UMNO DAKWA 7000 AHLI PAS KELUAR PARTI PROTES MAT SABU IKTIRAF MAT INDERA...?
>> 03 Disember 2011
KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah
menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu
mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan,
dakwa seorang perwakilan hari ini.
Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali
sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno
kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.
“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus
laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan
usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno
petang ini.(MALAYSIANINSIDER)
0 ulasan:
Catat Ulasan