JANGAN MENDISKRIMINASIKAN AYAT ALLAH - ADUN CHANGKAT JONG
>> 21 Ogos 2010
TELUK INTAN, 16 Ogos - Diari ADUN Changkat Jong sentiasa terisi dengan pelbagai program hatta bagi bulan Ramadhan ini. Hari ini beliau telah berksempatan berbuka puasa bersama-sama masyarakat setempat di Surau Batu 2 1/2. Program berbuka puasa tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO d daerah ini.
Majlis bermula dengan ucapan ringkas YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Antaranya, beliau menerangkan tentang kewajipan umat Islam memilih pemimpin yang mahu kepada Islam secara keseluruhan. Ini amat penting agar pemimpin ini akan dapat memandu rakyat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Menurut beliau lagi, kini pemahaman sesetengah pemimpin terhadap perintah Allah itu seolah-olah memilih dan wujud satu diskriminasi. Ada suruhan Allah itu seperti kewajipan berpuasa dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, dalam kitab yang sama, pemimpin tersebut menafikan hak ayat Al Qur'an yang mewajibkan pelaksanaan hudud dan qisas.

0 ulasan:
Catat Ulasan