Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

KAWASAN MARKAZ BN SUDAH DILIMPAHI AIR

>> 11 April 2010

HULU SELANGOR, 11 April: Apa sudah jadi dengan kawasan markas dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa, Rawang yang mula dilimpahi air.

Belum pun dibuka secara rasmi dan hanya menunggu masa untuk menjadi markas bagi ‘memperbodohkan’ para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor, hujan yang tidaklah selebat mana pun malam semalam telah menjadikan kawasan binaan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu ditenggelami air.

Markas di atas tanah tinggi di depan masjid baru Bukit Sentosa itu tentunya akan menjadi markas untuk para pemimpin BN berkumpul, bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk terus menipu rakyat dengan slogan-slogan hipokrit dan adu domba.

Dalam sehari dua ini juga akan dapat menyaksikan kawasan Bukit Sentosa dipenuhi pemimpin yang datang dengan kereta besar, gah dan mewah menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April sehingga pembuangan undi pada 25 April ini. (harakahdaily)

Read more...

PR MAMPU TUMBANGKAN BN DI HULU SELANGOR



KOTA BHARU, 10 April: Kerjasama erat ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP Selangor mampu menumbangkan Barisan Nasional dan memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal milik Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan penampilan calon berwibawa dari PKR yang akan diumumkan 13 April ini.

“Bagi kami (PAS) di Selangor, tidak ada masalah bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana keadilan itu untuk semua, dan ini adalah antara tuntutan perjuangan dalam Islam," katanya.

“Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah ‘tahalul siaasi’ (kerjasama politik), bekerjasama dalam satu Pakatan bagi menggantikan BN (memerintah negara ini), insya Allah,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-43 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pagi tadi.

PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April ini.(harakahdaily)

Read more...

ASIASOFT : PERISIK ISRAEL ADA DI MALAYSIA?

>> 10 April 2010



KUALA LUMPUR, 10 April: Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel.



Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.



"Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.



Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS).



Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza (IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit dalam pertemuan eksklusif itu.



Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu.



"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri.



"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut."



Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan.



"Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin.



Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar, rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya, iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM.



Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001 lalu.



Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.



Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu Izhak David Nakar dan Ido Schechter.



Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana.



Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi seakan diabaikan.



Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin Technology Sdn. Bhd.



Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan Asiasoft atau sebaliknya.



Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama memelihara keamanan negara.(harakahdaily)

Read more...

PAKATAN RAKYAT - BERPAKAT DENGAN RAKYAT DEMI KEBAJIKAN RAKYAT - YB SAARI SUNGIB



TELUK INTAN, 9 April - Setelah dua tahun mentadbir Selangor, PR mampu mengadakan begitu banyak perkara yang dahulunya tidak mampu dilakukan oleh BN. Secara umumnya, kerajaan negeri Selangor di bawah PR sentiasa memikirkan tentang kebajikan rakyat mendahului kepentingan politik dan kroni. Demikian dinyatakan oleh ADUN Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungib ketika menyampaikan ceramah beliau di Kg. Sungai Kerawai, dekat sini.

"Malah kami atas nama Pakatan Rakyat merealisasikan maksud PR iaitu berpakat dengan rakyat demi kebajikan rakyat," tambah beliau lagi. Ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kg. Sungai Kerawai.

Turut hadir sebagai penceramah ialah Sdr. Hj. Azhar Rafaie Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Sdr. Surianarayanan, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.


YB Saari Sungib, Hj. Azhar dan Ustaz Ismail.


Sdr. Hj. Azhar bercerita pengalaman lawatan ke Mesir dan UK.


Sdr. Suria menyampaikan ceramah yang menarik perhatian hadirin.



Menurut YB Saari lagi, negeri Selangor mempunyai sumber hasil bumi yang banyak. Namun, semenjak ia diurus oleh UMNO/BN semasa memerintah Selangor, hasil bumi ini tidak diurus dengan baik kerana ia dilakukan atas dasar politik dan kroni yang menyebabkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang sepatutnya.

"Jika hasil seperti tanah, air dan pasir diurus dengan maksud kebajikan rakyat tanpa mengutamakan kroni insyaAllah hasil kerajaan negeri akan meningkat.

"Contohnya, setelah hasil pasir diurus dengan baik, dalam tempoh enam bulan, kerajaan negeri Selangor telah mendapat hasil RM39 juta. Ini berbeza pada tahun 2007 (sewaktu BN) hanya mengutip RM17 juta sahaja setahun," ujar beliau lagi.

Banyak lagi program kebajikan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah PR seperti program TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor), Skim Mesra Warga Emas, sumbangan RM1000 kepada pelajar melanjut pelajaran ke IPTA dan sebagainya.

Turut hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik, Timbalan YDP PAS Teluk Intan dan Ketua Cawangan Kg. Sungai Kerawai Hj. Jumali Sadeli.


YB Saari dan anak, Urwah.


Ceramah berdasarkan fakta daripada YB amat mengesankan.


Antara penduduk kampung yang hadir.



ar_rawa

Read more...

NAJIB TAK PUAS HATI DENGAN APCO...?

>> 09 April 2010

Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos.



Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, walaupun keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco mungkin dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel, namun hakikatnya perdana menteri dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Adalah dipercayai Apco memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu meskipun kontrak ketika itu belum ditandatangani.Najib dikat


akan amat tidak berpuas hati dengan khidmat Apco khususnya berhubung persiapan mereka ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pakar-pakar media Najib.

Penasihat media perdana menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin, seorang pengkritik vokal Apco secara peribadi, dikatakan tidak sehaluan dengan pandangan setiausaha akbar Najib, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berhubung peranan Apco di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini kerana Jalaludin berpendapat Apco tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan,” kata sumber itu.

Tengku Sariffuddin tidak dapat dihubungi untuk komennnya manakala Jalaludin enggan membuat ulasan.

(malaysiakini)

Read more...

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN KG. SUNGAI SAMAK

>> 07 April 2010


YDP PAS Teluk Intan sedang menyampaikan ucapan perasmian.

TELUK INTAN, 6 April - PAS Cawangan Kg. Sungai Samak telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-6 semalam. Mesyuarat telah diadakan di rumah Setiausaha PAS Cawangan, Sdr. Tajuddin Abdullah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik.

Di dalam ucapan perasmian, Ustaz Ismail lebih banyak menekankan aspek misi PAS Perak. Antaranya mengilmukan rakyat. Beliau menyatakan betapa pentingnya ilmu agama kepada masyarakat agar mereka mudah menerima PAS sebagai wadah perjuangan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan dan Ketua Ranting PKR Kg. Sungai Samak Sdr. Kasdi.

Sementara itu, di dalam ucapan aluan Ketua Cawangan Sdr. Saipuddin bin Hj. Abd. Hamid berharap mesyuarat agung kali ini menjadi medan untuk bermuhasabah akan gerak kerja parti. Beliau juga berharap agar kerjasama erat antara PAS Cawangan dan PKR Ranting dapat berterusan dalam meneruskan perjuangan menentang kezaliman UMNO/BN.


Ketua Cawangan, Sdr. Saipuddin menyampaikan ucapan.


Turut hadir ialah Ketua Ranting PKR, Sdr. Kasdi (tengah).



ar_rawa

Read more...

KETUA PEMUDA PAS PUSAT ZIARAH KELUARGA MENDIANG SIVA

>> 06 April 2010



LANGKAP, 6 April - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi telah meluangkan masa menziarahi rumah keluarga mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak di Langkap tengah hari tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga merupakan YDP PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari, wakil Dewan Pemuda PAS Perak Ustaz Ismi dan beberapa orang pimpinan yang termasuk Sdr. Hacharan Singh, Ketua DHPP Teluk Intan serta AJKnya.

Sebelum itu, Ustaz Nasaruddin telah menerima taklimat daripada pimpinan DHPP Pasir Salak di Pejabat DHPP Pasir Salak dekat Pekan Langkap. Kemudian, rombongan telah pergi menziarahi keluarga mendiang Siva di Taman Mawar, Langkap.

Ustaz Nasaruddin telah berkesempatan menemui isteri dan anak-anak mendiang dan menyampaikan takziah bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau berharap keluarga mendiang dapat meneruskan kehidupan ini walaupun sudah ketiadaan insan tersayang.



Ustaz Nasaruddin memberikan kata-kata semangat kepada anak mendiang.


Ustaz Ismi turut hadir.




Ustaz Mustafa bersama Ketua Pemuda PAS Pusat.



ar_rawa

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH KELUARGA KEMATIAN ANAK


YB Anuar bersama Hj. Jumali, Ketua Cawangan.

Semalam (5/4/2010), selepas mengikuti usrah kawasan, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah meluangkan masa menziarahi keluarga yang telah kematian anak di Kg. Sungai Kerawai, Teluk Intan. Remaja tersebut telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berhampiran Politeknik Sultan Azlan Shah dekat Behrang, Tanjung Malim pada minggu lepas.


YDP PAS Teluk Intan bersama Ketua Penerangan.


Si bapa menceritakan kejadian sedih sambil diperhatikan Penolong Setiausaha.

Oleh kerana kesibukan menghadiri Persidangan DUN Perak, maka YB Anuar tidak sempat menghadiri solat jenazah dan pengebumian. Pada malam itu, beliau hadir bersama beberapa orang AJK PAS Kawasan Teluk. Turut hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Ketua Penerangan Kawasan dan Ketua Cawangan Kg. Sungai Kerawai.

Pada malam itu, majlis tahlil telah diadakan dengan diketuai oleh Ustaz Ismail manakala doa selamat telah dibacakan oleh YB Anuar sendiri.

Read more...

ZAHID IBRAHIM CALON PKR HULU SELANGOR

Zaid Calon PKR Hulu Selangor

BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, 59 yang disebut-sebut akan diturunkan PKR untuk mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor sudah hampir pasti akan dicalonkan PKR.

Zaid (foto), yang meninggalkan Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Umno yang tidak berubah dari paradigma konservetifnya dipilih berdasarkan populariti beliau sebagai salah seorang pemimpin PKR di peringkat nasional.

Beliau adalah antara lima calon yang disenarai pendekkan PKR sebelum ini.

Zaid adalah pemimpin PKR yang juga menjadi penyelaras parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

DEKATI MASYARAKAT MELALUI KEBAJIKAN -USTAZ IDRIS AHMAD

>> 05 April 2010



KUALA LIPIS, 5 April: Pimpinan PAS disemua peringkat diarahkan meningkatkan usaha memperkasa parti dengan mendekati semua pihak terutama dalam program kebajikan kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lipis, kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam

Kata Idris pimpinan PAS diperingkat kawasan terutamanya perlu sentiasa turun padang bagi memantau pergerakan ahli di peringkat cawangan bagi memastikan mereka benar-benar berfungsi ditengah masyarakat.

“Pimpinan kawasan kena selalu buat lawatan ke cawangan-cawangan bagi memantau kerja mereka. Kita kena ada personal touch dengan mereka, tak boleh main pakai helo-helo saja, mereka ada perasaan, mereka perlukan perhatian dan bimbingan sentiasa ajar mereka bagaimana nak kerja dengan baik dan berkesan,” katanya.

Tambah Ustaz Idris dalam usaha meningkatkan penyertaan rakyat dalam perjuangan yang dibawa PAS beliau meningatkan petugas PAS supaya sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan rakyat melalui program yang dianjurkan terutama yang membabitkan soal kebajikan.

“Sebagai parti yang menyokong perjuangan rakyat kita kena adakan banyak program bersama dengan mereka. Kita kena ambil tahu masalah mereka, ambil berat tentang kebajikan mereka dan jalinkan hubungan baik, barulah kita sampaikan maklumat kepada mereka untuk bersama dengan kita menentang kezaliman yang dilakukan UmnoBN,”katanya. (Harakahdaily)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP