Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN DILANTIK PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PAS

>> 24 November 2009

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Read more...

KEPUTUSAN NIK AZIZ BUKTI KETINGGIAN INTEGRITI DAN MORAL



Harakahdaily
KOTA BHARU, 24 Nov: Tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan membuktikan ketinggian integriti dan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan parti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti.

"Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,"

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.

Semalam Nik Aziz selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ditanya samaada perkara itu menunjukkan PAS sedang menghadapi masalah dalaman yang serius, beliau menafikan perkara itu.

"Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran,"

"Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Ariffahmi bersetuju meletakkan jawatannnya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Read more...

USTAZ NASHA ALAMI KEKEJANGAN OTOT

Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan tubuhnya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata: "Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalamai kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung - pemeriksaan mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Tumpat, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.

Beliau berkata, selain ramai pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut hadir menziarahinya malam tadi. (malaysiakini)

Read more...

DIGANTUNG TIDAK BERTALI



IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, keputusan penghakiman kes Kota Seputeh oleh Mahkamah Tinggi perlu disemak oleh SPR yang sebelum ini menolak keputusan Speaker Dun perak.

Bagi beliau, SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam kes tiga Adun Perak itu dan memaklumkan kekosongan tiga kerusi tersebut secepat mungkin.

Bagi beliau, kes Kota Siputeh sama dengan kes tiga DUN di Perak itu dan SPR kena tarik keputusannya di Perak sebelum ini.

Khalil mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Putrajaya yang menolak permohonan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusannya sebelum ini yang memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan dalam masa 60 hari di Kota Seputeh.


"Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut," kata Khali, Adun Titi Serong itu.


Khalil mempersoalkan, bukankah SPR kerjanya tidak lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu," katanya.

Bgai beliau, SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat.

"Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan.

"Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat," katanya.

Yang lebih malang lagi, katanya, ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.

"Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak," katanya.

Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan, katanya.

Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Ertinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut," katanya.

Penghakiman pada hari ini juga baginya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.

Read more...

SITI TERIMA KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR DEPAN JENAZAH IBU

>> 23 November 2009


Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly, 12, berdoa di kubur ibuya Rusmah Abdullah yang meninggal dunia malam kelmarin di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said kelmarin. Siti Amynur yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Noreha Adam itu di hadapan jenazah ibunya sebelum dikebumikan semalam. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. BERNAMA

Read more...

MAHKAMAH TINGGI KL TOLAK PERMOHONAN SPR

கோத்தா சிபுத்தே மீதான தீர்ப்பை நிறுத்தி வைக்க தேர்தல் ஆணையம் செய்த விண்ணப்பம் நிராகரிப்பு

கெடா கோத்தா சிபுத்தே சட்டமன்றத் தொகுதியில் தேர்தல் ஆணையம் இடைத் தேர்தலை நடத்த வேண்டும் என்ற தனது முந்திய முடிவை நிறுத்தி வைப்பதற்கு அந்த ஆணையம் செய்து கொண்ட விண்ணப்பத்தை கோலாலம்பூர் உயர்நீதி மன்றம் இன்று நிராகரித்துள்ளது.

தேர்தல் ஆணையத்தின் வேண்டுகோளைப் பரிசீலிப்பதற்கு சிறப்பு சூழ்நிலைகள் ஏதும் இல்லை என்று நீதிபதி அலிஸாத்துல் கைர் ஒஸ்மான் கைருடின் கூறினார்.

“மேலும் இடைத் தேர்தலை நடத்துவது தேர்தல் ஆணையத்தின் கடமை என்பதால் நீதிமன்றம் தீர்ப்பை நிறுத்தி வைக்கு உத்தரவை வழங்க முடியாது”, என்று அவர் சொன்னார்.

கோத்தா சிபுத்தே தொகுதிக்கான தேர்ந்தெடுக்கப்பட்ட பேராளர் இன்று சட்டமன்றக் கூட்டங்களில் கலந்து கொள்ளத் தவறிய பின்னர் அந்த தொகுதி காலியாக இருப்பதாக அறிவிக்காததின் மூலம் தவறு செய்திருப்பதாக அகடந்த வாரம் அவர் தீர்ப்பளித்திருந்தார்.

அடுத்த 60 நாட்களுக்குள் இடைத் தேர்தலை நடத்துமாறும் அவர் தேர்தல் ஆணையத்திற்கு உத்தரவிட்டார்.

தேர்தல் ஆணையம் இன்றைய உயர்நீதிமன்ற முடிவை எதிர்த்து முறையீட்டு நீதிமன்றத்திற்கு முறையீடு செய்து கொள்வதற்காக தீர்ப்பை நிறுத்தி வைப்பதற்கு விண்ணப்பித்துக் கொண்டுள்ளது.

அடுத்த கட்ட நடவடிக்கையை ஆராய்வதற்காக இன்று பிற்பகல் தேர்தல் ஆணையம் கூட்டம் ஒன்றை நடத்துகிறது. அதே வேளையில் அந்த முடிவுக்கு எதிராக முறையீட்டு நீதிமன்றத்திற்கு விண்ணப்பம் செய்வதற்கும் தேர்தல் ஆணைய வழக்குரைஞர்கள் திட்டமிட்டு வருகின்றனர்.

Read more...

KALAU PEMIMPIN 1 M'SIA TAK SANGGUP BUAT MACAM NI...

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik. (malaysiakini)

Read more...

HUJAN LEBAT DIJANGKA SEHINGGA SABTU INI


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Hujan lebat serta angin langkisau dengan kelajuan 65 kmsj dijangka berlaku sehingga hari kedua sambutan Aidiladha pada Sabtu ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Ramalan Kaji Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia Amirzudi Hashim berkata satu lekukan tropika terbentuk di Laut China Selatan akan menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Jabatan Meteorologi mengesan lekukan tropika kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Angin langkisau ialah angin keras dan tidak menentu pada haluannya.

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu serta Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah, dengan arah dan kelajuan angin 40 sehingga 50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter sehingga Rabu.

Ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pantai Barat Sabah pula dijangka berterusan hingga petang ini.

-- BERNAMA

Read more...

LAPORAN LETAK JAWATAN - PROVOKASI 'MEMATIKAN' HUSAM

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

"Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.

"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.

Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.

Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar. (harakahdaily)

Read more...

25 TAHUN : PASTI TELAH MENJADI INSTITUSI MASYARAKAT

>> 21 November 2009



TELUK INTAN, 21 November - Telah 25 tahun Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bertapak di negara ini dan ia telah mula menjadi institusi masyarakat setempat. Demikian dinyatakan oleh TYDP PAS Teluk Intan di dalam ucapan perasmian beliau pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI peringkat Teluk Intan.


Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan sedang menyampaikan ucapan.


Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.




Persembahan murid PASTI Ibnu Sina menarik perhatian para hadirin.

Menurut beliau, apabila PASTI telah menjadi sebuah institusi masyarakat setempat maka sebarang usaha pihak-pihak tertentu untuk melenyapkan PASTI akan dipertahankan sendiri oleh anggota masyarakat setempat. Ini kerana mereka sendiri telah sedar dan tahu akan akan peranan PASTI di kampung atau tempat mereka tinggal. Mereka sendiri akan terasa kehilangan PASTI. Ini yang berlaku di sesetengah tempat.

"Ini adalah kerana kini PASTI dan premisnya bukan sahaja sekadar mennyediakan pendidikan pra sekolah kepada anak-anak malah ia kini telah dipelbagaikan fungsinya. Kini, ada PASTI yang telah menjadi pusat khidmat masyarakat, kelas belajar memasak, pusat tuisyen, pusat motivasi dan sebagainya. Maka adalah tidak mustahil apabila PASTI cuba ditutup oleh pihak berkuasa maka masyarakat sendiri yang mempertahankannya bersama-sama pihak pengurusan PASTI sendiri, " tambah beliau lagi.

Beliau juga berharap para ibu bapa akan terus memberi sokongan kepada PASTI dengan menghantar anak-anak ke PASTI.

"Biarlah anak-anak kita menerima pendidikan Islam dengan sempurna bersama PASTI. Kita sendiri akan melihat berlakunya beberapa perubahan pada anak-anak kita. Oleh itu saya berharap biarlah anak-anak kita ini menerima pendidikan pra sekolah di PASTI genap dua atau tiga tahun. Jangan setelah setahun belajar di PASTI, kemudian kita menghantar anak-anak kita ke tadika lain pula, " ujar beliau lagi.

Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada para ibu bapa yang terus memberikan sokongan kepada PASTI Teluk Intan serta mengucapkan terima kasih kepada para guru PASTI yang telah banyak berkorban dalam mendidik murid-murid PASTI sehingga mereka mendapat pendidikan smepurna.











Kemudian, TYDP PAS Teluk Intan telah sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya di dalam peperiksaan baru-baru ini.

Sementara itu, adik Fatin Umi Humairah binti Abd. Hamid, murid ari PASTI Ibnu Rusyd Taman Cicely telah muncul menjadi Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan bagi kategori umur 5 tahun. Bgai kategori umur 6 tahun pula, adik Nurus Saiyidah binti Abd. Rashid tari PASTI Al Falah Batu Enam, telah menjadi Pelajar Terbaik PASTI.

Selain daripada acara penyampaian hadiah, para ibu bapa juga dihidangkan dengan persembahan menarik dalam kalangan murid-murid PASTI.

Menurut Pengerusi PASTI Teluk Intan Sdr. Shamsuddeen, Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Teluk Intan telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. padang Tembak. Ia telah menggabungkan sebanyak tujuh buah PASTI di seluruh Teluk Intan. Di dalam ucapannya, beliau telah menyatakan telah 25 tahun PASTI berada di negara ini dan ia menunjukkan bahawa PASTI semakin diterima oleh masyarakat dan ia kekal hingga sekarang.


Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan kategori 6 Tahun.


Pelajar Terbaik PASTI Teluk Intan kategori 5 Tahun.


Tenaga pengajar PASTI Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP