Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

BUKAN SAHAJA PEROSAK BANGSA, MALAH PEROSAK BAHASA...

>> 21 Ogos 2010




Perosak bangsa. Sekarang tambah satu lagi....perosak bahasa...! Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kena tengokkan akta mana yang sesuai untuk diambil tindakan kepada perosak bahasa ini.

Read more...

JANGAN MENDISKRIMINASIKAN AYAT ALLAH - ADUN CHANGKAT JONG



TELUK INTAN, 16 Ogos - Diari ADUN Changkat Jong sentiasa terisi dengan pelbagai program hatta bagi bulan Ramadhan ini. Hari ini beliau telah berksempatan berbuka puasa bersama-sama masyarakat setempat di Surau Batu 2 1/2. Program berbuka puasa tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO d daerah ini.





Majlis bermula dengan ucapan ringkas YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Antaranya, beliau menerangkan tentang kewajipan umat Islam memilih pemimpin yang mahu kepada Islam secara keseluruhan. Ini amat penting agar pemimpin ini akan dapat memandu rakyat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Menurut beliau lagi, kini pemahaman sesetengah pemimpin terhadap perintah Allah itu seolah-olah memilih dan wujud satu diskriminasi. Ada suruhan Allah itu seperti kewajipan berpuasa dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, dalam kitab yang sama, pemimpin tersebut menafikan hak ayat Al Qur'an yang mewajibkan pelaksanaan hudud dan qisas.



Read more...

PROGRAM DS NIZAR @ TELUK INTAN

>> 20 Ogos 2010



DS Nizar Jamaluddin akan bersama-sama penduduk Teluk Intan pada hari Isnin 23 Ogos 2010. Pelbagai program telah diatur bagi menemukan DS Nizar dengan masyarakat.


Seawal 5.30 petang DS Nizar akan dibawa ke Pasar Ramadhan di Pekan Teluk Intan. Pasar Ramadhan ini merupakan tempat tumpuan utama penduduk Teluk Intan bagi mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan diberikan amanah untuk mengiringi DS serta rombongan untuk beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga di sana.


Selepas itu DS Nizar akan ke Surau Kg Air Hitam, Changkat Jong untuk program berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Cawangan PAS Air Hitam telah diamanahkan untuk mengiringi DS Nizar di sana.


Kemudiannya, DS Nizar akan terus ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan menunaikan Solat Tarawih dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan di situ.


Adalah diharapkan semua ahli serta petugas parti di semua peringkat di Kawasan Teluk Intan dapat menyebarkan maklumat program ini kepada rakan-rakan serta masyarakat.


PAS Kawasan Teluk Intan amat mengalu-alukan kehadiran Dato Seri Nizar ke Teluk Intan pada hari tersebut.

Read more...

SEJAK BILA BENDERA KITA BERUBAH...?

>> 16 Ogos 2010


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dengan tanda 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual kepada murid-murid?

Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twiiter.

Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1 Malaysia di tengah-tengahnya.

Read more...

AKTIVITI ADUN CHANGKAT JONG HUJUNG MINGGU

>> 15 Ogos 2010



Bulan puasa bukanlah satu alasan untuk kita berehat daripada melakukan sebarang gerak kerja atau apa-apa aktiviti. Sebaliknya di dalam bulan Ramadhan ini setiap umat Islam khususnya pejuang Islam melipatgandakan lagi gerak kerja atau amalan sebagai yang terpahat dalam sirah nabi bahawa begitu banyak peristiwa besar berlaku dalam bulan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan meneruskan aktivitinya. Hari ini (15 Ogos), mereka telah membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di kawasan sebuah kuil di Jalan Kg. Banjar dekat Teluk Intan. Kebetulan pada hari itu, terdapat pihak kuil sedang mengadakan perayaan ulang tahun mereka.


Kelihatan beberapa orang pengunjung mendaftar atau menyemak nama mereka sebagai pemilih.

Timbalan Ketua Muslimat Teluk Intan Pn. Hjh. Faridah Rajiah telah mengetuai aktviti tersebut bersama beberapa orang AJK dewan.

Turut bersama-sama hadir ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Timbalan YDP PAS Teluk Intan.

Sambutan begitu menggalakkan kerana masih ramai lagi dalam kalangan kaum beliau India yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai pengundi baru.



YB Anuar disambut mesra.


YB Anuar sedang berbual dengan Sdr. Prakesh di Ladang Sri Intan, Batu 5.



Kesempatan juga diambil oleh orang ramai untuk bertemu serta beramah mesra dengan ADUN Changkat Jong. Kebanyakannya begitu mengkagumi PAS.

Selepas itu, YB Anuar telah dijemput ke sebuah kuil di Ladang Sri Intan, Batu 5. Di sana, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di sana.

Read more...

NAJIB DAH TERDESAK....



Harakahdaily

IPOH, 15 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.



“Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.



Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.



Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.



Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.



Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan.



Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya.



“Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah.



“Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya,” ujarnya.



Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina.


“Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?”



“Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya,” katanya lagi.



Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.



“Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.



“Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda,” katanya.



Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Read more...

BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

>> 14 Ogos 2010



TELUK INTAN, 9 Ogos - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan bantuan keprihatinan kepada mangsa kebakaran penduduk di Taman Desa Aman, Batu Enam dekat sini. Ini merupakan lawatan kali kedua oleh YB Anuar ke rumah tersebut setelah melawat pada malam sebelumnya.


YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada Puan Hasnah.


Sdr. Anuar Yahya menyampaikan sumbangan Rukun Tetangga.

Kediaman dua tingkat yang terbakar pada tingkat atas itu telah memusnahkan segala barangan yang berada di situ. Menurut pemilik rumah, Puan Hasnah bt. Alias, ketika kejadian itu berlaku, beliau dan dua orang anaknya berada di luar Teluk Intan tetapi suami dan anak-anak beliau berada di rumah. Namun, mereka bernasib baik kerana ketika kejadian suami dan anak-anak beada di tingkat bawah.


Beginilah keadaan rumah setelah kebakaran.



Antara sumbangan yang diberikan ialah hasil kutipan derma kilat semasa Konvensyen PAS Perak berjumlah RM1062.00. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Anuar. Puan Hasnah juga menerima sumbangan daripada pihak Rukun Tetangga taman yang telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan, Encik Anuar Yahya.

Sebelum, bantuan segera sebanyakRM200 daripada DHPP Teluk Intan disampaikan oleh Encik Hacharan Singh pada hari kejadian.

Read more...

KASE TERUS BERJUANG HINGGA SAMAN DIHAPUSKAN



KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Perjuangan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan tetap diteruskan sehingga kerajaan menghapuskan terus saman yang membebankan rakyat, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagi Pengerusi Kase itu, saman ekor bukan sahaja membebankan rakyat malah mencabar Perlembagaan Persekutuan.



"Kase akan tetap meneruskan kempen menyedarkan rakyat bahawa keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya selepas 28 Februari 2011 hakikatnya mencabar Perlembagaan Persekutuan," katanya.



Mahfuz menyifatkan keputusan kerajaan itu nyata bersifat angkuh dan melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka.



"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sengaja mahu bertindak mengatasi Perlembagaan.

"Kerajaan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa ia boleh bertindak sesuka hati dengan mengetepikan Perlembagaan.



"Perlembagaan melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka tetapi bila kenderaan disenarai hitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan, ia bermakna kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka," kata beliau.



Mahfuz menyifatkan keputusan kabinet itu bukan sahaja tidak mempedulikan kesusahan rakyat malah ia sekaligus merupakan perisytiharan perang terhadap Perlembagaan Malaysia dan keputusan mahkamah.



Beliau berkata, sebelum ini mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009, Mahkamah Tinggi Sarawak secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.



"Keputusan kabinet itu nyata tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.



"Keputusan itu juga nyata penuh dengan keangkuhan yang enggan mempedulikan suara hari rakyat yang mahu dimansuhkan terus tindakan menyenaraihitamkan kenderaan mereka itu," katanya.



Mahfuz memberitahu, Kase akan terus membuat pemantauan untuk memastikan kerajaan mematuhi undang-undang negara.



Kase juga, katanya lagi, sedang berusaha mengadakan rundingan bersama kementerian terbabit bagi mengatasi terus masalah kontroversi saman ekor.



“Kami ingin mendapat peluang untuk mengadakan dialog dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Dalam Negeri. Harap Kerajaan dapat adakan rundngan dengan semua poihak bagi cari penyelesaian,” kata beliau.



Menurut beliau, surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan diserahkan dalam masa terdekat bagi mengadakan perjumpaan.



Tidak tahan dengan kemarahan rakyat, kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik buat sementara waktu bermula 11 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.



“Pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya,” katanya.

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG BERI SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN DI CECILY

>> 12 Ogos 2010



TELUK INTAN, 8 Ogos - Setiap umat Islam pasti akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam keadaan cukup persediaan. Bersempena menyambut bulan Ramadhan, maka pihak ADUN Changkat Jong telah melakukam inisiatif menyampaikan sumbangan kepada para ibu tunggal di sekitar Taman Cicely.

Sumbangan yang terdiri daripada sekampit beras serta barangan keperluan dapur walaupun tidak seberapa namun ia cukup menggembirakan kepada mereka yang menerimanya. Seramai 13 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan daripada YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Namun begitu, sumbangan tidak disampaikan dalam sebuah majlis kerana ADUN Changkat Jong lebih suka memberinya dari rumah ke rumah. Bagi beliau itu lebih berkesan serta menimbulkan semangat persaudaraan serta dapat melihat lebih dekat lagi akan keadaan tempat tinggal penerima.




YB Anuar sedang menyerahkan sumbangan.


Wakil rakyat yang sedia berkhidmat. YB Anuar sedang menunggu di luar pagar sementara ia dibuka.

Dengan diiringi pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta isteri, YB Anuar sanggup pergi dari rumah ke rumah hatta berjalan kaki di tengah panas sambil mengendong barangan demi melaksanakan amanah beliau sebagai seorang wakil rakyat.


Isteri YB, Puan Hjh. Faridah Rajiah sedang menyampaikan sumbangan.



Kebanyakan para ibu tunggal yang telah menerima sumbangan tersebut amat berbesar hati serta tidak menyangka akan menerima sumbangan sempena Ramadhan daripada ADUN Changkat Jong sendiri.

Bagi mereka, kehadiran YB Anuar serta isteri dan pimpinan PAS kawasan sudah cukup membuktikan akan keprihatinan wakil rakyat tersebut terhadap kebajikan rakyat khususnya kaum ibu tunggal.


YB dan isteri sempat beramah mesra dengan penghuni di rumah yang diziarahi.



Bagi YB Anuar, usaha kebajikan seperti ini memang sentiasa ada dalam diari beliau sejak beliau dipilih sebagai ADUN kawasan Changkat Jong. Usaha-usaha begini akan diteruskan oleh beliau dengan sokongan PAS Kawasan Teluk Intan.

Read more...

BILA NAK BUAT GERAI BARU...?

>> 11 Ogos 2010



TELUK INTAN, 8 Julai - Kedudukan gerai amat strategik kerana terletak di simpang tiga jalan menuju ke Bagan Datoh dan Sabak Bernam. Ia sentiasa dikunjungi orang ramai bukan sahaja dalam kalangan penduduk Teluk Intan malah disinggahi oleh para pelancong yang melalui kawasan ini. Kebanyakan gerai d sini menjual buah-buahan seperti nanas, pisang, rambutan dan sebagainya.

Namun, mungkin ramai yang tidak menyedarinya bahawa gerai yang terletak di tepi jalan ini telah pun berusia 24 tahun. Sesuai dengan usianya, hasil tinjauan dan temubual pemilik gerai, kebanyakan gerainya telah uzur seperti atap bocor, dinding rosak dan sebagainya.

Sebelum PRU12 2008 dulu, telah dilancarkan perasmian tapak baru bagi gerai-gerai ini yang dinamakan Dataran Nanas yang terletak ke belakang sedikit dari tapak asal gerai. Namun yang menjadi isu sekarang ialah sejak ia dilancarkan oleh bekas ADUN Changkat Jong (UMNO/BN) cadangan tersebut nampak seperti terbengkalai. Walaupun semasa dilancarkan, kelihatan tapak baru tersebut telah diratakan tanahnya tetapi selepas tiga tahun berlalu tapaknya telah menjadi semak dengan ditumbuhi lalang. Malah tiang papan tanda perasmian juga sudah hampir tumbang.


Yang sudah siap ialah sebuah tandas sahaja (beratap biru). Mana gerai baru..?


Tapak baru telah menjadi semak setelah dirasmikan sebelum PRU12 2008 oleh UMNO.

Bagi menyelami masalah tersebut maka ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar Sudin serta pihak PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan lawatan serta bertemu dengan pemilik gerai.


YB Anuar dan Ustaz Ismail YDP PAS Teluk Intan bertemu penjual buah.


YB Anuar mendengar masalah seorang peniaga kedai makan.





Menurut seorang pemilik gerai, mengikut maklumat yang diberitahu oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) ada bercadang untuk membina 16 buah gerai di tapak baru. Apa yang menghampakan ialah lawatan demi lawatan oleh pihak MPTI namun sehingga kini tiada apa perkembangan berlaku.

"Dengar ceritanya tender telah dibuka, lawatan kerja telah dibuat tetapi yang saya nak tanya bila gerai baru akan dibina?" tanya seorang pemilik gerai yang menjual barangan runcit.

Seorang lagi pemilik gerai pula mengadu bahawa keadaan gerainya sangat uzur dengan atap bocor dan dinding yang banyak rosak.

"Kami terpaksa membayar sewa kepada majlis sebanyak RM35 sebulan namun ia tidak berbaloi," katanya


Inilah keadaannya jika ada kereta yang singgah. Kedudukan hampir dengan jalan raya.


Gerai-gerai begitu hampir dengan jalan raya.

Seorang peniaga kedai kopi pula berkata pihak MPTI perlu segera memindahkan gerai lama ini kerana kedudukan gerai-gerai terebut adalah hampir dengan jalan raya.

"Ia amat membahayakan kepada orang ramai yang berhenti d sini kerana tempat meletak kenderaan adalah hampir dengan jalan raya. Apatah lagi jika jalan ini sering dilalui oleh kenderaan besar seperti bas dan lori. Sudah beberapa kali berlaku kemalangan di kawasan ini," tambahnya lagi.

Ada juga dalam kalangan pemilik gerai yang bertekad tidak mahu membayar sewa bulanan lagi jika tiada tiada kata putus daripada pihak MPTI. Kebanyakannya meminta ADUN Changkat Jong dapat melakukan sesuatu terhadap masalah mereka.

Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar berjanji akan menyiasat kedudukan projek Dataran Nanas yang terbengkalai ini di pihak MPTI. Bagi beliau, keselamatan peniaga dan orang ramai sepatutnya menjadi keutamaan pihak pemerintah sekarang sesuai dengn slogan "Rakyat didahulukan".


Ada juga gerai yang telah tutup.




Beginilah keadaan gerai yang berusia 24 tahun.

Bagi ADUN Changkat Jong, jika gerai baru dibina di tapak baru kemungkinan Dataran Nanas akan menjadi kawasan penjualan gerai buah-buahan yang popular di kalangan para pelancong.

Persoalannya : Adakah Dataran Nanas Selabak ini akan menjadi umpan sekali lagi pada PRU13..? Itu sudah pasti.....!

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP