APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
PEMUDA WILAYAH MAHU SETPOL PM DIGANTUNG TUGAS
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen. |
JAIS MUNGKIN EGO - DR. ASRI
>> 08 Disember 2009
Menurut Mohd Asri, mungkin jika JAIS membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan akan menjatuhkan ego jabatan berkenaan.
"Saya minta rakyat Malaysia tafsirkan adakah tindakan JAIS menjelaskan maksud ceramah itu satu kebijaksanaan ataupun satu keegoan... rakyat Malaysia kena nilai," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keengganan Mohammed Khusrin untuk melayan gesaannya kelmarin agar memberi penjelasan terperinci berhubung isu tauliah di Selangor.
Mohammed Khusrin dilaporkan berkata, pihaknya sudah banyak memberikan penjelasan berhubung perkara itu dan menurutnya Mohd Asri tetap tidak akan memahami penjelasan berkenaan.
Tambah Mohd Asri, JAIS sebagai badan penguat kuasa agama Islam harus tampil memberikan penjelasan kerana isu tauliah berkenaan memerlukan penjelasan yang terperinci.
"Saya tak faham... bukan saya seorang sahaja yang tak faham malah rakyat Malaysia juga tidak faham, mereka masih tertanya-tanya.
"JAIS sebagai penguat kuasa perlu jelaskan apa yang dimaksudkan perkara-perkara yang salah.
"Kalau beliau tak nak jelaskan, tapi kemudian nak isytiharkan apa yang orang buat itu salah... maka itu tak betul dari segi penguatkuasaan," katanya.
Selain itu Mohd Asri berkata, menurut undang-undang Islam seseorang itu tidak boleh dihukum sehingga diberitahu apakah kesalahannya.
"Beliau tak mahu jelaskan, tapi hanya menunggu masa untuk menangkap orang, takkanlah ada mentaliti manusia macam ini?
"Kalau begini, masyarakat primitif pun tak dapat terima, apatah lagi masyarakat moden sekarang... ini undang-undang beliau kena jelaskan.
"Jika beliau tetap tidak mahu beritahu, mungkin maksudnya saya dengan beliau sama-sama tak faham," katanya sinis.(mstaronline)
PJ PERAK : SEGERAKAN KEPUTUSAN MB PERAK YANG SAH..!
>> 07 Disember 2009
Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini, tegas beliau.
Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .
Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”
“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”
Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.
Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.
Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.
PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar, kata beliau.
Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.
Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim
.
PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau.
ADUN CHANGKAT JONG SAMPAI SUMBANGAN
>> 06 Disember 2009
Hari ini, satu lagi siri penyerahan sumbangan kepada golongan kurang mampu telah diadakan atas daya usaha pejabat DUN dan Kelab Penyokong PAS (KPP) Teluk Intan. Majlis telah penyampaian telah diadakan di Kedai Ram Video, milik Sdr. Hacharan Singh (Ram) yang merupakan Setiausaha KPP Teluk Intan. Turut hadir ialah Pengerusi KPP Teluk Intan, Sdr. Krishnan, Timbalan YDP PAS Teluk Intan, serta AJK KPP Teluk Intan.
Menurut Sdr. Hacharan Singh, seramai 25 orang yang terdiri daripada golongan kurang mampu dari pelbagai kaum telah menerima sumbangan berupa barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain lagi. Mereka datang dari Batu 3 1/2 Jalan Changkat Jong dan kawasan sekitar Teluk Intan.
Bagi YB Anuar sendiri, usaha murni ini akan sentiasa diadakan bukan semata-mata kerana pilihanraya, tetapi ia atas kesedaran ingin membantu golongan yang kurang mampu terbela nasib mereka. Ia juga salah satu usaha ke arah merealisasikan N56 Changkat Jong-Dun Sejahtera.
ar_rawa
NIK AZIZ YAKIN ALLAH MAKBUL DOA RAKYAT YANG DIZALIMI
| Dzulfikar Mashoor |
GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri. "Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.
Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut. "Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka." Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. "Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah." Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib. "Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz "Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya." "Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat." Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman. Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. "Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. (harakahdaily) |
"TAK APA BUKAN ISLAM TURUT BERTAKBIR" - MUFTI PERAK
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.
"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.
"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.
"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bahawa pernah bertakbir raya sehari sebelum Aidilfitri lalu seperti yang dilaporkan media hari ini.
Bukti perlakuan tersebut terdapat dalam rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.
Malah difahamkan juga, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya Ipoh semasa hari raya Aidilfitri lalu.
Dalam pada itu, ditanya sama ada tindakan Ming Kai itu boleh disamakan dengan isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, Harussani berkata isu berkenaan tidak boleh disamakan.
"Tidak...tidak...tidak, tak boleh samakan dua isu ini. Bertakbir raya lain, baca ayat al-Quran pula lain.
"Orang bukan Islam guna ayat al-Quran untuk berceramah tak boleh sebab mereka sebut pun tak betul, mereka tak faham apa yang mereka cakapkan.
"Bila tak faham maknanya, macam mana pula nak kaitkan dengan isi kandungan ceramah mereka," katanya.(mstaronline)
USTAZ MISBAH PERTAHAN USTAZ AKHIL TUDUHAN JAIS
>> 05 Disember 2009
PRIMITIFNYA PEMIKIRAN PENGARAH JAIS
Saya berani mencabar ilmu agama yang dimiliki oleh Akil Hayy jauh lebih baik dari Pengarah JAIS sendiri. Kebolehannya membaca al Quran dengan baik dan kepetahannya menyampaikan ceramah yang menarik jauh lebih baik dari Pengarah JAIS dan ustaz-ustaz UMNO sendiri.
Beliau turut membuat tuduhan yang berat ke atas Akil Hayy yang kononnya berceramah untuk mencari populariti sahaja. Itu satu tuduhan yang begitu jahat sekali, niat seseorang kita serahkan kepada Allah swt, yang penting, Akil Hayy ada kebolehan dan kelebihan menarik minat anak-anak muda rockers dan mat rempit mengikuti ceramah agama.
Ilmunya memang sedikit berbanding ulama-ulama lain, beliau sendiri tidak pernah mengelar dirinya ulama, sedikit ilmu pun kalau disampaikan dengan niat berdakwah lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi tidak disampaikan. Kalau ilmu yang sedikit menjadi halangan untuk berdakwah, bagaimana dengan Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, lulusan Universti di Jordan dan Phd dari UIA, mengapa turut tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di mana-mana masjid dan surau di Selangor. Ulama-ulama PAS yang mempunyai ilmu yang tinggi juga mengapa dihalang. Satu ketika dulu sebelum pakatan memerintah Mufti Perak, Dr. Harun Din, Ust. Ahmad Awang, Ust Ismail Kamus dan lain-lain turut juga dihalang menyampaikan kuliah di Selangor. Adakah mereka juga cetek ilmu atau ada masalah rumah tanggga.
Kalau masalah rumahtangga juga menjadi sebab untuk menghalang Akil Hayy berdakwah di Selangor, terlalu ramai ustaz-ustaz UMNO, guru-guru takmir UMNO yang juga ada masalah rumah tangga, malahan setengah-setengah mereka anak isteri tidak menutup aurat dan tidak berakhlak dibenarkan pula menyampaikan kuliah di Selangor. Seorang Tok Guru Quran yang terkenal di Selangor bahkan dikenali di Malaysia, mengajar tajwid di radio dan tv, anaknya menjadi pelakon terkenal yang kerap berlakon dengan wanita, berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim boleh pulak mengajar quran di Selangor. Adakah Tok Guru ini menjadi contoh yang baik mempunyai anak yang kerjayanya sebegitu.
Ada para nabi yang anak isteri mereka tidak beriman dan ada para nabi yang bercerai dengan isteri-isterinya, adakah kita berani kata, para nabi tersebut tidak menjadi contoh yang baik kerana gagal mendidik rumah tangganya sendiri, lantas dihalang oleh Allah untuk meneruskan tugas dakwahnya ?
Pengarah JAIS ini cukup dangkal ilmunya, pada saya tidak layak menjadi Pengarah JAIS, beliau hanya layak menjadi Pengarah yang jaga hal ehwal sampah sarap di Selangor kalau jawatan tersebut wujud di negeri Selangor.
Sepatutnya, kelebihan Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock yang sudah bertaubat dimanfaatkan untuk beliau mendekati anak-anak muda dan mendekati artis-artis bagi mendidik mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Beliau hanya mahu berdakwah, sekadar berdakwah melalui ceramah sambil bernasyid sebagaimana pendekatan yang sering digunakan oleh Akil Hayy tidak memerlukan ilmu yang tinggi seumpama para ulama. Akil Hayy ada kelebihan berceramah, jarang sekali ada artis di tanah air yang meninggalkan dunia rocknya untuk berdakwah melalui ceramah, Akil Hayylah satu-satunya.
JAIS hanya perlu memantau setiap ceramahnya sekiranya dikhuatiri ada yang tidak betul atau menyeleweng. Sekiranya isi ceramah tidak betul, fakta agama tidak tepat, menyeleweng atau ada unsur-unsur ajaran sesat, barulah JAIS boleh bertindak untuk menyekatnya. Kalau sekadar menyindir dalam ceramah itu perkara biasa. yang disindir sememangnya manusia bukanya binatang, siapa pun sebagai penceramah akan menggunakan bahasa kiasan dalam bentuk sindiran dengan maksud dan tujuan menegur. Bukan Akil Hayy seorang yang suka menyindir dalam ceramah, ustaz-ustaz UMNO sekalipun sering menyindir para artis yang tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak berakhlak. Dengarlah ceramah Dr, Mashitan Ibrahim atau Ustazah Nor Baayah yang terkenal dengan cakar rimaunya, kerap juga mereka menyindir.
Saya juga secara peribadinya tidak beberapa setuju dengan Akil Hayy dalam perkara-perkara tertentu sahaja, tetapi bukan bermakna sekat haknya untuk berdakwah. Dari sudut dakwah dan pembangunan insan, amat rugi sekali Akil Hayy yang ada kelebihan menarik minat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam tetapi dihalang.
Bagi saya, tindakan ini menampakkan kejahilan Pengarah JAIS sendiri yang tidak pandai memanfaatkan kelebihan dan kebolehan seseorang. Saya percaya, dibelakangnya ada dalang yang menghalang usaha dakwah ini. Dalang ini begitu dengki dan cemburu melihat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam, mereka lebih suka anak-anak muda dan para artis bergelumang dengan maksiat.
Rakyat Selangor yang beragama Islam wajar malu mempunyai Pengarah JAIS yang macam ini.(misabah.blogspot.com)






Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.






































