PERAK CATAT SEJARAH : ANJUR KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK KALI PERTAMA
>> 01 November 2009
Perak adalah antara negeri yang banyak mencatatkan sejarah. Dalam sejarah politik, rasanya tidak sesiapa yang boleh menafikan bahawa beberapa perkara telah pun tercatat sebagai sejarah.
Perak adalah negeri yang melahirkan pakatan parti-parti terbesar yang diberi nama Pakatan Rakyat. Malah tumbangnya UMNO/BN sebagai kerajaan negeri Perak adalah daripada wujudnya Pakatan Rakyat.
Hikmahnya akibat kemelut politik jahanam UMNO/BN yang teah mendurjanakan demokrasi ialah ia telah mengeratkan lagi hubungan sesama parti dalam PR. Hakikat ini telah diakui sendiri hampir keseluruhan pimpinan PR negeri.
Mereka saling mengenali antara satu sama lain; kenal luar dan dalam. Proses give and take yang begitu harmoni yang diadun bersama resepi saling menghormati telah mematangkan PR negeri Perak.
Maka hari ini, keakraban tersebut telah diterjemahkan dengan penganjuran Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama yang telah diadakan pada 31 Oktober 2009 di Hotel Syuen Ipoh. Maka negeri Perak telah mencatat satu lagi sejarah dalam Pakatan Rakyat apabila menjadi negeri pertama menganjurkan konvensyen seumpama ini.
Kesepakatan ini bukan sahaja nampak di peringkat pimpinan negeri malah ia juga berada di peringkat bawahan. Ini terbukti apabila konvensyen bersejarah ini telah berjaya menghimpunkan seramai 600 orang peserta yang mewakili ketiga-tiga parti.
Maka dengan bertemakan "HIDUPNYA DEMOKRASI, SELAMATKAN RAKYAT PERAK" hasilnya beberapa resolusi telah dirumuskan :

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.
ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.
iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.
iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.
v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.
vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.
vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.
viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.
ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.
x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan