ADUN CHANGKAT JONG DAN MP TELUK INTAN DI KG. BAHAGIA
>> 23 Mac 2010
TELUK INTAN, 21 Mac - Tanggungjawab sebagai wakil rakyat amat berat. Bukan senang memikul amanah yang diberi oleh rakyat. Maka atas semangat muafakat dalam Pakatan Rakyat, dua orang wakil rakyat telah berpakat turun padang menemui rakyat dari rumah ke rumah meninjau sendiri permasalahan rakyat di samping menyampaikan sumbangan sekadar mampu.
Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran (DAP) dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin (PAS) telah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengunjungi dan bertemu rakyat di Kg. Bahagia. Program bermula seawal jam 9.00 pagi telah berakhir jam 6.00 petang. Seharian mengunjungi dari rumah ke rumah rakyat, sudah pasti kepenatan dan kelelahan datang bertandang. Namun, bagi kami yang mengikuti kedua-dua wakil rakyat PR ini melihat tidak sedikitpun terpancar di wajah mereka ini wajah kepenatan, kelelahan dan sebagainya. Malah mereka kelihatan lebih bersemangat daripada kami yang menjadi pengiring.
YB Manogaran menyampaikan sumbangan.
Isteri YB Anuar, Puan Hjh. Faridah turut bersama-sama menemui rakyat.
Mendengar masalah rakyat.
Setiap lorong sempit, setiap rumah kayu, dan setiap insan serba kekurangan telah dikunjungi, ditanya khabar, serta disantuni dengan anggota keluarga yang dikunjungi. Sumbangan diberi; masalah didengari dengan penuh prihatin.
Program YB turun padang ini telah dianjurkan oleh PAS Cawangan Kg. Bahagia di mana penggerak utamanya ialah Ketua Pemuda JK Pemuda Cawangan dan AJKnya.
Segala kos program termasuk sumbangan kepada rakyat telah ditaja sepenuhnya oleh kedua-dua wakil rakyat ini. Sebanyak 35 buah rumah telah dikunjungi. Yang menariknya, rumah dikunjungi bukan setakat bertemu dan beramah mesra di luar rumah malah kebanyakan rakyat yang dikunjugi begitu berbesar hati menjemput dua orang wakil rakyat ini bertandang masuk ke dalam rumah. Ini telah memberi kesempatan kepada kedua-dua YB ini beramah mesra dengan anggota keluarga serta mendengar sendiri segala permasalahan mereka.
Meninjau sebentar program gotong-royong di Masjid Kg. Bahagia.
Bertemu rakyat di kedai kopi.
Mendengar masalah rakyat.
Mencatat setiap masalah rakyat.
Bertahlil sebelum program bermula.
Antara insan-insan yang ditemui adalah dalam kalangan golongan kurang mampu, ibu tunggal, anak OKU, warga emas dan lain-lain.
Walaupun berstatus wakil rakyat namun tidak nampak sedikitpun jurang status antara YB da rakyat. Adakalanya, kedua-dua YB ini sanggup berjalan kaki dari rumah ke rumah walaupun menjangkau jarak puluhan meter.
Menziarahi rumah penduduk kampung yang meninggal dunia.
Gigih menjengah kediaman penduduk kampung.
Menyusuri lorong.
Rombongan dua wakil rakyat ini turut diserta oleh pimpinan PAS Kawasan termasuk muslimat, pimpinan DAP dan PKR. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan di tempat-tempat lain pula.
Terima kasih YB dan tahniah kepada PAS Cawangan Kg. Bahagia.
Sempat berbincang.
Terserlah wajah perpaduan mendahului slogan 1Malaysia.
Melalui denai kecil hingga ke hujung kampung.
Komitmen yang tinggi.
Suasana penuh mesra.
Bertanya khabar...
Lakaran perpaduan PR.
ar_rawa
8 ulasan:
TAHNIAH..INSYAALLAH PESISIRAN JUGA AKAN MENJEMPUT YB BAGI TUJUAN SEUMPAMA INI.
Semoga usaha2 murni ini di rahmati Allah dan Islam akan mendpt kemenangan yg lebih baik...
Tahniah atas pertukaran wajah Intan Hijau... nampak pro..!!
Assalamualaikum WBT.. kepada YB dan pembaca blog ini. Tidak ada apa ulasan daripada saya. Cuma saya mohon kebenaran dari YB dan semua pembaca. Saya memohon izin untuk menulis diruangan ini. Insyaallah tulisan saya ini ala-ala 'Mat Saman Kati'.
Saya sebenarnya anak jati Teluk Intan. Dibesarkan di Kampung Bahagia. Saya mempunyai sedikit pengalaman poltiki, khuisusnya politik Teluk Intan disuatu ketika dulu ..
Oleh yang demikian... saya amat berharap kepada pembaca agar dapat mengikuti tulisan saya ini...
Saya memohon sekali lagi kepada YB dan para pembaca sekelian.
Terima kasih.
Alhamdulillah ... tanpa kebenaran diterima dari para pembaca dan YB sendiri... aku terus menulis ...sebab jari jemari aku di'insuran'kan untuk menulis .. aku cuba untuk jadikan blog ini macam blog aku. Dan Insyaallah ... aku akan menyayangi blog ini.
Sedikit mengenai aku...
Aku dilahirkan dalam tahun 1968 ... di Hospital telok Anson ketika dulu. Aku dibesarkan di Lorong 5-A, Kg. Bahagia. Bersekolah di Seri Perak.
Pada sekitar belasan tahun yang lalu ... aku dikira antara yang terkenal di Teluk Intan .. (kenal DO masa tu ... kenallah Yusri)
Untuk makluman semua ... aku adalah penggiat politik ketika itu. Aku bergiat dalam politik UMNO cawangan Kg. Bahagia.. turut aktif juga dalam UMNO Bahagian Teluk Intan. Antara yang terlibat besar dalam penubuhan Pasar Malam Kg. Bahagia... salah seorangnya adalah aku. Ketika itu, kami pemuda UMNO cawangan berusaha mengujudkan pasar tersebut. Tetapi diakhir-akhir usaha merialisasikan pasar malam itu, usaha kami telah 'dirampas' oleh JKKK.
Kemudian ... atas sebab tertentu.. aku telah berpindah dari Teluk Intan.. banyak sebab yang telah membawa aku berpindah ... Antara yang paling besar ialah kegagalan dalam Konsert 7 malam di Teluk Intan. menyebabkan kami terlalu bermasalah dengan banyak pihak di teluk Intan ketika itu.
Kemudian ... aku telah berpindah ke Kampar (mengikut isteri .. kah...kah..kah..) Di Kampar aku terlalu terpinggir ... aku tak langsung dikenali. Aku tak ada kawan .. melainkan Pak mentua aku saja. Aku ketika itu terlalu 'homesick' dengan Kampung Bahagia. Terutamanya UMNO Bahagian Teluk Intan. Tapi .. apa nak buat.. aku bermasalah ketika itu ... (takut nak balik Teluk Intan).
Jadi... untuk menghilangkan boring ... aku selalu ke surau di tempat aku tinggal. Aku diterima baik oleh Jemaah surau di sana. Maka .. hidup aku ketika itu berubahlah sedikit.. sebab aku dah ada kawan (jemaah surau).Mungkin disebabkan aku aktif dalam UMNO dan aku juga aktif dalam NGO yang lain ketika aku di Teluk Intan.. aku telah cuba berjinak-jinak untuk sama-sama memakmurkan surau itu. Aku sentiasa melontarkan idea-idea untuk program di surau. Berikutan sikap aku yang sebegitu, aku dilantik menjadi salah seorang AJK surau ...
Bersambung ....
Sambungan dari tulisan awal ..
Di surau, aku pegang Pengerusi Biro Penerangan. Jadi disetiap program, Biro aku akan menjadi sibuk... Okla tu...
Untuk makluman ... antara sedar atau tidak .. sebenarnya Allah telah menganugerahkan aku suara yang ala-ala Jamal Abdillah. Aku perasan suara aku tu .. Bila aku sibuk ber'karoke' ngan kawan-kawan di Teluk Intan.
Pada satu hari .. ntah macam mana .. dengan bukan rela aku ... aku ter'azan' dalam surau. Sebab ketika itu ... bilal dah pindah dan tak ada bilal yang lain. lepas aku azan, imam bagi tau aku .. suara boleh tahan. Dia syorkan aku berlatih. Ekoran daripada itu, aku telah ditawarkan untuk kursus Bilal dengan Ustaz Radhi Kamarul Hailan selama 3 hari. Aku belajar mengenai teknik azan dengan beliau.
Jadi .. sekarang ni .. aku menjadi bilal tetap di surau tu. Baru-baru ni .. aku ditawarkan untuk menjadi Bilal Jumaat di masjid tempat aku. Ada elaun woo..!! Jadi .. aku azanlah di masjid sebulan 2 kali... hari jumaat je..
Disurau tempat aku selalu berjemaah.. selalu ada pengajian. Aku tak datang surau bila ada pengajian. Tapi itu masa aku baru sampai la... masa tu ... nak dengar pengajian ... boring giler ... tak best .. Lama kelamaan .. bila ustaz-ustaz yang menyampaikan pengajian tu dah semua jadi kawan aku .. aku terpaksa ikut pengajian. Lama-kelamaan ... best .. aku rasa aku ada dapat ilmu ... sikit-sikit .. aku dapat bezakan kebatilan dan kebenaran... Rupa-rupanya selama ini .. aku tak sedar yang kononnya aku dulu disebut sebagai Pejuang kepada ketuanan melayu .. rupa-rupanya ...hampeh ...!! nyesal sungguh ...
jadi banyak la ilmu yang aku dapat. Satu lagi yang aku suka kat surau tu ... jemaah kat sana .. semua profesional .. ketua-ketua jabatan.. paling lekeh pun ... cikgu (sori yek)..
Jadi ... bila ada isu .. aku dengar diorang kemukakan hujjah. Betul hujjah yang diorang cakap tu. Amat berketepatan dengan apa yang ustaz sampaikan dalam pengajian.
bersambung .......
Sambungan ...
Rupa-rupanya ... ramai ketua Jabatan ni tak sebulu dengan kerajaan yang ada. banyak kepincangan yang diorang kesan.
Jadi dipendekkan cerita ...
Atas dasar ilmu sikit-sikit yang aku terima ... dan juga atas dasar rentetan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini..hati aku menyimpulkan bahawa ... aku perlu dengan sesungguhnya menolak apa yang kita ada ... dan berhijrah kepada suatu yang baru... yang berpegang kepada prinsip syariah...
Untuk itu .. sekian dari aku ... Untuk masa-masa akan datang ... biar aku ulas sikit-sikit peristiwa yang aku pahanm dan kaitan dengan syariatnya ... sama-samalah kita fikir dan renungkan.
TAKBIRRR !!!
Kisah Melayu Dan Anak Ayam
Ini kisah terjadi betul-betul depan hidung aku.
Aku ada sorang kawan. Dia boss kat jabatan haiwan. satu hari dia ada la perbincangan dengan MP Kampar. MP Kampar ni berbangsa cina. Tak silap aku dari parti MCA.
MP ni berhasrat untuk membantu orang-orang melayu nmelalui ank-anak ayam yang disalurkan melalui Jabatan Haiwan. Kawan aku cadangkan... bagi kat sorang je pengusaha. Kalau bagi sorang pengusaha... dah tentulah ada orang yang bakal kaya ... walaupun jumlahnya hanya satu orang.
Tapi MP sorang berkeras. Kononnya nak bantu semua melayu yang ada. Kemudian, dikerahkan JKKK kampung dan Ketua Cawangan UMNO untuk mencari mereka yang berhak menerima. Ekoran daripada arahan itu, maka Ketua Kampung dan Ketua Cawangan sibuklah memberi nama meraka yang layak. Ekoran daripada itu juga, timbullah perasaan tidak puas hati disebabkan ada pihak yang menerima dan ada yang tidak menerima.
Maka diceritakan... bisinglah diseluruh kedai kopi, warung tomyam dan dimana-mana tempat bagi menyatakan rasa tidak puas hati di atas pembahagian ayam itu. Pihak yang berjaya menerima anak ayam pemberian MP tu pun mencanangkan bahawa MP ni amat prihatin ... birjiwa rakyat dan bermacam-macam pujian.
UNTUK MAKLUMAN PEMBACA... SETIAP DARI MEREKA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN ANAK AYAM ITU TELAH MENERIMA 12 EKOR ANAK AYAM DAGING YANG SETIAP 1 EKOR BERNILAI RM4.00.
RM4.00 x 12 EKOR = RM48.00. DENGAN NILAI YANG SEBANYAK ITU, ORANG MELAYU TELAH :-
1. Bercakaran antara satu sama
lain.
2. MP telah membeli jiwa orang
melayu dengan nilai tak sampai
RM50.00
Sdr. Yusri, terima kasih atas sumbangan pengalaman saudara. Pihak intanhijau sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan kepada blog ini dr segi pandangan, berkongsi pengalaman, berita dan sebagainya. Sila emailkan sebarang perkara tadi kepada ar_rawa@yahoo.com.my agar ia dapat diterbitkan dengan lebih baik lagi. Atau telefon 0195708842.
Syukra jazilan.
Catat Ulasan