KELUAR PARTI BERKUBUR BERSAMA UMNO - PRESIDEN PAS
>> 11 Mac 2010
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata :
- Tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.
- Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.
- Amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.
- Tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.
- Barisan Nasional (BN) hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.
- Yakin dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.
- Apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu.
0 ulasan:
Catat Ulasan