BILA NAK BUAT GERAI BARU...?
>> 11 Ogos 2010
TELUK INTAN, 8 Julai - Kedudukan gerai amat strategik kerana terletak di simpang tiga jalan menuju ke Bagan Datoh dan Sabak Bernam. Ia sentiasa dikunjungi orang ramai bukan sahaja dalam kalangan penduduk Teluk Intan malah disinggahi oleh para pelancong yang melalui kawasan ini. Kebanyakan gerai d sini menjual buah-buahan seperti nanas, pisang, rambutan dan sebagainya.
Namun, mungkin ramai yang tidak menyedarinya bahawa gerai yang terletak di tepi jalan ini telah pun berusia 24 tahun. Sesuai dengan usianya, hasil tinjauan dan temubual pemilik gerai, kebanyakan gerainya telah uzur seperti atap bocor, dinding rosak dan sebagainya.
Sebelum PRU12 2008 dulu, telah dilancarkan perasmian tapak baru bagi gerai-gerai ini yang dinamakan Dataran Nanas yang terletak ke belakang sedikit dari tapak asal gerai. Namun yang menjadi isu sekarang ialah sejak ia dilancarkan oleh bekas ADUN Changkat Jong (UMNO/BN) cadangan tersebut nampak seperti terbengkalai. Walaupun semasa dilancarkan, kelihatan tapak baru tersebut telah diratakan tanahnya tetapi selepas tiga tahun berlalu tapaknya telah menjadi semak dengan ditumbuhi lalang. Malah tiang papan tanda perasmian juga sudah hampir tumbang.
Yang sudah siap ialah sebuah tandas sahaja (beratap biru). Mana gerai baru..?
Tapak baru telah menjadi semak setelah dirasmikan sebelum PRU12 2008 oleh UMNO.
Bagi menyelami masalah tersebut maka ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar Sudin serta pihak PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan lawatan serta bertemu dengan pemilik gerai.
YB Anuar dan Ustaz Ismail YDP PAS Teluk Intan bertemu penjual buah.
YB Anuar mendengar masalah seorang peniaga kedai makan.
Menurut seorang pemilik gerai, mengikut maklumat yang diberitahu oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) ada bercadang untuk membina 16 buah gerai di tapak baru. Apa yang menghampakan ialah lawatan demi lawatan oleh pihak MPTI namun sehingga kini tiada apa perkembangan berlaku.
"Dengar ceritanya tender telah dibuka, lawatan kerja telah dibuat tetapi yang saya nak tanya bila gerai baru akan dibina?" tanya seorang pemilik gerai yang menjual barangan runcit.
Seorang lagi pemilik gerai pula mengadu bahawa keadaan gerainya sangat uzur dengan atap bocor dan dinding yang banyak rosak.
"Kami terpaksa membayar sewa kepada majlis sebanyak RM35 sebulan namun ia tidak berbaloi," katanya
Inilah keadaannya jika ada kereta yang singgah. Kedudukan hampir dengan jalan raya.
Gerai-gerai begitu hampir dengan jalan raya.
Seorang peniaga kedai kopi pula berkata pihak MPTI perlu segera memindahkan gerai lama ini kerana kedudukan gerai-gerai terebut adalah hampir dengan jalan raya.
"Ia amat membahayakan kepada orang ramai yang berhenti d sini kerana tempat meletak kenderaan adalah hampir dengan jalan raya. Apatah lagi jika jalan ini sering dilalui oleh kenderaan besar seperti bas dan lori. Sudah beberapa kali berlaku kemalangan di kawasan ini," tambahnya lagi.
Ada juga dalam kalangan pemilik gerai yang bertekad tidak mahu membayar sewa bulanan lagi jika tiada tiada kata putus daripada pihak MPTI. Kebanyakannya meminta ADUN Changkat Jong dapat melakukan sesuatu terhadap masalah mereka.
Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar berjanji akan menyiasat kedudukan projek Dataran Nanas yang terbengkalai ini di pihak MPTI. Bagi beliau, keselamatan peniaga dan orang ramai sepatutnya menjadi keutamaan pihak pemerintah sekarang sesuai dengn slogan "Rakyat didahulukan".
Ada juga gerai yang telah tutup.
Beginilah keadaan gerai yang berusia 24 tahun.
Bagi ADUN Changkat Jong, jika gerai baru dibina di tapak baru kemungkinan Dataran Nanas akan menjadi kawasan penjualan gerai buah-buahan yang popular di kalangan para pelancong.
Persoalannya : Adakah Dataran Nanas Selabak ini akan menjadi umpan sekali lagi pada PRU13..? Itu sudah pasti.....!

1 ulasan:
emm.. dah 3 tahun lebih perasmian tapak dataran nanas tu yb.. memang aku bila buka blog ni baru aku teringat semasa dapat jemputan untuk hadir ke majlis tersebut... tapi tak pegi pasal dah agak dah... ini jadinya...
maaf sahabat lama ...dto onn.. selamat berpuasa pada semua umat islam... ayuh yb hj anuar....teruskan perjuanagan... kat sg samak pun ada jugak yg terjadi camtu..he..he..he..
Catat Ulasan