100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
>> 24 Mei 2012
Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah
Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari
ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda
bermotosikal.
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.(malaysiakini)
3 ulasan:
kalau mat rempit tauke ikan bakar bolih supply gam basikal kepada mereka
He...he...he... 100 orang aje yang bodoh dapat dikutip.. Kalau rasa kaya himpunlah sekurang-kurangnya 5000 orang tapi mungkin yang lain tu cerdik tak kan nak ikut sibodoh.
Majlis fatwa silakanlah keluarkan Fatwa mengenai perhimpunan Haram ni.
Polis macam mana tak ambil tindakankah? Geng bodoh ni ada permitkah buat perhimpunan.
Elok benor Ambiga saman tokey ikan bakar yang berlagak sombong kerana "mencetuskan ketakutan dan mengancam"
Mana majlis fatwa berani bro......takut.......
Catat Ulasan