Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SIAPA BANYAK DUIT DIALAH YANG MENANG...

>> 26 Mac 2009


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.
Khairy menafikan dakwaan tersebut kerana beliau masih berkelayakan bertanding bagi jawatan tersebut tanpa sebarang halangan.

"Tidak, tidak ada... saya layak bertanding," katanya ringkas ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda lewat malam tadi.

Minggu lalu Lembaga Disiplin mendapati Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan politik wang.
Dalam persaingan tiga penjuru merebut, Khairy memperoleh 304 undi meninggalkan dua lagi calon iaitu ahli Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.
Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.
Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Angry supporters of rival candidates hurl abuses at each other andalmost traded blows outside the hall where Khairy Jamaluddin was delivering his victory speech. Police acted fast to break up the group to prevent violence. (Gambar dan catatan dari The Sun)
Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.
Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan. (mStar Online)

Read more...

BINA KEKUATAN SENDIRI - ADUN CHANGKAT JONG

>> 25 Mac 2009



24.3.2009 - Ahli PAS jangan berharap kepada kelemahan dan kekurangan musuh UMNO/BN untuk menempa kejayaan dalam perjuangan. Sebaliknya, mereka perlu membina kekuatan sendiri yang dibina di atas batu asas aqidah perjuangan yang mantap. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong semasa merasmikan mesyuarat agng tahunan bagi cawangan-cawangan pesisiran di Kg. Sungai Samak.
Katanya, kekuatan itu wujud bukan hanya tertumpu di peringkat PAS Pusat sahaja malahan ia juga perlu kuat di peringkat akar umbi iaitu di peringkat PAS cawangan. Apabila setiap peringkat mempunyai kekuatan yang mantap maka adalah tidak mustahil parti itu dapat mengawal kerajaan jika PAS dapat memerintah. Ini kerana, dengan organisasi yang mantap dan pimpinan yang berkaliber maka dengan mudahnya parti dapat menentukan hala tuju sesebuah kerajaan sama ada negeri atau negara.

YDP Kawasan, Ustaz Ismail Chik Nik turut menyampaikan ucapan.
Naib Ketua Cawangan merangkap Ketua Kampung menyampaikan ucapan aluan.
Natijahnya, misi untuk merealisasikan apa yang terkandung di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS iaitu untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah akan tercapai.
Oleh kerana itu, ahli PAS perlu muhasabah diri dengan merenung ayat Allah dalam surah adz Dzaariyaat : 56 yang mana Allah menciptakan jin dan manusia itu supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah swt.


Setiausaha Cawangan dan Pengerusi Tetap menjalankan tugas dengan baik.
"Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah kerana kita menjadi muslim dengan cara yang amat mudah iaitu melalui keturunan. Kita tidak mendapat Islam melalui tumpahan darahd an segala kepayahan sebagaimana para sahabat Nabi mendapat Islam," jelas beliau lagi.



PAS katanya, berbeza dengan parti-parti lain. PAS adalah sebuah parti dakwah dan pada masa yang sama adalah sebuah parti siasah. Asas penubuhan PAS ialah aqidah. Oleh kerana itu PAS sukar diganggu gugat oleh musuh-musuhnya dan kekal bertahan sehingga sekarang.

Mesyuarat agung kali ini melibatkan lima buah cawangan iaitu Kg. Sungai Samak, Bagan Lalang, Sungai Manila, Ganda Suli dan Ulu Bernam. Ia turut dihadiri YDP PAS Kawasan, TYDP, AJK kawaan serta ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli cawangan. Turut sama hadir ialah Ketua Kampung Sg. Samak dan Sungai Manila.

Read more...

RAMPASAN KUASA DI PERAK TIDAK MENDAPAT RESTU MT UMNO..?



Petang semalam (24/3/09) saya telah menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Saya paparkan sms tersebut.
Jika benar sms ini datang dari ahli UMNO maka sudah jelas kepada kita bahawa selama ini, usaha UMNO melalui Najib merampas kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat tidak melalui persetujuan MT UMNO dan ia tidak mendapat restu daripada MT UMNO.
  • Najib bertindak di luar pengetahuan Presiden UMNO ?
  • Najib buat keputusan sendiri ?
  • Najib bertindak tanpa restu MT UMNO ?
  • Adakah sejak akhir-akhir ini, Presiden UMNO membiar sahaja Timbalannya membuat keputusan sendiri tanpa melalui Presiden dan MT ?
  • Selama ini, memang MT UMNO tiada peranan apa-apa ?
  • Adakah ini budaya kerja UMNO; boleh bertindak tanpa restu Presiden dan MT ?
  • SMS ini membuktikan bahawa ada kalangan ahli UMNO (mungkin pemimpin UMNO) yang tidak bersetuju dan merestui tindakan Najib dan UMNO Perak merampas kuasa dengan cara zalim.
  • Ada kalangan ahli UMNO yang nampak bahawa tindakan merampas kuasa di Perak telah menjejaskan imej UMNO yang memang sebelum ini imejnya telah tercalar akibat perilaku pimpinan dan ahlinya dli luar batasan agama dan integriti.

Read more...

HOI UMNO...LETAKLAH ZAMBRY KADIAQ LAWAN HJ NIZAR DI P059...!!(buktikan kerajaan kudeta BN diterima rakyat)


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini. Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapa sebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya. (harakahdaily)

Read more...

YES..NIZAR @ BUKIT GANTANG...!

>> 24 Mac 2009

Read more...

YAB IR DATO' SERI HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN CALON PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG...!

>> 23 Mac 2009












CALON PAS / PAKATAN RAKYAT P059 BUKIT GANTANG

SEDIKIT BIODATA CALON KITA :

Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak). Kini merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT...!!

ALLAHU AKBAR...!
ALLAHU AKBAR...!
ALLAHU AKBAR...!

Read more...

SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL : HARAKAH & SUARA KEADILAN DIGANTUNG (demokrasi BN taik kucing...!)



Harakahdaily Mon Mar 23, 09 6:55:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.


Surat KDN kepada PKR.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI :


kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan mengejut, ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi. Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama."Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Read more...

KHAIRY ...KHAIRY ! don't play play laa


Penulis politik Yahaya Ismail mendakwa beliau berunding dengan naib ketua Pemuda Umno mengenai hak cipta sebelum menerbitkan buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin yang kini menjadi kes polis. Yahaya bagaimanapun menafikan cuba mengugut calon ketua Pemuda Umno itu dalam pertemuan tersebut. Beliau, yang juga dikenali sebagai Pak Ya, tidak dapat mengingati tarikh dan masa pertemuan tersebut.

"Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes.

"Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau," katanya kepada Malaysiakini.



Menceritakan lebih lanjut beberapa perbualan dalam rundingan tersebut, penulis veteran itu berkata:"Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta (buku tersebut). Khairy kata, 'saya beritahu esok'. "(Sewaktu) orang dia bawa balik saya, (mereka) bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?' "Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.'

Keesokan harinya orang dia datang beri (balik) naskhah, (orang Khairy berkata:) 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'. "Saya tidak paksa beliau beli."Khairy semalam membuat laporan polis terhadap Yahaya dengan mendakwa penulis Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin mengugut dan memfitnahnya di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur.

"Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ... yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," Khairy dipetik berkata.

Beliau dilaporkan berkata beliau pertama kali bertemu penulis tersebut di pejabatnya (Khairy) pada 17 Februari lepas. Mengulas aduan polis tersebut, Pak Ya berkata beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada polis. Tambahnya, jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam.

Selain menerbit akhbar dan menulis politik, Yahaya lebih popular sebagai penulis esei dan pengkritik sastera Melayu khususnya pada 1960-an dan 1970-an. (malaysiakini)

Read more...

JADIKAN AQIDAH PENDIDIKAN ASAS UNTUK ANAK-ANAK

>> 22 Mac 2009


Sungai Tinggi, Trong, 22 Mac - Anak-anak perlu diberikan pendidikan aqidah sebagai pendidikan awal. Hanya PASTI sahaja yang mampu memberikan pendidikan aqidah. Ini kerana, di dalam sukatan pelajaran PASTI terdapat unsur tarbiyyah imaniyyah berbentuk pendidikan aqidah yang merentasi kurikulum PASTI. Malah PASTI sendiri melaksanakan falsafah Pendidikan Islam yang digarapkan bersama Falsafah Pendidikan Negara. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan Hari Sukaneka PASTI Sg. Tinggi dan Permatang Raja pagi tadi.




Majlis jugaturut dihadiri oleh ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim pada penghujung majlis. Beliau sempat juga menyampaikan hadiah kepada pelajar dan membuat pemeriksaan kesihatan.


Beliau juga menyatakan pendidikan aqidah amat penting kepada kanak-kanak kerana ia boleh dijadikan asas bagi anak-anak mengenal Allah sebelum mereka mengenal perkara-perkara lain.

"Biarlah mereka nampak bahawa segala yang berlaku di dalam hidup mereka semuanya berkaitan dengan kekuasaan Allah swt," kata beliau lagi.




Encik Nordin menyampaikan ucapan aluan.


Jelas beliau lagi, apabila anak-anak memahami perkara aqidah maka sudah pasti mereka tidak akan memandang setiap perkara itu dari sudut hawa nafsu semata-mata sebagaimana yang berlaku kepada segelintir masyarakat sekarang. Malah. apabila mereka menjadi ahli politik, biarlah mereka berminat kepada politik Islam, di mana mereka akan melihat politik sebagai satu ibadah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


Pasti mereka akan menjauhi politik sekular yang secara jelas menafikan aspek aqidah Islamiyyah kerana memisahkan agama dengan politik yang ama bertentangan dengan konsep Islam yang syumul.

Akhir sekali beliau menyeru agar para ibu bapa dapat menggunakan hak mengundi pada PRK Bukit Gantang nanti dengan memilih calon yang menepati kehendak Islam itu sendiri.

Cenderamata untuk YB.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PASTI Asy Syakirin dan PASTI Permatang Raja yang berjaya mengadakan Hari Sukaneka PASTI yang bukan sahaja melibatkan pelajar PASTI malah melibatkan para ibu bapa, remaja dan masyarakat.


Sementara itu, Ketua UPU Sg. Tinggi Encik Nordin Abd. Rahman mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan orang ramai ke sukaneka tersebut. Sokongan yang diberikan oleh masyarakat akan menguatkan semangat PASTI cawangan untuk bergerak lebih baik lagi.


Para guru sedang membentuk pelajar kepada beberapa kumpulan.

Tidak sabar hendak bertanding.




Ini ialah pengulas sukan yang diimport dari Teluk Intan.


Beberapa acara telah disediakan. Antaranya acara untuk pelajar PASTI, pelajar sekolah dan remaja serta ibu bapa.


Acara sukaneka berjalan.





Pertandingan mewarna dan membuat kolaj juga diadakan.


Acara ibu...shooting bola jaring.


Terima kasih...



Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukaneka ini. Kepada pengurusan PASTI Sg. Tinggi, Permatang Raja, UPU Sg. Tinggi, MTD Trong, PASTI Perak, PASTI Teluk Intan, guru-guru PASTI, seluruh ahli jawatankuasa pelaksana serta para ibu bapa yang telah memberi sokongan sehingga sukaneka ini berjaya diadakan.
Tidak lupa juga kepada ADUN Changkat Jong dan ADUN Titi Serong yang amat prihatin kepada setiap program parti. Terima kasih daun keladi....

Read more...

PEMUDA PAS TELUK INTAN BANTU JAYAKAN SUKANEKA PASTI

22.3.2009 - Pemuda PAS Teluk Intan dan PASTI Teluk Intan sama-sama turut membantu menjayakan Sukaneka PASTI Sungai Tinggi dan Permatang Raja, Trong Parlimen Bukit Gantang pagi tadi.

Sejak awal pagi lagi mereka telah bergotong-royong membuat persiapan tempat di padang PASTI Asy Syakirin, Sungai Tinggi. UPU Sungai Tinggi merupakan tempat PAS Teluk Intan bertugas bagi PRK Bukit Gantang.

Saksikan kegigihan petugas Teluk Intan ini...


Membuat lorong larian.

Ustaz Fatah dan kawan-kawan memasang speaker.
Menabur kapur untuk dibuat garisan penamat.
Guru-guru PASTI Teluk Intan turut membantu dengan menyusun hadiah.
Petugas ini mencuba tempat duduk perasmi kut-kut ada bom ke...

Budaya membaca...ADUN Changkat Jong membaca sementara menunggu majlis perasmian bermula.
Padang sudah siap...jom mula sukaneka !

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP