MENGAPA SAMBUTAN KEMERDEKAAN HAMBAR..?
>> 31 Ogos 2011
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan
menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun
kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan
negara.
“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.
“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan,
seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS
Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan
negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar
al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.
“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan
Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup
Melayu.
Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.
Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.
Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan
British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).
Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan
“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan