KITA CABAR UMNO TEGUR ORANG INI JIKA BENAR PERJUANG ISLAM
>> 04 Disember 2011
Soi Lek: Hudud akan musnah ekonomi Malaysia, bawa binasa diri
December 04, 2011
KUALA
LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata
pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan
dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai
sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika
kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan
hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa
yang sesuai untuk berbuat demikian.
Dr Chua (gambar) berkata sistem perundangan itu
tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain
mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen
antarabangsa.
“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.
“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah
pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata beliau kepada
pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.
Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan
jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga
akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.
“Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat
Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya,” kata beliau lagi.
Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional
(BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki
negara.
Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah “binasa diri”, tegas Dr Chua.(malaysianinsider)
2 ulasan:
baik guan eng kurang kurang nya dia nak memerintah cara umar al khatab
inilah masanya parti gabongan dalam bn nak belasah umno,,,depa pun ada mata,ada telinga,ada mulut.selalu umno tunjuk hero klu parti lain ada masalah..bila umno ada masalah,,puak2 yg dah lama berdendam walaupun tang rasuah,depa bersatu pendapat....depa dah mula bercakap pasai islam yg umno ajaq selama lebih 12 penggal jadi gomen.klu mengaji kt pondok2,dipanggil khatam belajaq.jadi,,,toksah kita salahkan uncle chua yg gentlemen walau dalam isu apa sekalipun.awat hampa tak herankah???pasai apa menteri2 umno jadi macam org bisu,terkelu nak komen...pasainya???klu depa komen,,,uncle chua mesti jawab!!!inilah islam yg hampa ajaq kami selama nii...padan muka,,,,,bila umno bisu dan kelu,begitu juga ulamak belaan mereka,,maka uncle chua mati2 ingat dia dah berkata benar,,,nak marah umno ngan ulamak2 depa pun tak boleh,pasai dalam AL-QURAN dah sebut bahawa islam ada lebih 70 golongan dan yg nak tentu yg satu masuk syurga ialah ALLAH,TUHAN YANG MAHA AGONG.jangan sampai kita marah dengan mendahului KETENTUAN ALLAH...pada aku,inilah yg ALLAH dah tetapkan berlaku...jadi kita tok sah dok question macamana laa kejadian nii berlaku,,ALLAH nak tunjuk kat kita bahawa kejadian2 yg disebutkan dalam kalamNYA releven hingga bila2..bukan buku sejarah.carilah hikmah atas peristiwa2 yg berlaku di sekeliling kita.
Catat Ulasan