AL FATIHAH - KETUA PAS CAWANGAN KG. BANJAR MENINGGAL DUNIA
>> 07 November 2009
Allahyarham Haji Saharuddin (kanan) bersama YB Haji Anuar ketika majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kg. Banjar bulan lalu.
Ketua PAS Cawangan Kg. Banjar, Tuan Haji Shaharuddin bin Basri telah meninggal dunia pagi tadi akibat sesak nafas. Beliau merupakan antara yang memegang ketua cawangan yang agak lama dan seorang yang amat istiqamah dengan perjuangan Islam.
Menurut Setiausaha cawangan, Sdr. Mokhtar, allahyarham telah menjadi imam solat Subuh pagi tadi. Kemudian, membaca al Qur'an di masjid. Kira-kira pukul 6.45 pagi beliau telah pulang ke rumah untuk bersiap-siap menebas di kebun.
Kemudian, beliau telah mengadu sakit dada dan pulang ke rumah dan di bawa ke hospital. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir semasa di hospital.
Jenazah beliau akan dikebumikan pada jam 5 petang di Tanah Perkuburan Kg. Banjar berhampiran Masjid Kg. Banjar.
Sepanjang hidup beliau, selain memegang jawatan sebagai ketua cawangan, Allahyarham juga merupakan Ketua Kampung bagi Kg. Banjar semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Beliau juga merupakan pengurus bagi PASTI Kg. Banjar iaitu PASTI Al Khairiah.
Selai itu, beliau merupakan seorang imam bagi Masjid Kg. Banjar. Semasa pilihanraya 2008, beliau juga menjadi Ketua UPU Kg. Banjar dan UPU Kg. Banjar antara UPU yang telah menang dalam PRU12 dalam DUN Changkat Jong
PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Saharuddin. Haji Saharuddin juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan beberapa tahun lepas.Sesungguhnya pihak PAS Teluk Intan amat terasa akan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih sehinggalah akhir hayat beliau.
ADUN Changkat Jong (ketika ini berada di Taman Melewar - Seminar Politik) turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau. Menurut YB Hj. Anuar, Hj. Saharuddin merupakan seorang pendokong PAS yang istiqamah dalam perjuangan.
"Pemergiannya sangat dirasai dan sudah tentu satu kerugian kepada parti atau jemaah. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat leh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang solih. InsyaAllah," jelas ADUN Changkat Jong itu lagi.
Pagi tadi beberapa orang pimpinan PAS kawasan yang dketuai Timbalan YDP Kawasan dan beberapa orang AJK kawasan telah menziarahi rumah beliau sebaik sahaja mendapat berita sedih tadi. Majlis tahlil telah diadakan.
Semoga ruh Allahyarham akan ditempatkan dalam kalangan ruh para solihin hendaknya.
Al fatihah.
ar_rawa

1 ulasan:
salam.. saya slh seorang anak arwah. baru terjumpa artikel ni. moga arwah abah aman di sana. kami anak2 sentiasa merinduinya.. alfatihah..
Catat Ulasan