>> 03 April 2010
Felda Hulu S'gor pula dapat perumahan RM32 juta |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor. "Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Kubu Baru hari ini.
Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun. Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

0 ulasan:
Catat Ulasan