BUKAN ISLAM PERLU TAKUT KEPADA KEZALIMAN UMNO, BUKAN HUDUD
>> 30 September 2011
Kuala Lumpur, 30hb Sep 2011.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj.
Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia yang bukan beragama Islam hanya
perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan
statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara kita merdeka.
Menurut beliau lagi orang bukan Islam
tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kerana ianya hanya
terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan
orang-orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam diberikan pilihan untuk
memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.
“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka
bimbang dan takut ialah kezaliman Umno-BN yang telah dilakukan sepanjang
54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui
umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan” kata beliau.
“kalau kita lihat kadar jenayah yang
berlaku di negara kita, ianya amat menggerunkan sekali, ini adalah
sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan memberikan
ancaman kepada perkembangan ekonomi negara, hudud pasti akan menjamin
perkara seperti ini dapat diselesaikan”sambung beliau.
“Bukan Islam juga perlu tahu bahawa
mereka tidak tertakluk kepada Undang-undang Hudud ini, namun kita tidak
menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili
dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong
perlaksanaan hukum hudud ”tambah beliau lagi.
“Kita juga turut meminta agar mana-mana
pihak yang bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan berkaitan
dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan
sebagai agama rasmi negara” ujar beliau lagi.(harakahdaily)



Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan)
, andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju
dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi
pengundi Cina dan India.






"Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya
Menurutnya,
di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara
pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan SKMM itu jelas
merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan-akan memperlekeh intelek
rakyat Malaysia amnya.
berita
melaporkan hari ini bahawa SKMM - dalam satu emel minggu ini -
mengarahkan Astro dan Media Prima Bhd supaya berhenti menyiarkan video
'Undilah' kerana ia menampilkan ahli politik pembangkang serta Tengku
Razaleigh, merujuk kepada masalah yang dihadapi negara.














Beliau berkata wang
yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya
sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam
angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai 'politik
terdesak'.


































