APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
ISU HASSAN ALI MINTA MAAF : HARAKAH PERTAHAN BERITANYA...
Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.
Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?
Terimalah.
Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?
JKR 10
Wartawan: Ustaz Nasha...
Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.
Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?
Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.
Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?
Ada peluang apa lagi lah...baik.
BEGITULAH KALAU BERJUANG DALAM TONG NAJIS....
>> 29 Disember 2011
NGA KOR MING TERIMA UGUTAN BUNUH DAN SEBUTIR PELURU
>> 28 Disember 2011
Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.
"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.
"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.
"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.
Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.
"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.
Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".
Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).(malaysiakini)
AZIZ BARI DIPELAWA MASUK PAS....
Dengan itu, katanya, Aziz akan dapat menerus dan mempraktik ilmunya sebagai pakar undang-Undang dan perlembagaan negara bagi membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat.
"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini," kata naib ketua DPPM, Raja Ahmad Al-Hiss.
"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar.
"Malah kami yakin ruang di dalam PAS bagi mengembangkan ilmu beliau amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acapkali menjadi satu pertikaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh Aziz akan terus terpelihara "kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggubal perundangan itu sendiri".
"Kami di dalam PAS menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak.
"Dan kami menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.
"Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," tambahnya.(malaysiakini)
MAJLIS RAMAH MESRA PAS TELUK INTAN DAN DAP TELUK INTAN
Ustaz Ismail mempengerusikan majlis pertemuan. |
Ketua Hal Ehwal Wanita, Pn. Lee Meng Nie turut hadir. |
Pengarah Pilihan Raya kawasan, Hj. Mohd. Azhar sedang memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan oleh Sdr. Naidu dan Hj. Akram. |
Wakil muslimat, Pn. Hjh. Faridah dan Ketua Muslimat, Pn. Robiatun. |
PRU13 MAC DEPAN ?
>> 27 Disember 2011
"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini.
Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.
"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.
"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.
"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu.
Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.
"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.
Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.
Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.
Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya.
Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang.
“Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional ‘berbalah’ (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri,” tegasnya.
Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya.
Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.(harakahdaily)
SIAPA PULA SELEPAS KHIR TOYO...???
>> 26 Disember 2011
SHAHRIZAT DEDAHKAN RAMAI LAGI PEMIMPIN UMNO YANG BERMASALAH
>> 25 Disember 2011
Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.
Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.
"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.
"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.
Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.
"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.
"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.
Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.
"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.
"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.
SAYA TARIK BALIK KRITIK NEGARA BERKEBAJIKAN (Alhamdulillah, mari kita rapatkan saf, hadapi musuh sebenar)
>> 24 Disember 2011
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.
Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.
“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.
“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.
Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.
Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.
“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.
“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.
Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.
BEKAS MENTERI TAN SRI HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA
>> 23 Disember 2011
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.
TERKINI : PEGAWAI SPRM SERBU PEJABAT NFC
Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.
Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.
Baca lagi di sini (Identiti Datuk NFC mula diketahui)
Lagi baca di sini (SPRM Rampas Komputer, Dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC)
PAS PANGGIL DR. HASAN ALI, USTAZ NASHA & SAARI SUNGIP BERI PENJELASAN
>> 22 Disember 2011
"Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," katanya.
Melihat situasi pilihan raya umum yang semakin hampir, katanya, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.
"Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai ‘team player’ untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura.
"PAS ialah sebuah parti dan jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.
"Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegasnya.
"Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi'.
"Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," tegasnya.(harakahdaily)
"TIADA NIAT SEBESAR ZARAHPUN NAK SERTAI UMNO" - ustaz Nasharuddin
>> 21 Disember 2011
PERTAHAN DASAR "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"
ADAB MELUDAH (tazkirah buat Pemuda UMNO)
>> 19 Disember 2011
MAKAN MALAM BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PAS DI TELUK INTAN BERJAYA DAN MERIAH
>> 18 Disember 2011
Pengarah Program, Hj. Akram menyampaikan ucapan aluan. |
Antara pimpinan PKR Cabang Teluk Intan yang hadir. |
YB Anuar Sudin menikmati jamuan bersama Ketua Cabang PKR (kiri) dan YB Manogaran. |
Hj. Mohamad Sabu beramah mesra dengan pimpinan DHPP Teluk Intan. |
Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menyampaikan ceramah penuh bersemangat. |
Presiden KERABAT, Lt. Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar menyampaikan ceramah. |
Pelancaran KERABAT Teluk Intan dan penyerahan borang ahli kepada Timbalan Presiden PAS. |
Tayangan multimedia. |
YB Anuar berceramah. |
YB Manogaran turut menyampaikan ceramah yang menarik. |
Ceramah yang penuh informasi daripada Abang Mat. |
Terhibur sambil menerima maklumat isu semasa mendengar ceramah Mat Sabu. |
TOLAK UMNO/BN KERANA MEREKA KHIANAT KEPADA RAKYAT
DS Nizar bersama YDP kawasan, Ustaz Ismail Che Nik. |
DS Nizar bersama pengerusi majlis ceramah, Hj. Mohd. Azhar. |
YB Anuar Sudin menyampaikan ceramah isu semasa. |
Sdr. Suria turut menyampaikan ceramah. |
DS Nizar menyampaikan tazkirah tentang hijrah. |