TELUK INTAN, 16 Disember - Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah berjaya menganjurkan rombongan lawatan ke negeri Kelantan. Rombongan tersebut telah melibatkan dua buah bas dan diketuai oleh isteri ADUN Changkat Jong, Pn. hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fahkrul Razi yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan.
|
Bergambar di hadapan Masjid Beijing, Rantau Panjang. |
Menurut Pn. Hjh. Faridah, sebahagian besar daripada ahli rombongan adalah terdiri daripada para pemenang Pertandingan Memasak Piala Isteri YB ADUN Changkat Jong yang telah diadakan di sepanjang tahun ini di peringkat cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan. Ia adalah sebahagian daripada bentuk hadiah kepada peserta yang menang. Selain itu, ahli rombongan terdiri daripada ahli jawatankuasa muslimat kawasan serta cawangan. Turut ikut serta ialah Ketua Dewan Muslimat PASkawasan, Pn. Robiatun Mohd. Abas, Timbalan YDP PAS kawasan dan Ketua Pemuda PAS kawasan.
Menurut beliau lagi, antara objektif lawatan ialah untuk menunjukkan kepada ahli rombongan akan kesejahteraan negeri Che Siti Wan Kembang yang selama ini telah diberikan gambaran yang negatif oleh sesetengah pihak terutama UMNO/BN.
|
Peserta diberi taklimat oleh YB Kak Ani. |
|
Pimpinan Dewan Muslimat Teluk Intan sedang khusyuk mendengar penerangan. |
|
Perbincangan mesra. |
|
YB Rohani Ibrahim menyampaikan taklimat tentang negeri Kelantan. |
|
Ketua Muslimat PAS Teluk Intan mengemukan pertanyaan dalam sesi dialog. |
|
Setiausaha Dewan Muslimat menyampaikan ucapan pernghargaan. |
|
Penyampaian cenderahati. |
|
Sambil menikamati jamuan, berbincang tentang or |
Antara destinasi utama yang disinggahi ialah Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Mas di Kota Bharu. Di sana, para ahli rombongan telah diberikan taklimat oleh ADUN Tanjung Mas iaiti YB Rohani Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan YB Kak Ani. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang dasar kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah selama 21 tahun.
Selain itu, rombongan juga telah meninjau ke kediaman Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka. Di samping itu, para ahli rombongan juga telah berpeluang membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, kedai pengusaha serunding dan Rantau Panjang.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan