1000 ORANG HADIR KE SEMINAR
>> 07 November 2009
Kira-kira 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS berkumpul di Gombak sejak pagi ini bagi membincangkan arah tuju parti itu termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat susulan pergeseran isu kerajaan perpaduan.
Pemimpin kanan yang diundang termasuklah ahli Majlis Syura Ulama, anggota jawatankuasa pusat PAS, pemimpin di peringkat tiga dewan utama, dan anggota perhubungan negeri-negeri.
Pemimpin peringkat kawasan seperti yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pemimpin tiga sayap PAS dan ketua urusan ulama turut hadir.
Kumpulan anggota Dewan Rakyat dan ADUN parti itu tidak ketinggalan menyertai seminar bersejarah ini.

Seminar politik yang tergesa-gesa dianjurkan itu, selepas desakan keras Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bulan lalu, dirasmikan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau akan memberikan ucapan utama bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan Raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

Sesi perbahasan itu turut disertai Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua jawatankuasa disiplin parti.
Selain seminar hari ini, jawatankuasa disiplin turut terlibat dalam proses pengukuhan parti ini susulan kenyataan Nik Aziz di blognya Blog Tok Guru yang mahu membahaskan "beberapa pemimpin bermasalah."

Dalam sesi perbahasan ini, wawancara pensyarah undang-undang UIA itu dengan Malaysiakini semalam turut diberikan perhatian oleh peserta seminar.
Dalam temubual itu, Dr Aziz menjelaskan beberapa alasan ke arah pengukuhan PAS, termasuk desakan agar Abdul Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden.
Nik Abdul Aziz dijadualkan menutup seminar sehari suntuk ini yang bermula kira-kira 9.30 pagi.

Pada sebelah petang, seminar ini membuka ruang pemimpin setiap peringkat parti itu membahaskan ucapan presiden parti.
Walaupun seminar ini mendebatkan isu-isu dalaman parti, termasuk beberapa aspek konflik yang berlarutan sejak setahun lalu khususnya isu muzakarah PAS-Umno dan kerajaan perpaduan, ia tetap dibuka kepada semua media untuk liputan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan langkah membuka ruang liputan media itu sebagai lambang keterbukaan parti berpengaruh besar itu.(malaysiakini)

0 ulasan:
Catat Ulasan