PRESIDEN PAS LANCAR WAJAH BARU HARAKAHDAILY
>> 07 November 2009
Pelancaran itu dibuat bersempena Seminar Pemerkasaan Parti yang diadakan bermula pagi tadi bagi membincangkan serta menentukan hala tuju parti dalam mendepani cabaran masa depan.
Sewaktu pelancaran, Hadi sempat meneliti wajah baru laman web tersebut seta membaca isi kandungannya.
Laman web baru tersebut mula dirangka dua bulan yang lalu atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah Harakah setelah berlakunya pengasingan antara akhbar rasmi Parti, Harakah dengan laman portal berita online, Harakahdaily.
Pengasingan ini dibuat bertujuan meringankan beban kerja kakitangan akhbar harakah yang terpaksa menyediakan berita untuk akhbar dan laman web. Dengan adanya kakitangan baru yang bertugas sepenuh masa untuk laman web, menjadikan laman web ini sentiasa dikemaskini dengan berita-berita terkini tentang Pakatan Rakyat khususny PAS.
Wajah baru ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pengunjung setia Harakahdaily yang sentiasa memberikan sokongan untuk Harakahdaily terus maju, setanding dengan laman portal berita yang lain.
Kakitangan Harakahdaily juga berharap agar pengunung dan pembaca laman web ini terus memberikan kritikan membina dan sokongan kepada Harakahdaily dalam meyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyuat sesuai dengan slogannya, 'Tepat Dari Sumber'.
0 ulasan:
Catat Ulasan