SATU LAGI KES ROSAKKAN KAIN RENTANG
>> 29 Ogos 2011
Baru semalam, blog ini telah menyiarkan kes kain rentang ucapan Selamat Hari Raya wakil rakyat Pakatan Rakyat telah dirosakkan. Hari ini satu lagi kes telah ditemui apabila satu lagi kain rentang ADUN Changkat Jong telah dirosakkan.
Kali ini, kain rentang tersebut telah dikoyak atau dipotong bahagian tepinya. Setelah diteliti, adalah mustahil faktor angin menyebabkan bahagian tepi ini koyak sendiri kerana bahagian tepinya adalah tebal kerana ia dilipat dua. Juga didapati kesan koyakan/keratan tersebut agak kemas seperti dipotong dengan benda tajam.
Pada sebelah paginya, kain rentang itu masih elok tetapi apabila dipantau pada sebelah petang (kira-kira jam 6.00 petang) ia telah rosak. Ini bermakna, kejadian memotong banner tersebut telah dilakukan pada waktu siang...! Terdesak sungguh nampaknya pihak yang melakukan kerja khianat ini. Sesiapa yang telah melihat perbuatan terkutuk tersebut bolehlah menghubungi pihak PAS Kawasan Teluk Intan.
Oleh itu, kita menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS agar sentiasa memantau setiap banner yang terdapat di tempat masing-masing demi mencegah perbuatan khianat tersebut tidak berulang lagi.
Kes semalam. |
intanhijau.blogspot.com
2 ulasan:
semoga perosak tu dapat hidayah
Amin ya rabbal alamin...
Catat Ulasan