JADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PENJANA KEKUATAN - DR. MUHAIMIN
>> 03 Ogos 2011
TELUK INTAN, 2 Ogos - Ahli PAS perlu menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menjana kekuatan untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Ia juga boleh dijadikan sebagai menjana kewangan parti dengan kemurahan para penyokong dan ahli menghulurkan sumbangan kepada parti.
Demikian telah dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Perak semasa menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.
Menurut beliau, Ramadhan selain menjadi madrasah rohani, sepatutnya ahli-ahli PAS menjadikan Ramadhan sebagai madrasah intelektual (aqliah) kerana Ramadhan adalah bulan al Qur'an yang mampu meningkatkan daya keintelektualan ahli-ahli PAS.
YDP PAS Ustaz Ismail turut bersama dalam majlis iftar jamaei. |
YB Anuar bersama ahli-ahli PAS berbuka bersama. |
Juadah istimewa. |
Program Ihya Ramadhan kawasan Teluk Intan diadakan setiap hari Selasa di sepanjang bulan Ramadhan dengan aktiviti seperti bertahlil, berbuka puasa, bersolat Maghrib, Isya' dan bertarawih. Ia juga menampilkan penyampai tazkirah di penghujung program dari kalangan pimpinan PAS negeri.
Turut memeriahkan majlis ialah seluruh pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan