Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PAS TIDAK AKAN MENINGGALKAN PRINSIP DAN MATLAMAT PERJUANGAN

>> 07 Disember 2008



6 Disember 2008 - PAS tidak sekali-kali akan meninggalkan prinsip dan matlamat perjuangan asal jemaah walaupun telah memerintah beberapa negeri atau negara bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Demikian antara isi ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang dalam progam bulanan Liqaul Fikr di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri di Air Kuning, dekat Taiping. Matlamat utama Parti Islam SeMalaysia ialah menegakkan syariat Allah SWT di negara ini.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS telah menegaskan bahawa malah prinsip dan matlamat suci ini telah menjadi asas kepada pentabiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Melalui peranan sama ada oleh Menteri Besar atau exco kerajaan negeri di kalangan PAS, prinsip Islam yang syumul ini sering menjadi agenda utama dalam mesyuarat kerajaan negeri. Apa yang membanggakan, ia telah diterima baik oleh rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP.

Beliau berkata, dengan pelantikan Menteri Besar di kalangan pimpinan PAS Perak merupakan satu kemenangan besar kepada parti Islam seluruhnya, kerana PAS telah diiktiraf oleh parti-parti lain dalam PR.


Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pimpinan PAS kawasan agar lebih menggiatkan lagi usaha dengan berperanan menjadi penyambung usaha kerajaan negeri agar segala mesej, dasar dan program kerajaan negeri akan sampai ke masyarakat dengan cara yang amat baik.
"Elakkan daripada terjebak dengan perangkap musuh terutamanya BN/UMNO yang selalu memainkan isu agama dan ketuanan Melayu. Sekarang, terdapat trend BN/UMNO menggunakan NGO's untuk menfitnah dan mentohmah kerajaan PR negeri Perak, " jelas beliau lagi.
Akhirnya, beliau menyeru agar pimpinan segenap lapisan menyambung hasrat PAS Pusat untuk menambahkan ahli dan cawangan. Mana-mana cawangan yang hampir mati perlu dihidup dan diaktifkan semula. Perkara tersebut akan dilakukan melalui program pemutihan ahli dan cawangan yang akan dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Pemerkasaan Parti PAS Pusat.
Program bulanan Liqaul Fikr PAS Perak ini telah dihadiri oleh semua pimpinan PAS negeri, kawasan dan dewan-dewan. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin turut menunaikan tanggungjawab parti hadir sama. YB Ustaz Taib Azzamuddin (Ahli Parlimen Baling/AJK PAS Pusat) telah menjadi naqib jemputan bagi bulan ini.
InsyaAllah, Liqaul Fikr bulan depan akan diadakan pada 3 Januari 2009 di mana naqibah jemputan ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.

Read more...

TERKINI : PILIHANRAYA KECIL P36 PADA 17 JANUARI 2009

>> 05 Disember 2008



Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Jumlah pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Read more...

FAKTA MENARIK TENTANG P36 KUALA TERENGGANU







Berdasar keputusan Pilihanraya Umum ke-12, Mac 2008 :

  • P36 Kuala Terengganu mempunyai 4 DUN. Daripada 4 DUN tersebut 3 DUN dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangani BN (MCA)

  • DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (YB Mohd. Abdul Wahid Endut), Ladang (YB Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (YB Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

  • DUN tunggal dimenangi BN (MCA) ialah Bandar (YB Toh Chin Yaw)

  • Walaupun 3 daripada 4 DUN dimenangi oleh PAS namun ia gagal membantu memenangkan calon PAS bagi kerusi parlimen P36, Mohamad Sabu.

  • Malah calon bebas yang berstatus nenek, Maimun Yusuf mendapat 685 undi.



Adakah mereka akan berentap lagi dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu nanti ?

Read more...

ZAID TIDAK AKAN SERTAI PAKATAN

>> 04 Disember 2008

Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada PKR, DAP dan PAS yang mempelawanya menyertai mereka.

Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.
"Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan. "Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan, tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana."

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya.
Katanya, selepas ini, beliau akan memberi keutamaan kepada Yayasan myFuture yang ditubuhkannya.
Ditanya sama ada beliau akan terus menghadiri program anjuran pembangkang selepas ini, Zaid berkata: "Kamu akan terus melihat saya dalam program pembangkang, NGO dan kalau Umno sekali pun, saya akan hadir". (Petikan dari malaysiakini.com)

Read more...

JEMPUT DATANG CERAMAH PADA 15 DISEMBER 2008



Jemput hadir ke majlis Ceramah Isu Semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan yang akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Disember 2008 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak, Teluk Intan.
Penceramah :

  1. YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin - ADUN Changkat Jong
  2. Ustaz Azman Shapawi - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI ...

Read more...

CALON KUALA TERENGGANU, NIK AZIZ MAHU MOHAMAD SABU

>> 03 Disember 2008


KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

"Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

"Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya.


Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, "Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. Beliau juga berkeyakinan Mohamad akan bergelar 'yang berhormat' selepas itu kerana akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun tewas baru-baru ini berdasarkan perkembangan semasa.

Lagipun katanya, tiada sebab orang Melayu dan Islam itu sendiri tidak memilih perjuangan PAS.
Sambungnya, bagaimanapun keputusan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti belum lagi diputuskan memandangkan mesyuarat berhubung dengannya belum diadakan.

"Itu (cadang pilih Mohamad Sabu), hanya pandangan peribadi saya saja, keputusannya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti,"ujarnya lagi. - mks. _

Read more...

DAYA TAHAN PAS KERANA ISLAM DAN PERJUANGANNYA

>> 01 Disember 2008

29 November 2008 - "PAS dapat bertahan lebih 50 tahun kerana perjuangan Islam yang dibawanya," tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Malah, menurut beliau PAS mempunyai ciri-ciri berdaya tahan dan berdaya saing adalah kerana perjuangan Islam itu sendiri.



Beliau berucap dalam satu majlis ceramah isu semasa anjuran PAS Kawasan Teluk Intan di Selabak Luar, Teluk Intan.

Malah tambah beliau menangnya Pakatan Rakyat yang didokong oleh PAS juga kerana perjuangan Islamnya. Ini terbukti apabila momentum fenomena tsunami politik dalam PRU12 di mana pengundi bukan Islam secara terbuka, terang-terangan dan padu menyokong PAS dan rakan-rakannya dalam PR. Ditambah nilai pula dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh negara.



Tambah beliau lagi, dalam suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu, BN dan UMNO khususnya tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat bagi mendapat pembelaan dan keadilan. Malahan, dalam suasana musim pemilihan pimpinan UMNO ini, tiada lain lagi yang difikir dan dibincangkan dalam mesyuarat mereka melainkan berbincang pemimpin mana yang mereka hendak pilih berdasarkan tawaran fulus terbanyak. Rakyat tidak menjadi agenda dalam perjuangan mereka lagi malah jauh sekali untuk membela Islam di negara ini.
Istilah 'rasuah politik' juga telah diserikan dan dihalalkan menjadi 'politik wang' agar menutup kerakusan pemimpin mereka yang menggunakan wang secara boros bagi mendapatlkan undi dalam pemilihan.
Maka akhirnya beliau menyeru, ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi kembali kepada Islam dengan menyertai Parti Islam SeMalaysia demi survival agama dan bangsa Melayu itu sendiri.
Sebelum itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Saudara Muhammad K.Y. Tiang telah menyampaikan ceramah. Beliau lebih banyak memberi penerangan tentang isu Bajet 2009 negeri Perak yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar dalam sidang DUN lepas.


Read more...

KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM

>> 30 November 2008

29 November 2008 - Kerajaan Perak Pakatan Rakyat sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Ini telah dinyatakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Saudara Muhammad K.Y. Tiang di dalam ucapan beliau di Dewan MPTI Kampung Baru Batu 12, dekat Teluk Intan. Beliau berucap di hadapan hampir 100 orang penduduk Cina Kampung Batu 12.



"Menerusi Bajet negeri Perak 2009, pelbagai peruntukan telah dibuat bagi merealisasikan hasrat kerajaan iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan. Malah kesemua kaum di negeri ini termasuk kaum Cina akan menikmati program kebajikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, " jelas beliau lagi.

Sebahagian yang hadir.

Antara bajet kebajikan ialah pemberian 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit, peruntukan 3. RM 6 juta sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Di samping itu, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas bagi pemberian RM1000 kepada waris bagi urusan pengebumian.

Tambah beliau lagi, sebanyak RM2 juta diperuntukkan dalam bajet 2009 untuk Urus Setia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang bukan Islam menjalankan kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.

Pimpinan PAS kawasan dan Kelab Penyokong yang hadir.

Sebelum itu, Saudara Muhammad telah menemui oleh beberapa orang pemimpin masyarakat Cina Kampung Baru Batu 12 untuk mendengar pelbagai masalah setempat.

Di samping Saudara Muhammad, ucapan juga telah disampaikan oleh Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Teluk Intan, Saudara Ahmad Kabir Mahdin yang banyak menyentuh tentang konsep Pakatan Rakyat dan hubungan antara kaum.

Read more...

JKKKP YANG MENYUSAHKAN... (BAHAGIAN 2) - EPISOD KG BAHAGIA

Sudah berbulan-bulan, setelah Pakatan Rakyat mentadbir Perak, dengan pelantikan Ketua Kampung yang baru serta JKKKN maka sudah sepatutnya Ketua Kampung Lama dan JKKKP bersikap terbuka dalam hal mentadbir kampung.

Terbuka di sini bermaksud menerima hakikat bahawa Perak telah diperintah oleh Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dan BN telah menjadi pembangkang di negeri ini. Mereka perlu menerima apa sahaja dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (selepas ini disebut PR) yang diperturunkan sama ada secara arahan mahu pun ucapan lisan biasa oleh pimpinan negeri terutamanya Menteri Besar.
Malangnya, masih ada lagi "beberapa kerat" manusia yang tidak mahu menerima hakikat ini. Sama ada mereka ini tergolong dalam kelompok buat-buat tak tahu ataupun memang spesies tak faham bahasa. (Tapi kalau diceritakan kepada budak PASTI, merekapun boleh faham..)
Kes atau isu dalam mukaddimah di atas ditujukan atau didedikasikan kepada sahabat-sahabat JKKKP di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Sehingga kini (setelah sembilan PR memerintah), beberapa urusan pentadbiran masih belum diserahkan secara 'gentleman' kepada sahabat-sahabat JKKKN yang dipengerusikan oleh Encik Kamaruzzaman bin Abdul Manap.
Antara urusan pentadbiran yang agak 'liat' diserahkan kepada pengurusan JKKKN ialah pengurusan Dewan Orang Ramai Kg. Bahagia, pengurusan Pasar Hari Selasa (sangat popular di kalangan pendudukan Teluk Intan) serta pondok JKKK berhampiran tapak Pasar Selasa.

Dewan Seri Bahagia, Kampung Bahagia.

Persoalannya, mengapa ?
Dimaklumkan bahawa pihak JKKKN telah beberapa kali bertanya kepada pihak-pihak berkenaan seperti Penghulu, Yang Di Pertua MPTI dan JKKKP sendiri, malangnya masih tiada lagi menemui jalan penyelesaian.
Susah sangat ke nak serahkan pengurusan tersebut kepada JKKKN,...atau ada masalah lain ?
Gentlemanlah sikit...
Namun, atas daya inisiatif JKKKN, (dan juga sokongan para pemuda Kg. Bahagia yang sudah hilang sabar melihat suasana ini) maka isu pengurusan Pasar Selasa tadi telah menemui jalan penyelesaian.
Satu surat yanbg dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar telah dikeluarkan yang ditujukan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan salinan kepada Pengerusi JKKKN.
Antara petikan surat tersebut berbunyi...(Perkara 2 surat)

"2. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak memaklumkan kepada Yang Di Pertua (MPTI) agar pengurusan pasar hari Selasa Kampung Bahagia Teluk Intan diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru mulai Disember 2008. Segala kerjasama dan keprihatinan Yang Di Pertua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Telah dimaklumkan oleh wakil JKKKN, bahawa mereka akan mengambil alih pengurusan pasar Selasa tersebut pada hari Selasa minggu ini (2 Disember 2008). Hebahan telah dibuat melalui banner yang digantung di tapak pasar Selasa.

Banner ini telah dinaikkan di tapak pasar Selasa, Kg. Bahagia.

Diharap, pihak yang 'buat-buat tak tahu' atau 'tak faham bahasa' ini akan menjadi faham apabila mendapat surat dan telah membaca banner tersebut. Kita mahu melihat ia diselesaikan secara tenang, aman dan bahagia bersesuaian dengan nama kampung ini.
Kepada sahabat-sahabat JKKKN dan pemuda-pemuda Kampung Bahagia, bersabarlah...
Kepada JKKKP, jangan lagi menyusahkan rakyat....terimalah seadanya apa yang ada...
Ini bukan vandalisme...tetapi cetusan rasa tidak puas hati tentang pengurusan pondok JKKKP.

Read more...

DIALOG BERSAMA PENDUDUK CINA DI BATU 12 JALAN BIDOR

>> 28 November 2008


Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Teluk Intan akan mengadakan majlis dialog bersama Saudara Muhammad K. Y. Tiang, Pegawai Khas Menteri Besar Perak dengan masyarakat Cina pada :
Tarikh : 29 November 2008 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Dewan Cina Batu 12, Jalan Bidor.
Masyarakat Cina yang berhampiran dijemput hadir.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP