Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PAS KAWASAN TELUK INTAN

>> 29 Januari 2010



TELUK INTAN, 28 Januari - Atas arahan PAS Pusat melalui Ketua Penerangan PAS Pusat maka PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Munajat untuk negeri Perak dalam penentuan siapa MB sah pada 9 Februari depan dan Kelantan atas isu tuntutan royalti minyak.

Alhamdulillah, walaupun dalam hanya tempoh 24 jam panggilan melalui sms sahaja para ahli dan penyokong telah dapat hadir beramai-ramai ke Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak semalam.


Para ahli dan penyokong PAS mula memenuhi dewan markaz untuk solat Isya' dan kemudian bersama-sama bersolat sunat hajat serta bermunajat di bawah pimpinan Ketua Urusan Ulama Teluk Intan. Doa yang dibacakan malam itu sungguh mengesankan dan memberi semangat kepada para pejuang kebenaran untuk mempersiapkan diri berhadapan dengan ancaman musuh UMNO/BN.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi taklimat penerangan oleh pimpinan PAS kawasan. Dipengerusikan sendiri oleh Timbalan YDP, mengajak para ahli dan penyokong bersama-sama bangkit untuk berhadapan dengan situasi yang yang tidak menentu ekoran keputusan penghakiman pada 9 Februari nanti.

Kemudian, Ketua DPP Teluk Intan, Ustaz Haji Abdul Fatah Awang telah diberi peluang menyampaikan ucapan. Antaranya mengajak para pemuda bersama-sama menyertai Program Himpunan Pemuda Perak (HEMPAP) pada 31 Januari ini.

Seterusnya, Sdr. Haji Azhar Rafaie selaku Pengarah Pilihan Raya Kawasan telah menyampaikan taklimat khususnya berkenaan gerak kerja pilihan raya serta isu-isu semasa dengan dibantu tayangan LCD.

Akhirnya, ucapan penutupan oleh YDP Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik. Beliau banyak menyentuh tentang keperluan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Beliau juga mengharapkan setiap cawangan dan UPU bersiap sedia dari sekarang akan sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak dan kesediaan menerima pasukan-pasukan pembantu dari negeri-negeri lain.

Sesungguhnya, komitmen yang telah ditunjukkan oleh para ahli dan penyokong terhadap program parti walaupun jemputan dalam tempoh singkat membuktikan akan kesediaan berjihad pada bila-bila masa. Allahu akbar...!









ar_rawa

Read more...

KEMUDAHAN AWAM MILIK RAKYAT! KENAPALAH MAMAT SEKOR NI NAK CAMPUR TANGAN NAK GUNA ARENA SQUARE..

>> 28 Januari 2010


  • Kenapalah mamat sekor ni campur tangan halang PAS nak sewa Arena Square Teluk Intan ? Kita bukan nak buat ceramah. Kita nak buat Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bersama NGO's. Itu aje...payah sangat ke...
  • Makan malampun boleh menggugat UMNO ke? Lemah sangatlah UMNO macam itu. Panggil orang makan sama Hj Nizar boleh menggugat UMNO. Dahsyat..!
  • Nak tau bagaimana kronologi peristiwa ni ?
21 Jan 2010
- YB Hj Anuar telah menghantar borang permohonan sewa Arena Square. Masa tu YDP MPTI tiada. YB cuma jumpa CC MPTI....(PAS hantar sebulan awal sebelum program 26 Feb 2010)

25 Jan 2010
- YB buat follow up..jumpa lagi CC MPTI, masih tiada jawapan kerana YDP majlis tak ada.

26 Jan 2010
- YB pergi lagi..jumpa CC..akhirnya dapat jawapan PERMOHONAN DITOLAK dengan TANPA SEBARANG ALASAN...diulang TANPA SEBARANG ALASAN....power betul arahan mamat ni.

- Bila didesak oleh YB akhirnya CC majlis ni ngaku bahawa mereka dapat tekanan pihak atasan.

- YB kita desak lagi dan tanya sapa punya angkara ni sambil menyatakan bahawa semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak, kita benarkan sesiapa sahaja menggunakan apa sahaja kemudahan awam dengan tanpa sebarang tekanan dan sekatan. Sedangkan program yang nak kita buat ni bukannya berbentuk ceramah cuma majlis makan malam sahaja.

- akhirnya wakil majlis ni beritahu bahawa mereka mendapat arahan terus daripada......
......... SUK negeri..!! Mamat tu laa sapa lagi...

PENDIRIAN PAS TELUK INTAN :
  1. PAS Teluk Intan menggesa agar segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan kemudahan awam tidak dihalang, dan diberikan hak untuk menggunakannya. Ini kerana segala infrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah untuk kegunaan rakyat.
  2. PAS Teluk Intan ingin menegaskan bahawa jangan ada sebarang campur tangan politik dari pemimpin UMNO/BN untuk menghalang kakitangan awam negeri ini menjalankan tugasmereka secara profesional dan berhemah.
  3. PAS Teluk Intan juga ingin menarik perhatian terdapatnya perbezaan ketara antara pentadbiran Kerajaan Perak Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan Kerajaan Haram BN yang mana Kerajaan PR Perak sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk menggunakan kemudahan awam.
ar_rawa

Read more...

LAGI REAKSI ISU PENGGUNAAN ARENA SQUARE TELUK INTAN OLEH DEWAN MUSLIMAT TELUK INTAN

"Semenjak rampasan kuasa di Perak, UMNO yang menolak takdir Allah tidak dapat menerima kekalahan dan merancang dengan tanpa mengira halal atau haram kerana UMNO sendiri mengaku dalam perjuangan politik mereka tidak campur adukkan politik dan agama. Ini yang membahayakan aqidah mereka kerana menolak dna mengenepikan undang-undang Allah yang Maha Esa.

Mereka (UMNO) berhempas pulas cuba mengekalkan kuasa, sedangkan undang-undang dan perlembagaan dikhianati; rakkat disesatkan dar sudut agama; ditipu dari sudut fakta dan parti-parti pembangkang ditekan, disekat dan dihalang oleh hati-hati busuk pemimpin UMNO yang rakus yang langsung tidak mengira segala perbuatan mereka melanggar hukum dan syariat Allah SWT.

Insaflah wahai pemimpin dan pendokong UMNO.

Buatlah perubahan, selamatkan Malaysia sbelum Allah tamatkan riwayat kita dalam lakonan yang ditonton Allah Taala di pentas dunia."

Ingat...Arena Square merupakan kemudahan awam. Bukan milik UMNO/BN sahaja. Rakyat berhak menggunakannya.

Puan Hajjah Faridah Rajiah bt AF Radzi
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Teluk Intan.

Read more...

ISU PENGGUNAAN ARENA SQUARE TELUK INTAN - KENYATAAN KETUA DPP TELUK NTAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sebagai KP DPPKTI meluahkan rasa terkilan dan cukup tidak berpuashati dengan keputusan MPTI menolak permohonan PAS kawasan Teluk Intan utk menyewa Arena Square Teluk Intan utk program Majlis Makan Malam bersama DS Nizar Jamaluddin yang dijadualkan pd 26 Feb 2010. Bagi DPPKTI, apapun alasan yang diberikan ianya tetap menggambarkan suasana DISKRIMINASI melampau yg masih diamalkan oleh UMNO-BN yang mendakwa sebagai pemerintah yang "SAH" di Perak.

Saya secara peribadi dan semestinya semua penyokong PAS dan PR di Teluk Intan ( buat ingatan : PR rakyat menang di dua DUN dan Parlimen Teluk Intan ) sebagai pembayar cukai kpd PBT merasakan sangat terkilan dgn tindakan MPTI tersebut. Kenapa apabila cukai dituntut, kami 'dipaksa' membayarnya dgn berbagai arahan dan amaran serta tindakan tegas!. Namun apabila hasil cukai yang dibayar oleh KAMI ingin dimanfaatkan oleh KAMI....tiba-tiba hak kami dinafikan! Undang-undang apakah ini? undang-undang rimba? mungkin lebih teruk! Pihak terbabit sepatutnya merasa malu dgn tindakan mereka yg tidak bertamadun itu. Kita bukan lagi hidup dizaman primitif, di mana... tiada undang-undang, tiada tanggungjawab dan tiada hak. Saya percaya, rakyat Malaysia sebahagian besarnya sudah faham apa itu HAK mereka! Menolak permohonan ini, bermakna menafikan hak kami sebagai pembayar cukai, sebagai rakyat Malaysia dan penduduk di Negeri Perak! Mana dia Slogan 1 Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan? Nampaknya bukan Rakyat Didahulukan, tetapi kepentingan UMNO-BN didahulukan dan diutamakan!

Saya ada satu soalan kpd MPTI : Apa pendapat MPTI jika semua orang yang dinafikan hak mereka ini "tidak mahu" membayar cukai kpd PBT? Mungkin tindakan mereka dianggap satu jenayah dan tidak wajar dibuat. Tapi bagaimanaa sebaliknya.... apabila pihak PBT pula yang enggan memberikan khidmat dan hak kpd pembayar cukai dgn berbagai alasan yang tidak munasabah?

Saya juga merasa hairan... kalau benar UMNO-BN sudah Sah berkuasa dan mereka diterima oleh majoriti rakyat Perak, mengapa masih takut kepada bayang-bayang sendiri? Mana Demokrasi yang dicanang sana-sini? atau Demokrasi hanya untuk ahli UMNO-BN sahaja?

Jika kita rasa kita tidak takut dgn undang-undang/mahkamah dunia - mungkin kerana ada orang yang merasakan undang-undang dalam tangan mereka - namun sebagai seorang muslim ; takutlah kepada mahkamah Allah di akhirat kelak. setiap perkara yang kita lakukan samada kebaikan atau kejahatan pasti akan dibalas dgn setimpal di sana. tanyalah diri sendiri : banyak sangatkah pahala kebaikan kita untuk membayar penganiayaan kita kepada beribu manusia yang dinafikan hak mereka tadi?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dengan ini mengecam keputusan MPTI yang menolak permohonan PAS Kawasan Teluk Intan tersebut, dan menganggap keputusan tersebut sebagai suatu diskriminasi yang melampau dan menafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Salam perjuangan,

Ustaz Hj Abdul Fatah Awang
Ketua Dewan Pemuda PAS kaw Teluk Intan
27 Januari 2010

Read more...

INDAHNYA ARENA SQUARE TELUK INTAN...

>> 27 Januari 2010



Salah satu kemudahan awam yang sangat indah,selesa dan canggih di bandar Teluk Intan ialah Arena Square. Kita percaya, tiada siapa dapat menafikan bahawa Arena Square Teluk Intan adalah antara mercu tanda bandar Teluk Intan yang canggih.

Walaupun pada awal pembinaannya diselubungi insiden rangka bumbung runtuh (runtuh lagiii...) menyebabkan kematian satu nyawa namun kehebatan bangunan ini telah menenggelamkan sejarah hitam itu. Bangunan yang terletak di sebelah Dewan Bandaran Teluk Intan itu amat strategik kedudukannya.

Kita amat-amat mengharapkan kemudahan awam canggih ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh rakyat melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.









Kita juga ingin menarik perhatian akan perihal istilah 'kemudahan awam' yang bermaksud "kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai". Definisi ringkas ini menjelaskan akan segala kemudahan awam yang ada di bandar Teluk Intan khususnya, boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh menggunakan kemudahan awam tersebut tanpa mengira fahaman politik, kaum, agama dan sebagainya. Pihak yang menyediakan kemudahan awam tersebut perlulah memberikan kebenaran kepada semua pihak yang memohonnya dengan tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Kenapa tiba-tiba sahaja saya merungut-rungut pasal Arena Square ni ? Tunggu entri seterusnya...

Read more...

JEMPUT HADIR RAMAI-RAMAI SOLAT HAJAT DI MARKAZ PAS TELUK INTAN



Menyahut seruan dan arahan pimpinan PAS Pusat, maka PAS Teluk Intan akan menganjurkan Program Solat Hajat dan Munajat serta Ceramah Isu Semasa pada 28.1.2010 hari Khamis.

Program bermula dengan solat Isya' berjemaah dan solat hajat di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Ia diakhiri dengan ceramah penerangan isu semasa negeri Perak oleh pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.

Diharap semua ahli dan penyokong dapat hadir ke program tersebut. Allahu akbar...!

ar_rawa

Read more...

SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA UNTUK PERAK DAN KELANTAN



PAS seru Ahli dan Penyokong Solat Hajat untuk Kelantan dan Perak

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010 09:05

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan.

PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

KOME KENA MINTA MAAF, KALAU TAK ....!

>> 26 Januari 2010



Menteri Besar Perak Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.

Read more...

NIZAR MOHON DOAKAN KEMAKMURAN PERAK

>> 25 Januari 2010



Harakahdaily

IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.

Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.

Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.

“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.

Read more...

TOK GURU KATA - BOLEH TERIMA WANG IHSAN TAPI BUKAN MELALUI JPP


Tok Guru kata :
  • Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima wang ihsan yang diberikan dari hasil minyak walaupun tidak dalam bentuk royalti dengan syarat ia diuruskan sendiri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Walau dalam bentuk apapun pemberian itu, kerajaan negeri akan menerima tetapi hendaklah diberi terus kepadanya.
  • Kelantan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengendali sendiri wang itu tanpa melalui JPP yang merupakan agensi Kerajaan Pusat.
  • Malu bagi Kelantan jika pemberian wang itu disebut dalam bentuk wang ihsan bukannya royalti
  • Kerana ihsan bermakna kasihan belas dan dalam hal ini bukan Kerajaan Pusat yang patut mengasihan belas Kelantan, tetapi Kelantan yang patut beri ihsan kepada pusat kerana minyak itu didakwa hak milik Kelantan.
  • Menafikan kerajaan negeri mempolitikkan isu royalti itu sedangkan Barisan Nasional (BN) lebih dahulu mempolitikkan isu itu, katanya.
Kata Tok Guru lagi :

"Yang dia (BN) sendiri tidak politiking ke?. Kalau minyak itu datang dari pantai Terengganu tak payah buat undang-undang...Jadi dalam (hal) ini dia yang lebih dulu politiking dari kita,"

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP