KELUARGA NAYATI BAYAR WANG TEBUSAN
>> 03 Mei 2012
Nayati (tengah) berbaju hijau. |
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, bayaran wang
tebusan tersebut telah dibuat di Cheras, namun beliau tidak mendedahkan
jumlah bayaran tersebut.
“Pihak keluarga membuat keputusan untuk membayar wang tebusan.
“Bayaran itu telah dibuat di satu kawasan di Cheras,” katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Pilis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
Nayati telah ditemui jam 7.30 pagi tadi kawasan Rehat dan Rawat hentian Sungai Buloh selepas enam hari diculik.
Menurut Mohmad, Nayati dikatakan telah menghubungi keluarganya
menggunakan telefon bimbit yang ditinggalkan penculik bagi menghubungi
keluarganya.
“Polis masih akan meneruskan siasatan bagi menangkap penjenayah, dan
kes ini akan disiasat di bawah Akta Culik 1961, yang sekiranya didapati
bersalah, akan dijatuhkan hukuman mati.
“Buat masa ini, pihak polis masih lagi belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes ini,” tambah Mohmad lagi.
Keluarga Nayati dalam kenyataan sebelum ini berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dan memberikan sokongan kepada mereka sejak
beberapa minggu lalu selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu
diculik dari perkarangan sekolahnya di sini.
Sham dan Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka
berkata anaknya itu berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan
insiden tersebut.
“Kami bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami
walaupun kejadian itu pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun
begitu, dia dalam keadaan yang baik sekarang ini.
“Kami tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya yang terpaksa mengharungi kejadian berkenaan.
“Kami telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari seluruh dunia.
“Kami tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan
tanda terima kasih kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah
diberikan kepada keluarga kami,” kata Moodliars dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan akhbar The Star Online hari ini.
Nayati ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari ini dan disatukan semula dengan keluarganya.
Keluarga berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terus menetap di sini walaupun insiden penculikan ke atas anak mereka itu.
Kenyataan tersebut turut menyatakan Moodliars turut bersyukur dan
terkejut dengan sokongan padu, termasuk dari luar negara, walaupun
mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam
bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga kadangkala wang ringgit tanpa
mengharapkan balasan.
Keluarga itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan mereka atas kepulangan Nayati.
“Mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapnya,” katanya.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan
duta mereka Paul Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang
dihulurkan kedutaan terbabit.(malaysianinsider)
3 ulasan:
nampak sangat polis malaysia tak boleh diharap....keluarga bayar tebusan....pasal xharap pada polis boleh setel kes culik...sbab polis xda masa sibuk sepak terajang rakyat...mana sempat nak fikir culik2 ni....bila dah jupa kanak2 tu...kluarlah berita tq polis....tq apa....buang masa je polis tu tqtqtq...bukan buat keje pun...sibuk makihamun rkyat
Mungkin masa tu, polis sibuk hal BERSIH...maka penculik dan perompak bermaharajalela....
semua polis dah dikerahkan ke dataran merdeka..bab ni mereka handal lah
Catat Ulasan