TELUK INTAN, 20 Ogos - Atas semangat keprihatinan dan keakraban sesama Pakatan Rakyat maka PAS Cawangan dan PKR Ranting Sg. Samak telah berpakat memasak dodol secara gotong-royong. Aktiviti tersebut sebenarnya telah menjadi amalan sejak beberapa tahun lepas.
Selain dapat mengukuhkan hubungan sesama PR, dodol yang siap dimasak itu akan diagihkan kepada penduduk kampung yang bakal disampaikan oleh ADUN Changkat Jong sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
|
Tuan Haji Munsarih (berbaju Melayu) selaku tuan rumah bersama Sdr. Tajuddin, Setiausaha PAS Cawangan. |
Jika tahun lepas, aktiviti tersebut diadakan di rumah Ketua Cawangan PAS, Sdr. Saifuddin Hamid maka pada tahun ini ia telah diadakan di rumah Bendahari Cawangan PAS, Tn. Hj. Munsarih bin Marzuki. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh ramai ahli kedua-dua parti di mana sebahagian besar adalah dalam kalangan pemuda.
|
Ketua Ranting PKR Sg. Samak merangkap Naib Ketua Cabang PKR Teluk Intan turut hadir. |
|
Turut hadir ialah Ketua Wanita PKR Cabang Teluk Intan, Pn. Rosinah bt. Harun. |
Sdr. Saifudin, Ketua PAS Cawangan Sg. Samak turut ambil bahagian.
|
Pemuda PAS dan PKR sedang bertungkus lumus mengacau dodol. |
|
Dodol sudah siap...! |
Sumber : wann-annur.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan