ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH HOSPITAL TELUK INTAN
>> 19 Ogos 2011
TELUK INTAN, 17 Ogos - ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengadakan ziarah ke Hospital Teluk Intan. Program ziarah tersebut telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.
Rombongan ADUN dan Pemuda PAS itu telah bermula pada sebelah petang di Wad 2A, Wad 2B, Wad 2C dan Wad 2D. Ziarah tersebut telah mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Hospital Teluk Intan.
Staf di wad tidak terkecuali menerima cenderamata daripada YB. |
Selama dua jam, YB Anuar dan pimpinan Pemuda PAS Teluk Intan telah berpeluang menemui pesakit-pesakit. Selain bertanya khabar tentang kesihatan, YB Anuar telah menyampaikan cenderamata kepada setiap pesakit yang ditemui. Pesakit-pesakit yang ditemui adalah terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
Terserlah keceriaan pada wajah pada setiap pesakit yang diziarahi oleh YB Anuar. Kebanyakan mereka melahirkan rasa berbesar hati apabila seorang wakil rakyat seperti YB Anuar telah menemui mereka pada saat mereka menderita sakit dan sebagainya. Apatah lagi, YB Anuar tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat kepada setiap pesakit yang ditemui.
0 ulasan:
Catat Ulasan