POLIS TIADA KONSPIRASI DENGAN PARTI POLITIK..?
>> 04 Mac 2010
"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional. Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang.
Terdahulu Musa menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan dan kajian menangani jenayah.
Perjanjian untuk tempoh lima tahun itu ditandatangani oleh Musa mewakili PDRM dan Naib Canselor USM, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak mewakili universiti itu.
Musa juga menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menerima SMS lucah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Laporkan terus dan jangan sebarkan kepada rakan-rakan, pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan telah mengenal pasti individu yang terlibat, hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.
Musa berkata, polis sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyekat penularan masalah sosial yang disebarkan menerusi telefon bimbit. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan