Fikri yang telah dihadiri seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak.

Di dalam ucapan, Ustaz Abu Bakar telah menyeru agar seluruh anak Perak di perantauan memberikan sokongan serta mengundi kepada PR pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Sumbangan oleh pengundi luar diyakini akan dapat mengembalikan semula pemerintahan Perak ke tangan Pakatan Rakyat setelah ia dirampas secara zalim oleh BN," kata beliau.

Menurut beliau lagi, PAS Perak bukan sahaja memerlukan sokongan dalam bentuk undi malah mengalu-alukan sebarang sumbangan yang dapat membantu memenangkan PR di Perak pada PRU13 kelak.

Sebelum itu menurut Setiausaha Jabatan Pilihan Raya (JPN) Perak Sdr. Salman Salleh berkata, dianggarkan terdapat 90 ribu pengundi yang berada di perantauan di mana sebahagian besarnya berada di Lembah Kelang. Beliau juga menekankan betapa faktor pengundi luar akan menjadi penentu kepada kemenangan PR di Perak.

Menurut beliau lagi, facebook pengundi luar PAS Perak berfungsi sebagai penghubung kepada seluruh pengundi luar yang berada di perantauan. Ia juga merupakan satu kempen bagi memastikan mereka pulang mengundi di kampung masing-masing semasa PRU13 nanti.

Kemudian, Ustaz Abu Bakar Hussain telah melancarkan facebook dengan tayangan persembahan multimedia dengan diiringi oleh Pengarah JPN Perak, Tn. Hj. Asmuni Awi serta pimpinan PAS Perak yang lain.

Gambar profil facebook Pengundi Luar PAS Perak.

Facebook tersebut boleh dikunjungi melalui alamat http://facebook.com/pengundipasperak

intanhijau.blogspot.com

Read more...

ROSMAH MASALAH BARU NAJIB..?

>> 04 Ogos 2011


"Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan.

Read more...

ADUN BEBAS BAKAL CALON BN PERAK ?

Harakahdaily   
IPOH, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat beberapa kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti menjanjikan yang terbaik dengan menggunakan istilah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yakni winnable dan likeable candidate sebagai asas memilih calon BN.
Setiausahanya, Salman Saleh berkata, walaupun menyedari hakikatnya ia hanya bersifatkan teori semata-mata kerana banyak pihak tidak berpuas hati terhadap kenyataan tersebut.
Ini kerana, katanya bagaimana kedudukan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang menyokong BN.

“Adakah Adun Kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar DAP dan kini telah menyertai PPP terselamat untuk kembali bertanding pada PRU 13 nanti kerana sudah menyertai Komponen BN?
“Apakah kedudukan tiga orang lagi ADUN yang masih berstatus Bebas?
“Adakah mereka akan bertanding dalam PRU 13 nanti?
“Adakah BN akan menawarkan mereka bertanding atas tiket BN?” soalnya dalam satu kenyataan.
Katanya, jika semua kenyataan Zambry tersebut diambil kira, keempat-empat Adun Bebas tersebut telah berjaya menang pada PRU 12 tahun 2008 yang lalu dan sedang memberikan perkhidmatan atas nama BN.
Melalui maklumat yang diterima, ujarnya kesemua mereka memang berhasrat untuk kekal bertanding dan menjadi calon BN pada pilihan raya kali ini.
Baginya, banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran Zambry di dalam menentukan calon BN kali ini.
Ketika ini, ujarnya MCA sudah mengarahkan semua MCA bahagian menyerahkan senarai calon-calon yang mewakili mereka.
MIC pula, tambahnya telah memberikan kata dua untuk mengekalkan kerusi yang ditandingi  mereka  pada PRU 12 yang lalu walaupun kesemua calonnya kalah.
Katanya lagi, PPP juga sedang memastikan agar Keshvinder akan kekal menjadi calon bagi mewakili BN di Dun Malim Nawar sekali lagi.
“Adakah Datuk Tan Lian Hoe wakil tunggal Gerakan akan kekal di Parlimen Kawasan Gerik?” soalnya.
Menurutnya, ini bermakna rakan Komponen Umno dalam BN Perak mahu mereka diberikan kerusi dengan calon mereka sendiri walaupun mungkin tidak memenuhi key performance indicator (KPI) Zambry sebagai Pengerusi BN Perak. 

Read more...

JIMAT : NASIHATI ROSMAH DULU SEBELUM AJAK RAKYAT

>> 03 Ogos 2011


PARIT BUNTAR, 3 Ogos: “Janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum Najib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita ‘paling boros’ di abad ini,” kata Drs Khalil Idham Lim.

Beliau selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Baru-baru ini yang memberi ingatan buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini.

“Najib nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut presiden Umno itu,  ia selaras dengan semangat yang dianjurkan dalam bulan ini iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Berkenaan dengan nasihat itu, kata Khalil sebenarnya Islam menuntut agar si pemberi nasihat jangan cuma pandai berucap sahaja.

“Pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat, namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi.

“Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan ia sendiri berjalan tidak betul,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sehubungan itu, beliau ingin mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari dan bil air pula berjumlah lebih RM100,000 sehari.

“Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24 jam tanpa keluar,” katanya lagi.

Katanya, rakyat yang tidak tahu perihal itu akan mengangguk sahaja dan terus akur dengan nasihat tersebut.

“Persoalannya adakah kita yang telah tahu hal ini boleh berdiam diri?” soalnya.

Sebelum ini, media baru mendedahkan bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit.

Justeru, beliau mengajak rakyat agar menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman Umno BN yang kian ‘gila’ dengan wang rakyat dibelanja mengikut sesuka hati.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah negara yang bebas daripada pemimpin korup dan boros berbelanja,” katanya lagi.(harakahdaily)

Read more...

JADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PENJANA KEKUATAN - DR. MUHAIMIN


TELUK INTAN, 2 Ogos - Ahli PAS perlu menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menjana kekuatan untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Ia juga boleh dijadikan sebagai menjana kewangan parti dengan kemurahan para penyokong dan ahli menghulurkan sumbangan kepada parti.

Demikian telah dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Perak semasa menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Menurut beliau, Ramadhan selain menjadi madrasah rohani, sepatutnya ahli-ahli PAS menjadikan Ramadhan sebagai madrasah intelektual (aqliah) kerana Ramadhan adalah bulan al Qur'an yang mampu meningkatkan daya keintelektualan ahli-ahli PAS.
YDP PAS Ustaz Ismail turut bersama dalam majlis iftar jamaei.
YB Anuar bersama ahli-ahli PAS berbuka bersama.
Juadah istimewa.
Program Ihya Ramadhan  kawasan Teluk Intan diadakan setiap hari Selasa di sepanjang bulan Ramadhan dengan aktiviti seperti bertahlil, berbuka puasa, bersolat Maghrib, Isya' dan bertarawih. Ia juga menampilkan penyampai tazkirah di penghujung program  dari kalangan pimpinan PAS negeri.

Turut memeriahkan majlis ialah seluruh pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PAGI TADI PR, PETANG NI DAH JADI WARGA NEGARA ?

>> 02 Ogos 2011

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.(malaysiakini)

Read more...

MENGAPA DULU TAK INGAT TAMBAH MENTERI INDIA ?

 
JERANTUT, 2 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melihat pelantikan Presiden MIC Datuk G Palanivel sebagai menteri kedua daripada kaum India dalam kabinet hanyalah untuk memancing undi kaum itu yang mula menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata, sudah begitu lama kaum itu diwakili hanya oleh seorang menteri dalam kabinet kerajaan sehinggalah berlaku perubahan sokongan kepada pembangkang.

“Dulu mengapa tak ingat nak tambah menteri India, mengapa baru sekarang?” soalnya ketika diminta mengulas  pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Balasubramaniam yang juga Pengerusi DHPP Pahang berkata, pertambahan satu menteri bukan bermakna membawa pembaharuan kepada kaum India tetapi sebaliknya Palanivel sendiri yang naik pangkat.

“Kalau kita tengok berlaku swing sehingga 70 peratus undi kaum India kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu ialah kerana mereka sedar kebajikan mereka tidak lagi dibela oleh BN melalui MIC.

“Orang India merupakan lebih kurang 7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta. Kebanyakan mereka masih berada di estet atau di pinggir bandar yang masih perlukan bantuan kebajikan dan sebagainya.

“Kalau masyarakat India diberi penempatan seperti tanah, rumah atau sebagai contoh kalau kerajaan beri dana RM50 juta untuk masyarakat India, ia mungkin ada perubahan sedikit.

“Tetapi yang dapat hanyalah menteri. Itu bermakna hanya kenaikan pangkat Palanivel iaitu dulu timbalan menteri sekarang jadi menteri,” ujarnya.

Menurut Balasubramaniam, orang India juga perlukan tanah sama ada untuk tempat tinggal atau bercucuk tanam.

Beliau menceritakan, baru-baru ini ketika Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob datang ke Jerantut, ada ketua cawangan MIC yang minta selesaikan masalah pemohonan tanah yang diusahakan oleh sejak zaman bapa mereka tetapi belum lulus.

“Bukannya orang India minta tanah baru, tapi tanah yang telah lama mereka usahakan. Begitu juga dengan masalah kebajikan kaum,” ujarnya.(harakahdaily)

Read more...

PROGRAM IHYA RAMADHAN PAS KAWASAN TELUK INTAN

>> 01 Ogos 2011


JEMPUT HADIR ...

Read more...

RAMADHAN : KEMENANGAN KE ATAS KEBATILAN, KEZALIMAN


Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan. Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.

Dewan Ulamak menyeru umat Islam Malaysia bukan sahaja berlumba-lumba untuk membaca sebanyak mungkin ayat-ayat Allah tetapi juga diseru agar cuba memahami tuntutan Allah SWT serta melakukan muhasabah sejauh manakah kita melakukan usaha dalam melaksanakan segala arahan Allah SWT dan menjauhkan diri kita daripada terjerumus ke dalam kemungkaran bersama-sama golongan yang zalim.

Di antara kemungkaran yang  besar ialah apabila undang-undang Allah yang berteraskan keadilan ditinggalkan. Maka pada bulan Ramadhan ini, isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan kezaliman di negara ini.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP