Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN LAWAT KELANTAN

>> 18 Disember 2011


TELUK INTAN, 16 Disember - Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah berjaya menganjurkan rombongan lawatan ke negeri Kelantan. Rombongan tersebut telah melibatkan dua buah bas dan diketuai oleh isteri ADUN Changkat Jong, Pn. hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fahkrul Razi yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan.
Bergambar di hadapan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Menurut Pn. Hjh. Faridah, sebahagian besar daripada ahli rombongan adalah terdiri daripada para pemenang Pertandingan Memasak Piala Isteri YB ADUN Changkat Jong yang telah diadakan di sepanjang tahun ini di peringkat cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan. Ia adalah sebahagian daripada bentuk hadiah kepada peserta yang menang. Selain itu, ahli rombongan terdiri daripada ahli jawatankuasa muslimat kawasan serta cawangan. Turut ikut serta ialah Ketua Dewan Muslimat PASkawasan, Pn. Robiatun Mohd. Abas, Timbalan YDP PAS kawasan dan Ketua Pemuda PAS kawasan.

Menurut beliau lagi, antara objektif lawatan ialah untuk menunjukkan kepada ahli rombongan akan kesejahteraan negeri Che Siti Wan Kembang yang selama ini telah diberikan gambaran yang negatif oleh sesetengah pihak terutama UMNO/BN.
Peserta diberi taklimat oleh YB Kak Ani.
Pimpinan Dewan Muslimat Teluk Intan sedang khusyuk mendengar penerangan.
Perbincangan mesra.
YB Rohani Ibrahim menyampaikan taklimat tentang negeri Kelantan.
Ketua Muslimat PAS Teluk Intan mengemukan pertanyaan dalam sesi dialog.
Setiausaha Dewan Muslimat menyampaikan ucapan pernghargaan.
Penyampaian cenderahati.
Sambil menikamati jamuan, berbincang tentang or

Antara destinasi utama yang disinggahi ialah Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Mas di Kota Bharu. Di sana, para ahli rombongan telah diberikan taklimat oleh ADUN Tanjung Mas iaiti YB Rohani Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan YB Kak Ani. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang dasar kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah selama 21 tahun.

Selain itu, rombongan juga telah meninjau ke kediaman Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka. Di samping itu, para ahli rombongan juga telah berpeluang membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, kedai pengusaha serunding dan Rantau Panjang.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

HASAN, NASHARUDDIN TERPERANGKAP DALAM AGENDA UMNO

>> 15 Disember 2011


KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa  sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa  berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa  mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu  turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa,  kenyataan Hasan dan Nasharudin itu  tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.(harakahdaily)

Read more...

JANGAN ABAIKAN TARBIYYAH APABILA BERHADAPAN PILIHAN RAYA

>> 14 Disember 2011


TELUK INTAN, 12 Disember - Ahli-ahli PAS khususnya para petugas pilihan raya dinasihatkan agar tidak mengabaikan program tarbiyyah di dalam keghairahan melakukan gerak kerja persiapan menghadapi PRU13. Demikian telah dinyatakan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Perkaderan PAS Perak Ustaz Sidik Nor semasa membuat pembentangan di dalam majlis Liqa Fikri peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau, aspek tarbiyyah perlu dilalui oleh oleh setiap petugas parti dan ia tidak boleh diabaikan jika inginkan kemenangan yang berkualiti.

"Inilah kekuatan kita berbanding dengan UMNO iaitu kekuatan kerohanian, beribadat dan taqarrub kepada Allah SWT. Malah bagi petugas PAS, solat tahajud bukan lagi satu amalan sunat tetapi menjadi amalan wajib kepada kita agar kita mendapat makam orang yang dikasihi oleh Allah," tambah beliau lagi.

Ustaz Sidik juga telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi prasyarat untuk mencapai kemenangan seperti mempunyai kejelasan terhadap fikrah perjuangan, mendalami hukum Islam, sentiasa bermuraqabah kepada Allah, menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bekerja secara berjemaah, meletakkan kepentingan jemaah melebihi kepentingan peribadi dan bersifat tawadhu'.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan beberapa program yang boleh dilakukan oleh setiap petugas parti untuk membina kualiti diri seperti berusaha meninggalkan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil, sentiasa berwudhu semasa bertugas, solat berjemaah, membaca al Qur'an, menjaga pergaulan, memelihara aurat, selalu memuhasabah diri, bersedia menerima teguran, meraikan kekurangan sahabat, mewujudkan suasana mahabbah semasa bertugas dan mengelakkan pertengkaran.


Para ahli PAS sedang melafazkan baiah.

Di penghujung program, Ustaz Sidik berserta para pimpinan PAS kawasan, cawangan dan ahli yang hadir melafazkan ikrar bai'ah memikul tanggungjawab kepada perjuangan parti untuk menegakkan perintah Allah.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

JANGAN UNTUNG SEHARI, RUGI LIMA TAHUN

>> 12 Disember 2011


KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.

"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.
"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.

"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor.

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperoleh daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak memohon itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.

Sementara itu, menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.

"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.

"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.

Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.

"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya.(harakahdaily)

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG EDAR BUBUR ASYURA

>> 11 Disember 2011


TELUK INTAN, 7 Disember - Sempena sambutan 10 Muharram pihak Surau Diri Jumaat (SDJ) Hidayatul Islamiyah, Taman Cicely telah membuat bubur asyura. Dengan kerja sama ahli jawatankuasa surau dan orang ramai, majlis tersebut telah dijalankan dengan baik.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri. YB Anuar dan isteri turut bersama-sama dengan orang ramai menikmati bubur asyura.
Isteri ADUN Changkat Jong Pn. Hjh. Faridah Rajiah menyampaikan bubur asyura kepada seorang penduduk.
Hujan lebat tidak mematahkan semangat YB dan isteri menjenguk rumah penduduk.

Selepas itu, YB Anuar dan isteri telah meluangkan masa mengedarkan bungkusan bubur asyura ke rumah-rumah di sekitar Taman Cicely. Beliau telah diiringi oleh ahli jawatankuasa surau. Walaupun hujan turun dengan lebat namun ia tidak menghalang kepada ADUN Changkat Jong untuk menyampaikan 12 bungkus bubur asyura kepada para penduduk.

intanhijau.blogspot.com

Read more...

PENGHINAAN TERHADAP HUKUM ALLAH....! mari kita bantah.!!!

>> 10 Disember 2011

 
1. Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Kamal Saidin Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu dan  Chua Soi Lek Presiden MCA yang mempersenda hukum Allah swt dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru - baru ini sedang beliau tiada authoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama' Muda  UMNO sebagai salah seorang panel.

2. Belum pun reda rasa sugul diatas penghinaan terhadap hukum Allah swt dan perlecehan terhadap disiplin ilmu ketika membincangkan persoalan ini, kini tercetus pula penghinaan yang lebih strategik dan terancang dengan terhasilnya filem pendek di bawah tajuk Lagi Hudud PAS yang kini disiar menerusi laman youtube.

3. Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah swt sedang berdepan dengan  satu tanggungjawab yang sangat berat. Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah swt dan kembali kepangkalan jalan  [bahkan pelakon non muslim juga selayaknya tidak menghina agama Islam dan mereka mesti memohon maaf ] lalu menjadikan bakat mengarah dan berlakon filem itu ke arah pembikinan filem pendek yang mendidik rakyat agar lahir sebuah generasi yang soleh serta menghormati nilai agama dan ilmu.

4. DPPM juga mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut. Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai. Lihat sahaja [ statistik sehingga artikel ini ditulis ] jumlah like [ 91 orang ] berbanding jumlah dislike [ 4,299 orang ] sementara jumlah penontonnya [ 10, 123 orang ].

5. Kami kesal apabila kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah swt. sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah swt di atas muka bumi ini. Masih terlalu banyak ruang kebaikan untuk mereka menghasilkan karya bermutu dengan bakat  seni yang mereka miliki.

6. Saya doakan agar mereka insaf dan mengalu - alukan bakat seni yang mereka miliki untuk disalurkan kepada pelbagai bentuk karya yang mampu menaikkan nama Islam. 

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Read more...

JOM BACA PEKELILING SBPA DI SINI

>> 09 Disember 2011

Sila klik di sini JPA

Read more...

SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : DARIPADA PRESIDEN PAS


Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang  sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?
Ucapan pertama  disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158

158.  Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Baca selanjutnya di sini...

Read more...

PEKELILING SBPA KELUAR HARI INI

>> 08 Disember 2011


PUTRAJAYA, 7 Dis — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA.

“Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek... itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.

Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.

Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.
Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.

Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA.

“Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM... jadi ada kenaikan lebih RM1,100,” katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.

“Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam,” kata beliau lagi.

Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus.

Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan hari ini.(malaysianinsider)

Read more...

UGUTAN NAJIB BUKTI UMNO SEDAR AKAN HILANG KUASA

>> 07 Disember 2011


KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

"Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima kalau mereka kalah dalam pilihan raya.

"Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, Umno BN sebaliknya harus memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan di peti undi, bukan mengugut masa depan mereka menjadi malap sekiranya memilih Pakatan Rakyat.

"Semua pihak sama ada Perdana Menteri ataupun institusi keselamatan seperti polis dan tentera bahkan badan bukan kerajaan seperti Pekida, Perkasa dan sebagainya harus akur dengan mandat yang diberi rakyat.

"Jika dalam pilihan raya umum rakyat beri kepercayaan selain kerajaan yang sedia ada, rakyat harus menghormatinya," katanya.

Tambah Mazlan lagi, beliau yakin ucapan Najib itu mempunyai maksud tersirat iaitu memberi isyarat kepada Pekida agar tidak sekali-kali "belot" dengan parti pemerintah.

Justeru katanya, semua pihak harus berhati-hati dengan ucapan berbaur ancaman dan provokasi itu.

"Saya yakin apa yang diungkapkan Najib ada maksud tersirat yang nak disampaikan kepada pertubuhan seperti Pekida itu.

"Jadi saya harap ucapan yang berbau ancaman dan provokasi ini dapat diteliti oleh pihak polis supaya ini tidak menjadi satu galakan kepada budaya samseng dalam negara kita seperti yang ditunjukkan oleh BN melalui siri gangguan dalam ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap berlaku," katanya.

Selain itu, tegas Mazlan, ugutan bahawa Melayu akan menjadi bangsa yang bangsat dan merempat jika tidak diperintah Umno BN langsung tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, nasib Melayu sekarang ini memang sudah tidak terbela angkara Umno sendiri yang mengaut kekayaan untuk kroni mereka.

"Pakatan belum diberi peluang mengambil alih Putrajaya lagi, bagaimana Najib kata orang Melayu akan jadi bangsa yang bangsat, merempat?

"Hari ini pun kalau senaraikan isu orang Melayu, memang dah jadi bangsat pun. Angkara siapa kalau bukan angkara Umno.

"Kononnya kalau bagi kuasa kepada Pakatan Rakyat Melayu akan bangsat, akan merempat, ini kenyataan yang melampau dan tak patut keluar dari mulut Perdana Menteri," katanya.(harakahdaily)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP