PR MAMPU TUMBANGKAN BN DI HULU SELANGOR
>> 11 April 2010
KOTA BHARU, 10 April: Kerjasama erat ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP Selangor mampu menumbangkan Barisan Nasional dan memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal milik Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan penampilan calon berwibawa dari PKR yang akan diumumkan 13 April ini.
“Bagi kami (PAS) di Selangor, tidak ada masalah bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana keadilan itu untuk semua, dan ini adalah antara tuntutan perjuangan dalam Islam," katanya.
“Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah ‘tahalul siaasi’ (kerjasama politik), bekerjasama dalam satu Pakatan bagi menggantikan BN (memerintah negara ini), insya Allah,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-43 yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pagi tadi.
PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April ini.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan