KREDIBILITI SPR TERJEJAS - IDHAM LIM
>> 25 November 2009
IPOH - Penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penangguhan keputusan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah minggu lalu, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti badan berkenaan.
Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, permohonan SPR untuk menangguhkan keputusan pengosongan kerusi DUN itu jelas menggambarkan bahawa SPR telah tersasar jauh dari tugas sebenarnya yang bertanggungjawab menguruskan soal berkaitan pilihan raya.
Menurutnya, permohonan itu juga jelas menggambarkan bahawa SPR seolah-olah bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan berlakunya kekosongan pada kerusi DUN di kawasan berkenaan.
“Pengumuman bahawa Datuk Abu Hassan Arif masih lagi wakil rakyat di Kota Siputeh dan kerusi DUN di situ masih belum dikosongkan menjelaskan lagi penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan SPR yang mahukan agar kerusi DUN Kota Siputeh dikosongkan.
“Justeru, sewajarnyalah pihak SPR tidak mempertikaikan apa sahaja surat serta dokumen yang telah sah dari segi undang-undang itu,” katanya.
Khalil berkata, pada hari ini segala tindak-tanduk SPR boleh diibaratkan sebagai diperkudakan oleh pihak tertentu sebagaimana yang berlaku di Perak.
Sementara itu, Khalil turut mendesak pihak SPR mengkaji semula keputusan yang dikeluarkannya berhubung kes hasil makluman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar berhubung peletakan jawatan tiga ADUN dari Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang masih tergantung sehingga ke hari ini.
Katanya, berdasarkan penghakiman pada hari ini, peletakan jawatan itu harus diterima oleh SPR sebagai maklumat dan mereka (SPR) cuma perlu bermesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon serta tarikh mengundi bagi perkara berkenaan.
“Berdasarkan kepada keputusan penghakiman pada hari ini SPR perlu menyemak semula kesilapan keputusan yang dibuat pada kes tiga ADUN berkenaan, selain memaklumkan kekosongan tiga kerusi di kawasan tersebut secepat mungkin,” katanya. (sinar harian online)
1 ulasan:
Kalah terus?
Kebanyakan deposit dari pada WD?
Hoki selalu hilang?
Kartu yang dibagikan selalu jelek?
Kalau begitu berahlilah ke ROYALQQ.POKER
Main dan Buktikan sendiri...
ROYALQQ tidak memberikan JANJI tapi BUKTI!
Catat Ulasan