Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu
>> 11 Mei 2012
(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)
KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New
Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan
dibakar hari ini.
Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.
Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)
Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.
Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu.
Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan
fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah
hukumnya.
“Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah
perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara
duduk juga haram.
“Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28
April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa
sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan,” katanya pada
kuliahnya.
Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada
1998.
Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas
royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975
secara jelas memberi hak kepada negeri ini.
“Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang
menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya
minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan
tersebut,” katanya.
Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak
memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam,
sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.
“Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak
peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika
pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan
menghalang,” ujarnya.
Bukan Islam pun marah
Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat
Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat
Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas
ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara
ini.
Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada
di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas
kepada Mursyidul Am.
Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno
memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan
mereka.
Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim
bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa
resah di kalangan rakyat.
Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan