Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ANWAR : PAKATAN SAMBUT SERUAN NAJIB TAPI JANGAN TIKAM

>> 11 Mac 2009


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara namun kerajaan sebenarnya perlu terlebih dahulu memulihkan kebuntuan psikologi dan keyakinan rakyat.

Sambil menyifatkan pelawaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai tindakan zalim dan ditindas.

"Sekonyong-konyong dalam ucapan semalam, (kerajaan) memberikan ranting zaitun ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara."

"Kita tak pernah berhujah menolak apa sahaja usaha (memulihkan ekonomi) tetapi jangan anggap orang mudah lupa, kita sediakan ranting zaitun, kita sediakan keris kemudian tikam dalam masa yang sama."

"Kita berikan ranting, kita tikam rakyat...buang mereka dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), lempar fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti yang berlaku di Perak kemudian berikan ranting zaitun."

"Orang yang berikan ranting zaitun ini perlu dibaling dengan durian, melainkan ranting itu diberikan secara konsisten," katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anwar berkata, sejak belanjawan lalu dibentangkan lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) dikatakan mahu memberi ruang kepada ahli Parlimen pembangkang untuk mengemukakan pandangan tetapi semuanya diketepikan begitu sahaja.

"Semua inisiatif yang dikemukakan tidak mengambil kira pandangan yang dikemukakan pembangkang, tidak seperti yang dilakukan banyak negara demokrasi yang lain," katanya.

Katanya, BN perlu memulihkan kebuntuan psikologi rakyat dan memulihkan keyakinan dari sudut tanggungjawab, pengurusan dan mengayakan segelintir rakan-rakan serta membebankan rakyat.

"Pengumuman semalam tidak memulihkan keyakinan rakyat terhadap penguasa apatah lagi terhadap Menteri Kewangan yang dicemar dengan pelbagai skandal dan sejak mengambil alih menjadi Menteri Kewangan telah berpolitik dengan cara cukup rakus dan kasar serta terlibat dalam 'penculikan' wakil rakyat.

"Kita tidak boleh sentiasa leka, mengasah bakat bermain silap mata seperti menghilangkan orang-orang tertentu dan kemudian muncul bersama beliau," katanya.
Anwar berkata, Menteri Kewangan seharusnya hadir di Dewan untuk mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pembangkang.
"Ramai ahli Yang Berhormat tahu bahawa dalam sejarah belanjawan dan rangsangan, paling tidak dua tiga menteri termasuk Menteri Kewangan akan dengar hujah-hujah awal tetapi di sini tidak ada lagi.
"Kemudian ada omokan yang kita perlu bekerjasama, rakyat mahu kerajaan dan pembangkang sepakat. Sepakat apa? Berbicara dengan orang tuli yang tidak mendengar," katanya.(mstar online)

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP