Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

AKTIVITI ADUN CHANGKAT JONG MINGGU INI

>> 20 November 2009



PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT INDIA

18 November - Bertempat di Ladang Sri Intan (dulu Ladang Nova Scotia), YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain kepada lebih 20 orang penerima.

Ia merupakan aktiviti rutin berbentuk kebajikan oleh ADUN Changkat Jong ini di kawasan Changkat Jong. Ladang Sri Intan mempunyai pekerja ladang di mana majoriti pekerjanya adalah dalam kalangan kaum India. Beliau mendapat kerjasama daripada Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Turut hadir ialah Sdr. Hacharan Singh (Setiausaha KPP Teluk Intan) dan beberapa orang AJK KPP Teluk Intan.


YB dikalungi bunga malai oleh salah seorang penduduk.


YB menyampaikan sumbangan.




Antara penduduk yang hadir.



PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SAR SAADAH ABADIAH KG SUNGAI KERAWAI



20 November - YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan SAR Saadah Abadiah, di Parit 4 Kg. Sungai Kerawai, Teluk Intan.

Di dalam ucapan, beliau telah menyatakan walaupun ibu bapa telah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama namun ia tidak mencukupi untuk memastikan anak-anak mereka terjamin daripada terdedah kepada gejala negatif jika suasana persekitaran tidak diubah.

"Oleh itu, adalah wajib bagi ibu bapa memilih pemimpin yang beragama dan berintegriti agar pemimpin yang dipilih ini mampu mengubah kepada suasana yang membentuk akhlak anak-anak," tegas beliau.

YB Anuar juga telah menyampaikan hadiah kepada beberapa orang murid yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan.



Guru Besar, Tuan Hj Ramli menyampaikan ucapan.







ar_rawa

Read more...

SAYA DOK CARI JUGAK MANA KEDUDUKAN PEMIMPIN 1 M'SIA

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.


Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)


Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Read more...

PENCETUS 1 M'SIA JUGA PATUT KENA SAMAN...


Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM105 juta.

K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menuntut gantirugi itu dari 10 defenden. Insiden itu berlaku di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Dalam saman itu, mereka menamakan sebagai defendan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.

Pihak yang lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, menteri pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Co pada pagi tadi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa.

Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut.

Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.

Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung
kehilangan dan kerugian. - Bernama

Read more...

SIAPA BOLEH BANTU LELAKI@WANITA INI...

>> 19 November 2009

SEBERANG PRAI: “Saya tak boleh berkahwin sama ada sebagai suami atau isteri. Mengenai solat pula, saya boleh bersembahyang seperti lelaki dan perempuan, manakala solat Jumaat tidak diwajibkan.

“Dalam soal berpakaian pula, saya boleh pakai seperti lelaki atau perempuan tapi apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan mengikut jenazah perempuan Muslim,” jelas seorang khunsa mengenai dilema dihadapinya sejak enam tahun lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 33, (gambar) berkata dilema itu dialami sejak menerima pengesahan status khunsa dari Jabatan Mufti Kedah 18 Ogos 2003.

Menurutnya, dia tidak mempertikai atau menolak pengesahan status khunsa berkenaan, namun wujud masalah setiap kali berhasrat melakukan sesuatu perkara.

Laporan itu turut mengesahkan Azli dari Kedah adalah khunsa musykil, bermaksud individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

“Apabila hendak bersolat sebagai lelaki, misalnya saya hendaklah di belakang saf kanak-kanak lelaki, tapi ada ketika saya perlu mengisi saf kosong di depan dan masalah timbul apabila ada orang menjadi makmum saya.

“Jika saya hendak bersembahyang sebagai perempuan pula, saya mempunyai nafsu lelaki begitu juga penampilan dan bagaimana pula jika saya bersentuhan dengan mereka.

“Disebabkan itu, saya jarang ke masjid malah solat Jumaat dan hari raya pun sudah 10 tahun saya tidak pergi disebabkan celaru identiti,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, masalah identiti itu turut menyebabkan hidupnya tertekan sehingga terdetik di hatinya berhijrah ke luar negara akibat tidak mampu berdepan dugaan masyarakat.

“Ada rakan sekerja apabila mengetahui status saya mereka memanggil saya kakak. Lebih menyedihkan, ada pihak tidak bertanggungjawab yang tahu identiti diri saya ambil kesempatan seperti meraba.

“Ada juga minta nombor kad pengenalan bagi tujuan menikam nombor ekor,” katanya yang sedih dengan tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang dilahirkan Allah dengan ciri ‘istimewa’.

Azli berkata, masalah itu bukan pertama kali dilalui dan dia semakin buntu mengenangkan nasib serta masa depannya.

“Saya bertukar kerja hampir 10 kali. Setiap kali saya minta kerja, saya ceritakan masalah sebenar supaya majikan faham kerana dalam kad pengenalan, nama dan jantina saya wanita, tetapi beridentiti lelaki.

“Namun, rahsia yang saya minta simpan itu sedikit demi sedikit terbongkar sehingga saya ambil keputusan berhenti. Tidak semua boleh terima keadaan saya dan bukan saya minta jadi begini sehingga diperlakukan sedemikian,” katanya.

Azli mengakui dia memiliki dua alat kelamin iaitu lelaki dan wanita selain ada ciri kedua-dua jantina berkenaan seperti mempunyai ovari, tetapi tumbuh bulu di dada, kaki, misai serta janggut.

Meskipun begitu, katanya, dia lebih cenderung ke arah lelaki apabila memiliki nafsu seperti lelaki normal yang meminati wanita.

“Saya tiada nafsu terhadap lelaki sebaliknya lebih meminati wanita. Nafsu saya membuak-buak malah saya boleh melakukan hubungan kelamin dengan mereka kerana alat kelamin lelaki saya boleh berfungsi meskipun tiada buah zakar.

“Selain itu, saya juga tiada payu dara seperti wanita lain sebaliknya di dada ditumbuhi bulu begitu juga kaki, misai dan janggut,” katanya.

Azli berkata, sebelum ini dia pernah menjalin hubungan dengan lima wanita, malah pernah merancang berkahwin, namun disebabkan statusnya sebagai khunsa musykil, dia tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Sepanjang berkawan dengan lima wanita, mereka tahu identiti dan status saya malah tidak kisah.

“Ada yang sanggup menanggung risiko berkahwin dengan saya termasuk melakukannya di luar negara, tapi apabila saya fikir kembali, pelbagai masalah akan timbul seperti perkahwinan tidak boleh didaftarkan di sini, niat itu terpaksa dilupakan,” katanya.

Azli berkata, lesen memandunya tercatat nama wanita dengan gambarnya yang bertudung tetapi dalam kad pengenalan, dia berambut pendek seperti lelaki.

“Ada orang kata saya tomboi apabila melihat wajah saya dalam kad pengenalan dan luar sedangkan nama saya wanita tetapi saya tak kisah kerana saya tahu diri saya yang sebenar,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui memiliki dua alat kelamin ketika usia 15 tahun apabila tidak datang haid seperti wanita lain kerana ketika itu dia berpakaian dan beridentiti wanita.

“Apabila tidak datang haid, saya berjumpa doktor sebelum disahkan ada dua alat kelamin. Sebelum itu, diri saya wanita apabila keluarga minta saya berpakaian wanita.

“Apabila dapat tahu ada dua alat kelamin, saya masih seperti wanita dan ketika usia 21 tahun, saya nekad berubah menjadi lelaki disebabkan naluri saya,” katanya yang pernah ditentang keluarga disebabkan tindakannya itu.

Menurutnya, sejak usia 21 tahun, dia berusaha mendapatkan status diri sama ada lelaki atau perempuan namun belum menemui jawapan hingga kini.

“Pada 2003, saya ke pejabat Mufti Kedah meluahkan masalah dihadapi dan diminta menemui pakar sebelum menjalani beberapa pemeriksaan perubatan di Hospital Alor Setar dan Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).

“Berdasarkan ujian, saya disahkan ada dua alat kelamin, namun doktor beritahu ovari saya tidak normal.

“Selepas ujian itu, Jabatan Mufti Kedah mengeluarkan surat menyatakan status saya dan sejak itu saya buntu memikirkan status diri sedangkan saya ada nafsu lelaki.

“Justeru, saya meminta pihak berkuasa mengeluarkan panduan khusus kepada golongan seperti saya supaya saya boleh hidup seperti orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli.

Katanya, ketika itu Azli membuat permohonan mengesahkan jantinanya untuk berkahwin, namun pihaknya meminta dia melakukan pemeriksaan pakar perubatan.

“Pada masa itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbillah Abd Halim, pakar sakit puan, ahli Jawatankuasa Fatwa, pemohon serta ibu bapanya hadir.

“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.

“Sebagai lelaki, dia tiada air mani manakala sebagai perempuan pula rahimnya tidak normal,” katanya.(Metro)

Read more...

PAS TEMPELAK KEPIMPINAN UMNO

PADANG RENGAS – Pas menempelak kepimpinan UMNO kerana konflik berterusan yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada parti itu yang cuba mengulangi sejarah hitam dahulu.


Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengimbau kembali sejarah politik tanah air yang menyaksikan jatuhnya beberapa Kerajaan Negeri dahulu seperti di Terengganu, Kelantan dan Sabah, gara-gara ketamakan kuasa Perikatan.

Pesuruhjaya Pas, Abu Bakar Hussain berkata, Pas berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru-hara dalam politik setelah lebih 50 tahun memporak-perandakan ekonomi serta kekayaan negara.

Menurutnya, partinya bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah kemaruk kuasa dan sentiasa konsisten untuk memelihara perpaduan serta kestabilan negara.

“Pas Perak menyedari lakonan politik pimpinan UMNO dan BN yang berjaya mengekalkan kuasanya kerana sering berlagak baik dan meminta parti kalah, bersatu hati kononnya untuk membangunkan negara.

“BN lupa kepada nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru-hara serta kekacauan sehinggalah mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka kehendaki seperti berlaku dalam krisis Perlembagaan Perak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Abu Bakar berkata, Pas dan PR sudah melalui pengalaman kalah menang menerusi Pilihan Raya Umum dan boleh berdepan secara matang.

“Kita bersedia lepaskan pemerintahan PR di Perak atau di mana-mana sahaja sekiranya ia ditentukan oleh pengundi sendiri.

“Kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin,” katanya.

Beliau berkata, Pas turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata untuk berdepan realiti sebenar permasalahan di negeri ini.

“Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu.

“Kami sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan sentiasa mendesak agar demokrasi dapat dipulihkan segera serta memberi laluan kepada pilihan raya bagi keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau turut memohon kepada rakyat agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO.(sinar harian)

Read more...

INDEKS RASUAH MERUDUM : AHMAD SAID DIDESAK LETAK JAWATAN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.


Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini."Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28," katanya.

Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

"Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Bagi beliau, punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.

Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low mengedarkan CPI dalam satu sidang medianya.Dalam sidang media itu, dia memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995. Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.

Read more...

UMNO MEMANG PENGKHIANAT BANGSA - AZMAN SHAPAWI

>> 17 November 2009

Ustaz Azman Shapawi melancarkan Kempen Orang Muda Geng Kita diiringi Ustaz Abdul Fattah Awang, Ketua Pemuda PAS Teluk Intan.

TELUK INTAN, 16 November - UMNO semakin menyerlah pengkhianatan kepada bangsa Melayu ekoran daipada isu wang ihsan Kelantan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi dalam ceramahnya.

"Kerajaan Pusat BN sanggup menjadi Thailand yang beratus kilometer jaraknya sebagai tempat penyaluran minyak daripada mendaratkannya ke Kelantan yang jelas mempunyai penduduk majoritinya orang Melayu, " kata beliau.

"Ini juga merupakan satu lagi contoh demokrasi UMNO/BN daripada banyak lagi demokrasi versi UMNO/BN sebelum ini," tambah beliau.

Ustaz Azman Shapawi melekatkan pelekat Orang Muda Geng Kita pda salah sebuah motorsikal pemuda.

Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah turut melekatkan pelekat pada motorsikal.


Sebelum itu beliau, telah melancarkan Kempen Orang Muda Geng Kita peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.

Beliau berharap golongan muda akan menjadi golongan yang mampu mengubah suasana bercelaru di negara ini dengan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sokongan anda amat penting demi kelangsungan hidup rakyat negara ini," jelas beliau lagi.

Dalam pelancaran tersebut Ustaz Azman Shapawi sempat meluang sedikit masa melekatkan beberapa pelekat Orang Muda Geng Kita pada beberapa buah motor pemuda. Turut serta ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari menyatakan bahawa usaha menuntut pembubaran DUN akan terus dilakukan.

"Usaha ini amat penting demi mengembalikan semula hak kepada rakyat yang sebelum ini telah memilih PR sebagai kerajaan bagi negeri Perak namun telah dirampas secara zalim oleh UMNO/BN," jelas beliau. Turut menyampaikan ucapan ialah Sdr. Haji Azhar Rafaie dan Sdr. Surianarayanan.

Turut hadir dalam majlis ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin, YDP PAS Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak Sdr. Surianayaranan dan pimpinan PAS Kawasan serta Pemuda Kawasan. Majlis ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kg. Selabak.

Haji Azhar, Ahli BPPN Perak/Pengarah JPK Teluk Intan menyampaikan ucapan mewakili PAS Teluk Intan.

Sdr. Suria menyampaikan ucapan dengan bersemangat.
"Bertaubatlah anda sebelum anda disembahyangkan" kata beliau.

Ustaz Mustafa Shaari turut menyampaikan ceramah isu negeri Perak.

YB Haji Anuar Sudin turut hadir.



Puan Hajjah Faridah (isteri ADUN Changkat Jong turut hadir)

ar_rawa

Read more...

DUN KOTA SEPUTEH DIISYTIHARKAN KOSONG

>> 16 November 2009

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

azlanAbdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Sementara itu, mahkamah menolak permohonan lisan pihak responden untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan formal untuk menangguhkan keputusan mahkamah.(malaysiakini)

Read more...

JOM DATANG RAMAI-RAMAI ..

>> 15 November 2009

Read more...

FORUM JASAMU DIKENANG (MANTAN PJ PERAK)



AIR KUNING, TAIPING, 14 November - Pengisian program bulanan PAS Perak, Liqaul Fikri bagi bulan November ini agak berbeza daripada biasa. Biasanya, seorang naqib jemputan akan membentangkan tajuk-tajuk tertentu kepada para peserta yang datang dari kawasan seluruh negeri Perak.

Namun liqa kali ini menjadi bentuk edisi khas di mana ia berbentuk Forum Jasamu Dikenang. Malam itu, tiga orang mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah dijemput sebagai ahli panel forum. Mereka menceritakan pengalaman masing-masing di sepanjang sewaktu menjadi pemimpin tertinggi PAS Perak. Amat menarik sekali. Apatah lagi yang dijemput ialah mantan-mantan PJ yang memang terbukti kehebatan kepimpinan masing-masing.

Tiga orang mantan PJ yang telah menjadi ahli panel tersebut ialah Ustaz Haji Azizan Desa, Ustaz Haji Kamaruddin Awang Basir dan Ustaz Haji Ahmad Awang. Forum telah dipengerusikan oleh wakil peserta dari Bukit Gantang. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Hussain.

Apa yang menariknya ialah masing-masing diberi peluang menceritakan pengalaman kepada para peserta yang hadir pada malam itu.

Ustaz Azizan Desa, di dalam ucapannya telah menceritakan pengalaman beliau ketika bilangan PAS Kawasan dalam negeri Perak hanya 12 kawasan sahaja. Berkat usaha pimpinan zaman itu, bilangan kawasan telah bertambah menjadi 22 kawasan seperti yang ada sekarang. Pada zaman beliau jugalah usaha-usaha mengumpul dana dilakukan bagi pembinaan Markaz Tarbiyyah Perak yang kini tersergam indah yang menjadi kebanggaan semua ahli. Beliau juga telah dapat menyelesaikan beberapa masalah dalaman di beberapa PAS kawasan.

Di samping itu, beliau juga menceritakan bagaimana halang-halangan yang beliau hadapi seperti cubaan merosakkan kenderaan beliau ketika berceramah yang hampir membawa maut.

"Namun, halangan-halangan yang banyak itulah yang telah menjadikan manisnya dalam perjuangan PAS itu, " ujar beliau.

Akhir sekali, Ustaz Azizan menggariskan kata-kata Hassan Al Banna tentang jamaah iaitu :

  1. kefahaman yang mendalam tentang Islam dan jamaah
  2. tanzim yang tersusun rapi
  3. semangat juang yang konssten (istqamah dalam perjuangan)
Bagi Ustaz Kamaruddin Awang Basir pula, beliau lebih banyak menceritakan pengalaman beliau menjadi PJ. Begitu banyak pahit maung dalam membangun gerakan Islam di negeri Perak.

Ahli panel ketiga yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Ahmad Awang. Beliau telah menjadi PJ selama lapan tahun. Pada masa itulah, sokongan masyarakat bukan Islam telah meningkat. Beliau juga banyak menceritakan saat-saat getir ketika pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. Pelbagai ujian, tohmahan dan sebagainya telah diterima oleh beliau ketika itu namun akhirnya terbentuk juga kerajaan Pakatan Rakyat yang menyaksikan jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN PAS iaitu Haji Mohammad Nizar.

Ustaz Abu Bakar pula telah membuat penggulungan dengan dimulai dengan menghargai segala jasa dan pengorbanan ketiga-tiga mantan PJ. Beliau menyifatkan mereka cemerlang pada zaman masing-masing sehingga menyaksikan PAS Perak menjadi sebuah parti yang dominan yang sentiasa dicemburui UMNO/BN.

Akhirnya, beliau berharap pimpinan semua peringkat mengambil ktibar dari pengalaman mantan-mantan PJ sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih keras lagi.

"Kalau kita nak masuk syurga, kita kena berjihad. Dan jika kita berjihad kita mesti banyak bersabar," ujar beliau lagi.

Pada penghujung majlis, Ustaz Abu Bakar telah menyampaikan cenderamata kepada ektiga-tiga mantan PJ sebagai tanda penghargaan PAS Perak terhadap jasa-jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Perak sebelum ini.


Ustaz Ahmad Awang menerima cenderamata daripada PJ Perak, Ustaz Abu Bakar.


Ustaz Kamaruddin Awang Basir menerima cenderamata.


Ustaz Azizan Desa menerima cenderamata.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP