Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SAMBUTAN BADAR AL KUBRA DAN NUZUL QUR'AN PAS NEGERI PERAK

>> 20 September 2008

Ramadhan tahun ini, PAS Lumut telah menjadi tuan rumah kepada Sambutan Badar al Kubra dan Nuzul Qur'an peringkat PAS Perak. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Batu 10, Lekir.

Masjid Batu 10, Lekir tersergam indah terletak di DUN Pasir Panjang, kawasan MB Perak.

Menurut Ustaz Misbahul Munir Hj. Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga SU Politik MB Perak, terdapat 3 objektif utama prohgram ini. Pertama, bagi memperingati peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan di mana perang Badar adalah penentu kepada kesinambungan Dinul Islam. Ini kerana setelah menangnya Isam dalam peperangan tersebut maka tersebarlah Islam ke pelusuk dunia.


Menunggu waktu berbuka.....Ustaz Misbah berbual dengan sahabat lama beliau.

Keduanya, sebagai memperingati turunnya al Qur'an yang juga dalam bulan Ramadhan dan ketiga ialah majlis ini adalah satu program di mana pimpinan parti/jemaah dapat turun berpeluang bertemu ahli dan penyokong serta masyarakat. Setelah menangnya Pakatan Rakyat di negeri Perak, pimpinan parti tidak lupa akan asal-usul serta susah payah dalam perjuangan dengan makan bersama-sama ahli di peringkat akar umbi dalam suasana juadah yang amat sederhana.
Sebahagian rakyat yang hadir dalam majlis berbuka puasa bersama MB.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya, AJK Perhubungan PAS Perak, Yang Di Pertua PAS kawasan-kawasan, wakil-wakil kawasan serta masyarakat setempat di Lekir.


MB Perak bersama Pesuruhjaya PAS Perak. Di sebelah PJ ialah ADUN Changkat Jong.

Majlis bermula pada pukul 6 petang dengan tazkirah. Kemudian, diikuti majlis tahlil serta iftar. MB Perak sudi duduk bersila bersama-sama rakyat di bawah khemah yang sama untuk berbuka puasa. Tiada langsung kekangan protokol dalam program bersama MB ini. Sesiapa sahaja boleh bersalaman dan bertegur sapa dengan MB Perak. Mudahnya bertemu dengan MB kita.
Setelah berbuka dengan tamar dan bubur lambuk, MB telah mengimami solat Maghrib. Bukan itu sahaja, MB Perak juga telah menjadi imam bagi solat Isya', sunat Tarawih dan witir. Bertuahnya rakyat negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai MB seperti Haji Nizar. Sejuk rasanya negeri ini bila mendapat seorang MB yang begitu fasih membacakan ayat-ayat suci al Quran semasa mengimami solat. Agaknya begitulah yang dialami dan dirasai oleh rakyat negeri Kelantan Darul Naim.
Hj. Nizar bersalaman dengan para jemaah selepas selesai bersolat tarawih.
Acara terakhir ialah ceramah yang diadakan di pekarangan masjid. Ia dimulai dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Awang yang banyak menyentuh tentang Islam dan cabaran semasa di negara ini. Kemudian diikuti ucapan dari Bekas Khatib dan imam Masjid al Aqsa, Palestin. Akhir sekali, MB Perak telah memberikan ceramah. Begitu banyak penjelasan tentang isu-isu di negeri Perak. Diharap maklumat tersebut dapat dibawa oleh mereka yang hadir pada malam itu ke tempat masing-masing untuk disampaikan kepada rakyat.
MB Perak menyampaikan sumbangan kepada wakil Palestin.

Di penghujung program, sebahagian kutipan derma jihad pada malam itu telah disumbangkan kepada Bekas Imam Masjidil Aqsa. Aturcara disambung dengan program qiamullail dan kuliah Subuh oleh Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan PJ di Surau Madah, Manjung. Program ini juga turut disertai oleh MB Perak.

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI KAWASAN TELUK INTAN

Pada 18 Ramadhan, bertempat di Markaz PAS Teluk Intan, PASTI Teluk Intan telah mengadakan majlis berbuka puasa. Antara tetamu khasnya ialah YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan. Ia turut dihadiri oleh para pengurus PASTI cawangan (terdapat 7 cawangan PASTI di Teluk Intan), guru-guru PASTI, para ibu bapa pelajar PASTI serta orang ramai.
Majlis dimulai dengan majlis tahlil yang telah diketuai oleh Tn. Hj. Mohamed Akram bin Hj.Mohammad Ayub, P.A bagi ADUN Changkat Jong. Doa selamat telah dibacakan oleh YB Hj. Anuar. Seterusnya ia diikuti majlis berbuka puasa dengan juadah yang istimewa. Kemudian, hadirin berjamaah solat Maghrib, Isya' dan tarawih. Di penghujung program, tazkirah telah disampaikan oleh Hj. Mohd. Fathillah seorang kaunselor sekolah.
Antara hadirin di majlis tersebut.
Sebahagian guru PASTI dan kaum ibu yang hadir.
YB Anuar dan PA nya yang setia, mesra dan peramah.
Tahniah kepada PASTI Kawasan Teluk Intan serta DPP kawasan yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.Kalau ada rezeki, buatlah lagi.

Read more...

YB DR MOHD HATTA RAMLI DI TELUK INTAN

>> 17 September 2008

16 September -Program ihya' Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan diteruskan lagi bagi minggu ketiga bulan puasa ini dengan Sambutan Badar al Kubra dan Nuzul Qur'an peringkat PAS Teluk Intan. Tetamu istimewa pada malam itu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat iaitu YB Dr. Mohd. Hatta Ramli.




Beliau yang hadir sejak majlis berbuka lagi telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Majlis telah diadakan di markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak. Ia turut dihadiri oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, YDP Kawasan Ustaz Hj Ismail Che Nik, pimpinan kawasan, dewan dan cawangan serta orang ramai.


Dalam ucapan, beliau banyak menyampaikan maklumat serta perkembangan terbaru politik tanah air terutamanya usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan. "Setiap pihak perlu yakin dengan sasaran tersebut dan haruslah berusaha ke arah mencapai hasrat tadi (membentuk kerajaan)," menurut beliau.

Beliau juga telah menasihati semua yang telah diberi amanah sama ada ADUN, Ahli Majlis Tempatan dan Ketua Kampung agar menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Ini kerana, ia akan menunjukkan imej baik kepada masyarakat betapa bezanya corak pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat. "Besarlah harapan parti agar negeri Perak akan menjadi contoh terbaik dan modal terbaik kepada parti dalam menghadapi PRU13 nanti yang akan dihidangkan kepada masyarakat, " tamah beliau lagi.

Pada majlis tersebut juga, masyarakat bukan Islam seperti kaum Cina dan India turut hadir mendengar ceramah YB Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Read more...

PELANCARAN KEMPEN SATU CAWANGAN, SATU USRAH PERINGKAT PAS TELUK INTAN

>> 10 September 2008

Usrah perlu diperkasakan bagi memastikan kesinambungan pelapis pimpinan dan petugas jemaah di peringkat kawasan. Itulah antara isi ucapan daripada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perak, Ustaz Hj. Abu Bakar Hussin semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan dalam program ihya' Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini.

Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan tazkirah. Di sebelah ialah YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Usrah juga mampu bukan sahaja menyediakan pelapis kepimpinan malah menghasilkan para amilin yang ikhlas bekerja kerana Allah swt. Menurut beliau lagi, tiba masanya format gabung jalin ketiga-tiga marhalah usrah ( taarif, takwin dan tanfiz) dipraktikkan dalam usrah. Ini kerana ahli bukan sahaja diperkenalkan dengan Islam dan perjuangan malah pada masa yang sama dapat membentuk inidividu pejuang Islam dan mampu bergerak sebagai amilin yang taat dan wala' kepada arahan pimpinan.

Hadirin memberi perhatian semasa penyampaian tazkirah.

Bagi program mingguan Ihya Ramadhan PAS Teluk ini, Ustaz Abu Bakar selaku Pengerusi Lujnah Tarbiyyah Ngeri Perak telah merasmikan pelancaran Kempen Satu Cawangan Satu Usrah peringkat PAS Teluk Intan. Beliau juga turut menyampaikan buku Manual Tarbiyyah Ahli-Ahli PAS Perak (MATAR) kepada semua ketua cawangan pada malam itu. Diharap dengan adanya buku manual tarbiyyah yang dikeluarkan oleh Lujnah Tarbiyyah PAS Perak ini akan menjadi panduan utama kepada kawasan dan cawangan dalam memperkasakan program tarbiyyah khususnya usrah terhadap ahli-ahli lama dan baru. PAS Teluk Intan adalah kawasan yang pertama di negeri ini yang melancarkan kempen tersebut. Sekiranya sambutan menggalakkan di setiap kawasan, beliau bercadang mengadakan hadiah insentif kepada kawasan-kawasan yang telah berjaya menggerakkan program usrah di setiap cawangan.

Program tersebut telah dihadiri oleh YB Hj Anuar Sudin (ADUN Changkat Jong), ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua Dewan, AJK kawasan dan ahli-ahli cawangan seluruh Teluk Intan.

Read more...

LAWATAN KE RUMAH OKU

>> 08 September 2008

7 September, Teluk Intan - Rombongan PAS Teluk Intan bersama ADUN Changkat Jong, YB Haji Anuar Sudin telah melawat Rumah Titian Ashraful Rohaniah di Selabak Luar.



Di sana, rombongan telah disambut oleh Encik Tamjis bin H. A. Rakim, Pengetua bagi rumah kebajikan ini. Menurut Encik Tamjis, rumah ini telah menaungi seramai 60 orang yang mempunyai pelbagai latar belakang dan yang paling jauh ialah seorang lelaki dari Kota Bharu, Kelantan. Kebanyakan mereka yang menghuni di rumah ini adalah pesakit mental. Ia dihuni oleh bayi perempuan berusia setahun hinggalah ke tahap umur warga emas.


Encik Tamjis, Pengetua RTAR

Rumah kebajikan ini mempunyai 10 orang pembantu yang mengendalikan pelbagai tugasan untuk memastikan keselesaan penghuninya. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Encik Tamjis dan isteri serta pekerja-pekerjanya amat dikagumi kerana bukan senang menguruskan 60 orang penghuni yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.

Dalam lawatan tersebut, YB Haji Anuar dan AJK PAS Kawasan Teluk Intan sempat bertemu dengan sebahagian penghuninya yang mana ia boleh menimbulkan rasa kesedaran bagaimana insan yang tidak berdosa ini telah diabaikan oleh keluarga. Menurut Encik Tamjis lagi, kebanyakan penghuni rumah ini, telah dihantar oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama, angggota keluarga serta hospital. Menurutnya lagi, setiap dua minggu sekali, seorang doktor pakar psikiatrik dari Hospital Teluk Intan akan datang memberikan rawatan pemulihan kepada penghuni rumah ni.


YB sedang beramah mesra dengan beberapa orang penghuni RTAR.



Di akhir lawatan, YB Haji Anuar telah menyampaikan sumbangan 20 kampit beras, gula serta sekeping cek bernilai RM1500 hasil sumbangan pelbagai pihak.




YB menyampaikan sumbangan kepada Encik Tamjis.

Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR) memerlukan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti wang, pakaian terpakai, barangan keperluan dapur dan sebagainya. Sebarang sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke CIMB Bank no. akaun 08021252940051 atau terus datang ke alamat No. 53B, Kampung Selabak Luar, Batu 3, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.

Read more...

MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID DAN KOMPLEKS BALAI ISLAM

>> 04 September 2008

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Pembinaan Masjid KM4, Sri Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan merayu kepada orang ramai agar dapat memberi sumbangan berupa wang derma, sedekah, wakaf, dan zakat untuk pembinaan masjid tersebut. Lokasi tapak masjid tersebut ialah di Jalan Changkat Jong, bersebelahan SK Perwira dan Hospital Teluk Intan di atas tanah seluas 5.4 ekar. Anggaran kos pembinaan masjid ialah RM19.6 juta.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa, Saudara Haruddin Imam Turmudi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail Bil (48) JAIP/BPM/10/Jld.2 bertarikh 22 Mac 2007. Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M. Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.


Menurut beliau lagi, sudah sekian lama penduduk bagi kariah Taman Cicely, Batu 4 dan kawasan sekitarnya menggunakan Surau Hidayatul Islamiyah Taman Cicely (surau diri Jumaat) sebagai tempat mendirikan solat Jumaat yang saban tahun semakin sesak akibat pembinaan lebih banyak projek perumahan. Kini sudah tiba masanya, penduduk di kariah ini mendapat tempat ibadat yang selesa dengan pelbagai kemudahan apabila terbinanya masjid dan kompleks balai Islam nanti.
Sehubungan dengan itu, sempena bulan Ramadhan al Mubarak, beliau menyeru orang ramai berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid dan kompleks balai Islam yang diharapkan pada tahun 2009. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi :
  • 05-6224872 / 019-3309114 - Pengerusi (Tn. Hj. Hasan Idar)
  • 05-6223487 / 012-4642669 - Setiausaha (Sdr. Haruddin Imam Turmudi)
  • atau terus disalurkan sumbangan ke akaun BIMB Cawangan Teluk Intan A/C No : 08031010036467.

Read more...

MAJLIS PERASMIAN BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN TAZKIRAH

IPOH, 4 Sept :- Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan 'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Tazkirah' di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 4 Ramadan bersamaan 4 September bermula jam 6.30 petang hari ini.
'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Tazkirah' di Dataran MBI itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
Disamping Menteri Besar dijangka hadir sama ialah Exco Agama dan semua Ahli yang berhormat pakatan Rakyat Perak.
Majlis Perasmian ini akan meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dipimpin oleh Nizar sendiri.
Di samping itu, penganjur majlis juga turut menyediakan jamuan untuk berbuka puasa.
Dijangkakan lebih 300 orang akan hadir di dataran MBI untuk berbuka puasa, bersolat tarawih dan mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh MB Perak.
Pembaharuan ini dilihat satu program untuk 'menghidupkan' malam di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan ianya dipelopori sendiri oleh Kerajaan Negeri, sekaligus membawa mesej kepada umat Islam di negeri ini agar turut sama untuk melakukan ibadat di malam Ramadhan dengan solat tarawih dan tazkirah.

Read more...

PROGRAM IHYA' RAMADHAN PAS TELUK INTAN DAN MERAIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG

Sebagaimana tahun-tahun lepas, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengatur program ihya' Ramadhan bagi tahun 1429H. Semalam (Selasa, 2/9/08) pogram telah diadakan dengan dimulai majlis tahlil dan berbuka puasa bertempat di markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Hj Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong untuk berbuka puasa bersama-sama ahli dan penyokong. Kehadiran agak ramai dari cawangan-cawangan sekitar Teluk Intan.
Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, Isya' dan solat sunat tarawih. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan meraikan ketua-ketua kampung yang telah dipilih dalam pemilihan baru-baru ini. Antara ketua kampung yang telah hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr. Haji Jumali Sadeli (Sg. Kerawai), Sdr. Saleh Ibrahim (Changkat Jong), Sdr. Muzammil (Batak Rabit), Ust. Hj. Khairuddin Hj. Abd. Hamid (Selabak), dan Hj. Ramli Jelani (Kg. Padang Tembak). Masing-masing telah memperkenalkan diri atau bertaaruf.


Sdr. Saleh Ibrahim, Ketua Kampung Changkat Jong sedang memperkenalkan diri.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah dan ucapan daripada YB Haji Anuar Sudin. Antaranya, beliau menekankan kepada perlunya setiap ahli berusaha mendapatkan ganjaran taqwa dalam bulan Ramadhan seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah al Baqarah ayat 183.


YB Haji Anuar Sudin sedang menyampaikan tazkirah


Beliau juga turut menyampaikan serba sedikit tentang peranan ketua-ketua kampung dalam menyampaikan hasrat kerajaan negeri kepada rakyat. Semoga ketua-ketua kampung dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh amanah di samping sentiasa prihatin dengan segala permasalahan rakyat sesuai dengan dasar kerajaan negeri Perak yang beramanah dan berkebajikan.
Apa yang lebih menarik dalam majlis tersebut ialah dengan kehadiran lima orang ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) Teluk Intan yang turut bersama-sama mendengar amanat daripada YB. Rombongan KPP ini telah diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu Sdr. Krishnan dan Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh (Ram). Inilah dalam sejarah, program ihya Ramadhan telah dihadiri oleh kaum non-Muslim.



Malah, Sdr. Krishnan turut diberi peluang menyampaikan ucapan kepada semua hadirin.


Pengerusi KPP, Sdr. Krishnan sedang menyampaikan ucapan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil ahli PAS yang baru. Sebanyak 297 sijil telah disampaikan mewakili cawangan lama dan baru. Semenjak PAS telah menang di Changkat Jong, sebanyak 7 cawangan baru telah berjaya ditubuhkan. Sijl-sijil telah disampaikan oleh YDP Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik.
InyaAllah, program ihya' Ramadhan akan datang ialah pada 9.9.08. Semua dijemput hadir.

Read more...

PERUTUSAN KHAS SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK DARIPADA PRESIDEN PAS

>> 31 Ogos 2008


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
-Presiden PAS-

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

>> 28 Ogos 2008

JKKK Kg. Padang Tembak telah bertindak proaktif dengan menganjurkan majlis sumbangan barangan kepada fakir miskin. Walaupun baru AJK dilantik, namun Ketua Kampung, Tuan Haji Ramli telah berjaya menganjurkan program berupa kebajikan masyarakat di Kg. Padang Tembak, Teluk Intan. Majlis sumbangan tersebut telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bertempat di Balai Lintang, MasjidTaqwa, Kg. Padang Tembak.
Menurut Haji Ramli, program pada petang itu melibatkan seramai 33 orang penerima di kalangan penduduk kampung tersebut. Sumbangan adalah berupa dua kampit beras, gula dan minyak masak.
ADUN Changkat Jong, Tuan Haji Mohd. Anuar Sudin telah sudi hadir serta merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan, beliau telah menyeru betapa perlunya umat Islam menghayati serta mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna. Hanya dengan cara itu sahajalah, gejala tidak sihat seperti rasuah, pecah amanah, kerosakan akhlak dan sebagainya dapat diatasi. Malah, menurut beliau lagi, amalan cara hidup Islam yang betul juga dapat menarik perhatian kaum lain untuk mendekati ajaran Islam. Itulah yang telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW semasa berada di Mekah dan Madinah.
Selain daripada itu, beliau turut menghargai majlis yang diadakan seperti ini yang berbentuk kebajikan di mana ia amat sesuai dnegan ajaran Islam dan menjadi saranan oleh YAB Menteri Besar Perak di mana sahaja beliau berucap. Itulah juga yang menjadi dasar kepada kerajaan baru negeri Perak iaitu negeri berkebajikan.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, beliau mengharapkan agar penduduk kampung mengamalkan sikap berjimat cermat.

Tn. Hj. Anuar Sudin menyampaikan ucapan

Beliau juga mengambil kesempatan menasihati semua ahli JKKK agar menjadikan jawatan yang dipegang itu sebagai satu amanah daripada Allah dan bukan sebagai satu cara untuk mencari nama, wang dan kuasa.
Majlis pada petang itu juga turut disertai oleh Ketua Kampung Selabak, Ketua Kampung Banjar, Pengerusi Masjid Taqwa serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.
Tuan Haji Anuar juga telah sudi menyampaikan sumbangan kepada semua penerima sumbangan. Para hadirin juga turut menikmati jamuan pada penghujung majlis.


Pengerusi JKKK Kg. Padang Tembak (kiri) bersama Pengerusi Masjid Taqwa sedang memberi perhatian semasa ucapan YB.


Sebahagian penerima sumbangan bantuan JKKK


Tuan Haji Anuar Sudin sedang menyampaikan sumbangan bantuan.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP