SHAHRIZAT DEDAHKAN RAMAI LAGI PEMIMPIN UMNO YANG BERMASALAH
>> 25 Disember 2011
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.
Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.
Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.
"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.
"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.
Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.
"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.
"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.
Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.
"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.
"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

5 ulasan:
Pemimpin UMNO yang bersalah jatuh tersungkur. Pemimpin pembangkang yang bersalah terus naik... hancur negara kalau mereka dilantik pemimpin negara!
Gobek, tolong "nyatakan siapa pemimpim pembangkang yg bersalah itu? salah dari sudut lawan atau salah yg benar2 salah... Trong
budak gobek ni saja nak tutup malu ngan kes2 yg terjadi selangor!
sudah lah gobek......tak payah lah hang nak kaitkan dgn pemimpin pr........dsai dulu kena 6 tahun bukan kes liwat mcm yg pencacai mcm hang tuduh tu.....dia cuma disabit konon salah guna kuasa yg tak babitkan walau sesen pun duit rakyat!
tak payahlah hang nak perbodohkan org lein yg dah sedia bodoh tu.....cukup lah hang sorang saja yg bodoh!
hang bacalah baik2 apa yg menteri dari parti hang sendiri cakap tu........bukankah dia ada sebutbukan dia seorang saja yg bermasaalah tetapi ada lagi pemimpin parti hang yang bermasaalah!
hang mengaku kalah sajalah gobek.
pencacai gobek tak percaya cakap bekas presiden parti dia sendiri tun dr mahadir yg tuduh umno sudah busuk hingga usus.
Pemimpin yg baik mengaku wujud kelemahan dan berusaha mengatasinya. Pemimpin penipu tidak akan mengaku tentang kelemahan apatah lagi dosanya sendiri.
Catat Ulasan