Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PERIHAL UMNO DAN KAMBING

>> 19 Mac 2009


Ada banyak peribahasa yang boleh dikaitkan dengan KAMBING. Apatah lagi, sehari dua ni, kambing menjadi popular sejak ia digunapakai oleh Timbalan Presiden UMNO untuk menjustifikasikan tindakan Lembaga Disiplin UMNO. Dah lama dah tak glamour kambing ni kecuali masa hari raya korban dan bila orang buat aqiqah.

Sebelum ini, orang lebih mengenali SENYUM KAMBING yang bermaksud senyum yang dibuat-buat atau menyindir.


Saya ada juga dengar KAMBING HITAM yang bermaksud orang yang dipersalahkan.

Saya juga ada dengar orang tua-tua cakap bagai kambing diseret ke air atau bagai kambing dimandikan pagi bermaksud orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu.

Saya juga tahu maksud bagai kambing dijunjung iaitu jerit atau teriak orang yang penakut.

Kita juga tahu peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak bermaksud menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasana sesuatu tempat seseorang itu berada.

Peribahasa beginipun ada : Menanti pelir kambing terputus yang bermaksud menanti sesuatu yang mustahil sampainya.

Dan ini : Seperti kambing dengan harimau bermaksud orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.

Dan ini : Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi yang bermaksud orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.

Kesemua peribahasa di atas saya rujuk dari Kamus Dewan Edisi 4 mukasurat 666.

Yang jadi musykil pada saya ialah; ada ke peribahasa KAMBING KORBAN ? Agaknya orang nombor dua UMNO ni merujuk kepada kamus Bahasa Inggeris kot, maklumlah penangan PPSMI ....

Ikuti petikan dari Malaysiakini.com :

Tiada unsur sabotaj dan kambing korban dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kesalahan politik wang, kata timbalan perdana menteri. Datuk Seri Najib Razak, yang juga timbalan presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan naib presiden itu tidak dijadikan kambing korban dalam usaha membanteras gejala rasuah, lapor Bernama.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) lembaga disiplin dan perlumemberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno," katanya selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kementerian Kewangan.

Beliau diminta mengulas desas-desus anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu serta cakap-cakap politik kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dan kambing korban dalam kes ketua menteri Melaka itu. Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana tiga ejennya mengamalkan politik wang. Akibatnya, beliau dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno, minggu depan.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, ditanya sama ada tindakan kerajaan mengekalkan Mohd Ali sebagai ketua menteri boleh memberi isyarat yang silap kepada orang ramai bahawa "seorang pemimpin korup" masih boleh menerajui kerajaan negeri, Najib berkata:"Dia punya fakta berlainan sebab kerja-kerja (amalan politik wang) dilakukan oleh orang-orang tertentu. Sebab itu berdasarkan fakta lembaga disiplin buat keputusan dia boleh pegang jawatan (dalam parti)."

Mengulas kenyataan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rayuan mereka yang didapati bersalah oleh lembaga itu tidak perlu dilayan bagi membuktikan kesungguhan Umno membanteras gejala politik wang, Najib berkata Umno tidak boleh menafikan hak mereka untuk merayu.

Ditanya mengenai kekeliruan sebilangan anggota Umno bahawa terdapat anggota yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan politik wang dan anggota yang didapati bersalah oleh lembaga itu hanya diberi amaran tetapi mereka masih boleh bertanding pada pemilihan minggu depan, Najib dilaporkan berkata: "Itu pertimbangan lembaga disiplin. Ia badan bebas. Kita tidak campur tangan."Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibenarkan bertanding merebut jawatan teratas pergerakan itu selepas diberikan amaran oleh lembaga disiplin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP